Tarikh Keputusan PMR 2010

Mungkin sudah ramai yang menjangkakan bilalah tarikh keputusan PMR 2010 diumumkan. Ada khabar angin yang menyatakan pada 24 Disember 2010 (sehari sebelum Krismas) dan ada juga pada 28 Disember 2010. Nampaknya, tarikh-tarikh jangkaan itu semua tidak tepat kerana tarikh keputusan PMR 2010 akan diumumkan pada 23 Disember 2010 iaitu pada hari Khamis. Petikan dari BERNAMA :

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataannya berkata analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan.

Di sekolah saya, seramai 123 orang calon yang menduduki peperiksaan ini. Harapan saya dan guru-guru yang lain : mudah-mudahan lebih ramai yang berjaya mendapat keputusan 9A di dalam PMR. Amin..

Post a Comment

2 Comments

  1. Tentu ramai cikgu yang berdebar menanti keputusan anak didiknya..

    ReplyDelete
  2. keputusan PMR akan diumumkan hari ini. hilanglah debaran pelajar, ibu bapa & guru :)

    ReplyDelete