Entri ini khas untuk guru-guru yang ingin membuat Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri / Bahagian dan Dalam Negeri (Antara Daerah dan Dalam Daerah) bagi Pertukaran Jun 2011.
Langkah yang perlu dilakukan oleh guru-guru yang ingin membuat permohonan :
Langkah yang perlu dilakukan oleh guru-guru yang ingin membuat permohonan :
1. Mengemaskini maklumat mereka melalui laman web e-Operasi (http://apps.moe.gov.my/eoperasi) mulai 1 hingga 27 Mac 2011.
2. Membuat permohonan melalui Sistem e-GTukar yang akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.
Permohonan secara on-line ini dibuka kepada guru :
Gred DGA 29, DG 41, DGA 32 (KUP time base), DG 44 (KUP time based)
dan DG 48 (KUP time based) sahaja
Selain itu, permohonan juga dibuka untuk kes-kes berikut :-
i. Mengikut suami / isteri yang telah berada di negeri yang dipohon.
ii. Ancaman Keselamatan (disertakan laporan polis).
iii. Kes kesihatan yang kronik bagi pemohon (disertakan laporan kesihatan daripada doktor pakar kerajaan).
(* Bagi kes ii dan iii, sila serahkan laporan polis atau laporan kesihatan kepada JPN)
0 Comments