Apa Anda Perlu Buat Bila Facebook Ditutup 15 Mac 2011

Hari ini ramai blogger yang membuat entri tentang facebook yang bakal ditutup pada 15 Mac 2011. Rasanya ini bukan khabar angin kerana ada sumber yang dipetik dari Weekly World news - Facebook will end on March 2011 mengatakan :
“Facebook sudah di luar kawalan,” kata Zuckerberg dalam sidang akhbar di luar pejabatnya Palo Alto, dan pihak pengurusan di Facebook tu sendiri tak mampu nak menghadapi tekanan. Mark Zuckerberg berkata “Aku harus mengakhiri semua kegilaan ini. ”

Sejak saya mula membuka akaun facebook, memang ramai kenalan yang sudah menyepi (dalam erti kata lain lost contact) dapat dijejak kasih. Bayangkanlah kawan yang terpisah sejak tamat darjah 6 dulu pun saya jumpa di facebook. Begitu hebat kuasa facebook ini jika digunakan untuk kebaikan, tapi bila facebook digunakan untuk keburukan maka macam-macam perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Ok, terus kepada tajuk entri - Apa Anda Perlu Buat Bila Facebook Ditutup 15 Mac 2011. Di sini saya ingin kongsikan beberapa perkara yang perlu anda lakukan :

1. Dapatkan nombor telefon / handphone dan e-mail kawan-kawan anda dan simpan elok-elok. Mana tahu suatu hari nanti anda perlu menghubungi mereka untuk tujuan tertentu.

2. Simpan gambar-gambar yang anda suka dari facebook. Kalau nak selamat lagi, anda boleh padam semua gambar yang ada di dalam album anda. Bila facebook dah ditutup, kita tak tahu apa akan jadi dengan gambar-gambar peribadi tu, kan?

3. Menggunakan laman sosial yang lain untuk berhubung seperti friendster, mySpace, forum  dan sebagainya. (Mungkin tidak se'best' Facebook)

4. Mula menulis blog sendiri supaya kawan-kawan dapat mengetahui perkembangan diri anda. Banyak blogger menyediakan tutorial bagaimana cara membuat blog dan anda hanya perlu cari di google saja.

5. Melakukan hobi baru yang belum pernah anda lakukan. Jika sebelum ini anda leka bermain game yang ada di facebook, apa kata anda mulakan hobi baru seperti menjahit manik, memasak dan lain-lain.
 
* 10/1/2011 : Hari ini harijadi saya yang ke- ...... Sudah banyak juga ucapan selamat harijadi yang saya terima dari kawan-kawan di facebook sejak jam 12.00 am. Bagusnya ada facebook sebab kawan-kawan akan ingat harijadi kita. Terima kasih semua :)

Post a Comment

5 Comments

  1. slm. saya adalah orang yang tak kesah fb ditutup. sbb saya tak minat dgn fb. ada fb. tp setakat ada. lg pun bg saya, fb memang kegilaan yang merosakkan budak2 zaman sekarang.

    ReplyDelete
  2. itulah..kalau fb digunakan utk kebaikan, kita akan dpt kebaikan & sebegitu jugalah sebaiknya..

    ReplyDelete
  3. salam

    pasti ada sebabnya kenapa semua ini ditentukan begini :D

    ziarah rakan yang sy follow :D

    ReplyDelete