Di dalam entri ini, saya ingin kongsikan satu destinasi unik dan menarik untuk anda kunjungi iaitu Homestay JKKK yang terletak di kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor. Kampung ini pernah menyandang Johan Kampung Terbaik Daerah Sabak Bernam. Sila click risalah penerangan di bawah :
Antara pakej yang ditawarkan di Homestay JKKK mulai Januari 2012 :
2. PAKEJ LAWATAN DAERAH
3. PAKEJ RUMAH PENGINAPAN (TRANSIT)
1.1. Pakej Lawatan Sehari
1.2. Pakej Lawatan Dua Hari Satu Malam ( Menginap )
2. PAKEJ LAWATAN DAERAH
2.1. Pakej Lawatan Sehari
2.2. Pakej Lawatan Dua Hari Satu Malam ( Menginap )
HOMESTAY JKKK
selain menyediakan penginapan secara ' keluarga angkat ' (
Homestay )
turut menyediakan rumah-rumah penginapan ( transit ) untuk disewa dalam
jangka beberapa hari. Sebahagian rumah-rumah tersebut mempunyai
peralatan bilik tidur yang lengkap dengan penghawa dingin, ruang tamu
selesa dan peti TV, tempat dapur memasak serta dilengkapi peralatan
peti sejuk dan mesin basuh pakaian. Sebahagiannya pula adalah rumah
kampung yang diubahsuai dengan kemudahan bersesuaian untuk penginapan
keluarga atau kumpulan ramai.
4. PAKEJ RUMAH PENGINAPAN (TRANSIT) DAN LAWATAN
4. PAKEJ RUMAH PENGINAPAN (TRANSIT) DAN LAWATAN
HOMESTAY
JKKK amat mengalu-alukan kepada para pengkaji / penyelidik dari
kumpulan penuntut kolej / IPTA / IPTS atau individu yang ingin membuat
kajian berhubung adat kebudayaan, ekonomi atau seumpamanya di kampung
ini. Mungkin
anda ingin mengkaji adat kebudayaan suku kaum Banjar, Jawa, Melayu,
Tionghua dan Kampar yang menjadi penduduk Kampong Sungai Haji Dorani
atau ingin mengetahui taraf ekonomi penduduknya yang bekerja sebagai
pesawah padi, nelayan , berkebun kelapa atau berniaga. Jika itu yang
anda maksudkan, di sini tempat yang sesuai untuk anda !.
HOMESTAY JKKK
menyediakan perkhidmatan bilik penginapan di mana para pelawat akan
tinggal bersama dengan ' tuan rumah ' sebagai keluarga angkat atau lebih
dikenali sebagai Keluarga Homestay. Para pelawat
dalam kumpulan kecil akan melakukan aktiviti dan makan minum bersama
dengan keluarga angkat masing-masing supaya lebih berpeluang untuk
beramah mesra dan mengetahui lebih lanjut latar belakang kehidupan
keluarga angkat mereka.
HOMESTAY JKKK sebenarnya sudah bersedia untuk mereka yang berkenaan bagi
mengadakan Pakej Hari Keluarga dengan kadar bayaran berpatutan serta
kemudahan makan minum, padang permainan, dewan untuk kuliah dan rumah
penginapan sekali, selain memberi peluang membuat lawatan sambil membeli
belah di Industi Kecil Sederhana (IKS) dan bengkel memproses makan
yang ada di Kampong Sungai Haji Dorani, Sungai Besar.
10. PAKEJ JOM SHOPING (mulai 1 Oktober 2012)
PAKEJ JOM SHOPING
adalah pakej sehari ( tanpa menginap )
yang menawarkan lawatan serta
peluang membeli belah ke beberapa Industri Kecil Sederhana (IKS) /
bengkel pembuatan makanan yang ada di Daerah Sabak Bernam, selain untuk
membeli belah kain ela / pakaian atau barangan cenderamata lain di
Pekan Sungai Besar.
Cuti sekolah akhir tahun adalah suasana paling menarik untuk pelawat terdiri daripada kalangan murid sekolah rendah dan menengah. Kerana secara kebetulan pada waktu itu keadaan sawah padi kawasan Mini Estet Padi Kampong Sungai Haji Dorani sedang membesar dan menghijau, di mana banyak aktiviti dapat dilakukan di sawah oleh para pelawat.Seperti memancing ikan darat di kawasan sawah, mengancau dan menjala ikan di parit dan juga menangguk anak ikan dalam parit palung !.
8 Comments
thanks for sharing, maybe I should take my students for a field trip here.
ReplyDeleteyup. pls visit Homestay JKKK's blog
ReplyDeletethanks 4 the info...blum pernah lagi menginap di homestay..
ReplyDeletepernah pergi homestay haji dorani under tourism selangor program dulu..memang best..rasa tenangje duduk di rumah sebelah sawah padi...
ReplyDeletePembuka lembaran untuk tahun 2013...
ReplyDeleteInsyaAllah pada bulan February 2013 Central Livinian Association/Persatuan Pemilik Grand Livina Wilayah Tengah dengan lebih 30 jentera akan bersiaran bersama-sama penduduk Sg Hj Dorani & akan menyusuri jalan2 sekitar Sg Hj Dorani & Sg Besar. Nantikan kedatangan kami!!!
Penganjur: CLA Sg Besar & Homestay JKKK
tq 4 info cik laili :)
ReplyDeletedulu masa kecil-kecil saya tinggal di Sungai Besar..tak jauh dari kg haji dorani tu..tapi dulu tak la seindah sekarang
ReplyDeletehaaaaaa.... dekat aje dengan umah kampung wife.. parit satu nih.. :)
ReplyDelete