Hujung minggu ini saya tidak rancang untuk berjalan jauh. Mungkin menziarahi keluarga dan mertua. Pagi tadi, setelah selesai membersihkan halaman rumah saya sempat menonton TV. Tertarik dengan iklan Astro First, saya terus membuka CH480. Setakat ini hanya ada 3 filem yang boleh ditonton. RM15 dikenakan untuk sebuah filem dan akan dibilkan ke dalam akaun astro. Cuba teka : filem apa yang saya tonton?
Jika anda berminat untuk menempah filem-filem terkini yang ditayangkan di pagawam tanah air, sila ikutilah langkah berikut atau dapatkan maklumat lanjut dari Astro First :
1. Sila ke Saluran 480 Astro First untuk melihat senarai filem terkini dan
tekan butang Biru di alat kawalan jauh Astro untuk membuat tempahan.
Lihat pemilihan bahasa (melalui butang I-II) dan tonton saluran promosi
Astro First (melalui butang Hijau).
2. Tekan butang "OK" untuk menempah filem pilihan dan tekan butang Biru sekali lagi untuk mengesahkan tempahan.
3.
Anda akan melihat kod 16 digit di kaca TV. SMS kod berkenaan ke 32999
dan anda akan menerima balasan SMS untuk pengesahan tempahan. Filem
pilihan anda akan muncul dalam tempoh 5 minit selepas itu.
4. Untuk menonton filem pilihan anda itu, tekan butang Kuning. Jika anda
belum membuat tempahan, anda akan melihat ini diskrin. Namun, jika anda
sudah menempah, anda akan melihat judul filem pilihan anda di
'Filem-Filem Saya' dalam tempoh 5 minit. Selain itu, anda juga boleh
menonton filem pilihan anda di saluran 482 hingga 485.
* Best juga bila dapat tonton filem terkini yang ditayangkan di pawagam di rumah sendiri :)
3 Comments
first time sggah kat blog nih...dpt byk info...=)....rs nak tgk wayang kat umah la malam nih ;p
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi singgah. kalau bekerja, lebih untung tempah hari minggu sebab 2 hari ni boleh layan filem tanpa gangguan.
ReplyDeleteMenonton film memang sungguh asyik apalagi film nya merupakan film yang memiliki cerita yang bagus.
ReplyDelete