Anda mungkin tertanya-tanya apakah maksud wadai kiping. Rasanya kalau tanya orang Banjar, dah tentu akan angguk kepala tanda tahu (tahu saja belum tentu tahu masak sendiri). Dalam bahasa Banjar, wadai bermaksud kuih dan kiping tu pula bermaksud keping. Senang cerita wadai kiping ini seperti bubur. Rasanya sudah tentu sedap dimakan.
Dari kecil lagi saya sangat suka wadai kiping ni kerana arwah nenek selalu memasak wadai kiping ini dan sudah tentu sayalah yang akan makan banyak. Tapi sekarang ni jarang sangat dapat makan kecuali ada kenduri di rumah orang Banjar atau saya beli saja di gerai yang menjual bubur.
Di sini saya kongsikan resepi Wadai Kiping untuk anda yang ingin mencuba :
Di sini saya kongsikan resepi Wadai Kiping untuk anda yang ingin mencuba :
Bahan A
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar air kapur
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya
Air secukupnya
Bahan B
6 sudu besar gula merah
4 sudu besar gula pasir
1/2 ketul gula melaka
1 helai daun pandan (disimpul)
Air secukupnya
1 cawan santan kelapa
Secubit garam
Air secukupnya
1 cawan santan kelapa
Secubit garam
Durian (penambah rasa)
Cara memasak :
1. Campurkan semua bahan A dalam bekas dan gaul sebati. Kalau lembik tambah tepung, kalau keras sangat tambah air. Asalkan boleh digentel. Gentelkan menjadi bulat dan penyekkan sedikit. Lebih kurang 1-1.5cm (seperti dalam gambar)
2. Panaskan air hingga mendidih dan masukkan doh yang telah digentel. Bila ia timbul, angkat dan letakkan dalam mangkuk atau bekas yang berisi air.
3. Dalam periuk lain, masukkan gula merah, gula pasir, gula melaka, air dan daun pandan. Kacau sebati hingga mendidih dan gula menjadi larut. Kemudian masukkan santan dan garam.
4. Masukkan bahan A yang telah siap ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Anda boleh juga masukkan beberapa ulas durian untuk menambah rasa durian.
5. Rasakan manis dan lemaknya. Jika sudah berpuas hati, angkat dan bolehlah dihidangkan.
4. Masukkan bahan A yang telah siap ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Anda boleh juga masukkan beberapa ulas durian untuk menambah rasa durian.
5. Rasakan manis dan lemaknya. Jika sudah berpuas hati, angkat dan bolehlah dihidangkan.
7 Comments
Wadai keypeng.Hingkat leh amun ako bertakon resepi kalakatar? Gila broken habis banjar aku,hahaha..
ReplyDeletemcm best je :P
ReplyDeletetp tak makan :D
wah..sedapnyer...
ReplyDeletekulaan la rupanya ngan kak laili...hehehhehe
favourite kite same :)
ReplyDeletesedapnyer...
ReplyDeleteRamik basurah awan kulaan ..Ayuhak baulah wadai kiping
ReplyDeleteWadai yg pling nyaman..ulahn umak aku
ReplyDelete