Entri ini mungkin membantu anda terutama peminjam yang ingin tahu apa yang perlu dilakukan setelah menerima e-mel yang mengandungi dokumen pembiayaan Ujrah dari pihak PTPTN. Anda juga boleh membaca pengalaman saya sewaktu menerima dokumen pembiayaan Ujrah pada bulan Januari yang lalu.
Mulai 1 Jun 2011, PTPTN telah mengemaskini Panduan Dan Peraturan Am Mengisi Surat Tawaran Pembiayaan, Dokumen Perjanjian dan Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan PTPTN. Panduan ini adalah yang terkini mengambil kira perubahan dasar Tanpa Penjamin.
1. Mencetak satu set dokumen tawaran menggunakan kertas putih bersaiz A4 (80 gsm) dengan menggunakan satu muka kertas untuk setiap satu dan membuat salinan pendua (fotostat) sebelum pengisian dilakukan.
Dokumen yang dicetak, salinan pendua & senarai semak dokumen |
3. Membeli 2 keping Setem Hasil RM10 yang boleh didapati di mana-mana cawangan pejabat pos seluruh Malaysia.
Dua keping Setem Hasil RM10 |
a) Wakil Rakyat/Senator4. Melekatkan setem hasil RM10 pada setiap dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan dan membawa dokumen tersebut ke mana-mana cawangan Pejabat Duti Setem di seluruh Malaysia.
b) Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
c) Pengamal Undang-undang
d) Pesuruhjaya Sumpah/Jaksa Pendamai
e) Pengetua/Guru Besar (sekolah kerajaan sahaja)
f) Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas/Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas.
g) Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua Masyarakat/Sidang/Pegawai
Pembangunan Mukim/Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung).
h) Untuk SABAH dan Sarawak – Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/
Kapitan/Pemanca/Pegawai Taman Sabah.
i) Pegawai-pegawai IPTS yang mendapat kebenaran bertulis daripada PTPTN.
Beginilah rupa Setem Hasil yang sudah dicop |
Kaedah mematikan Setem Hasil :i) Membawa dokumen perjanjian yang telah dilekatkan Setem Hasil ke Pejabat Duti setem untuk dicop. Tarikh mati setem adalah tarikh dokumen perjanjian ditandatangani dan mestilah melebihi dari tarikh tawaran yang dinyatakan di Surat Tawaran.
ATAU
ii) Membayar cukai setem sebanyak RM10.00 setiap satu dokumen di Pejabat Duti Setem dengan membawa bersama-sama kesemua set dokumen perjanjian yang telah lengkap diisi.
PENALTI (DUTI SETEM)
Pada amnya, sesuatu dokumen hendaklah disetemkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ianya disempurnakan dalam Malaysia atau dalam tempoh 30 hari selepas ia diterima dalam Malaysia sekiranya ia disempurnakan di luar Malaysia.
Sekiranya ia tidak disetemkan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti yang boleh dikenakan adalah seperti berikut;
Sekiranya ia tidak disetemkan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti yang boleh dikenakan adalah seperti berikut;
- RM25.00 atau 5% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas masa untuk penyeteman;
- RM50.00 atau 10% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas tempoh 3 bulan tetapi tidak lewat daripada 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;
- RM100.00 atau 20% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;
(Kadar di atas berkuat kuasa mulai dari 01/01/2003)
5. Dokumen yang telah dilengkapkan dan perlu dikembalikan segera kepada PTPTN ialah :
a) Senarai Semak Dokumen -1 set
b) 2 set bagi setiap dokumen berikut :
i. Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan
ii. Akuan Penerimaan
iii. Surat Kebenaran 1, 2 dan borang maklumat potongan gaji
iv. Dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan yang telah ditampal Setem Hasil atau dimatikan Setem Hasil
v. Dokumen Lampiran Pembiayaan Pendidikan
vi. Dokumen Jaminan (*tertakluk kepada pindaan)
vii. Surat Kebenaran Penjamin (*tertakluk kepada pindaan )
viii.Akuan Penjamin (pemohon dan kedua-dua penjamin dikehendaki untuk menurunkan tandatangan ringkas pada setiap helaian muka surat) (*tertakluk kepada pindaan)
* Sedikit perubahan telah dibuat oleh pihak PTPTN
c) Dokumen sokongan (salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kematian/Surat Akuan)
Salah satu cara untuk menghantar dokumen kepada PTPTN |
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
WILAYAH PERSEKUTUAN
(u.p. Seksyen Penyelarasan dan Pemantauan)
A. Cara mengisi SURAT TAWARAN PEMBIAYAAN :
- Semak semua maklumat yang terdapat di dalam Dokumen Tawaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN.
- Turunkan TANDATANGAN serta TARIKH (Tarikh perjanjian ditandatangani) pada Akuan Penerimaan, Surat Kebenaran 1, 2 dan borang maklumat potongan gaji.
- Lekatkan setem hasil bernilai RM10 diruangan yang disediakan.
- Tuliskan TARIKH PERJANJIAN DIMATIKAN SETEM pada ruangan di Bahagian I dan turunkan TANDATANGAN. PELAJAR dan SAKSI
- Turunkan tandatangan ringkas pelajar dan penjamin pada setiap muka surat pada ruangan yang disediakan.
- Penjamin mestilah terdiri daripada ibu kandung dan bapa kandung pelajar tanpa mengambil kira jumlah pendapatan. Sekiranya salah seorang atau kedua-duanya telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan, maka salinan sijil kematian atau surat akuan sumpah hendaklah disertakan.
45 Comments
makasih.. info yg sangat membab2 sye sbagai student ni..
ReplyDeleteaku tak terima pun benda2 alah ni..
ReplyDelete@Syuk Ry sama-sama. saya kongsikan maklumat ni berdasarkan pengalaman saya selepas menerima dokumen perjanjian Ujrah
ReplyDelete@kidfv ambik pinjaman PTPTN tak?
aku baru nak ini ujrah..dah singup tp tak isi borang lagi..
ReplyDeletedalam dilema sbb banyak sngt dengr tentang tipuhela ujrah..arghhh!
PTPTN....pinjaman pembelaran zaman kini
ReplyDeleteyang saya masih tak faham. contoh pejabat duti setem? saya kat kangar. macam tak pernah jumpa je pejabat duti setem tu.
ReplyDeleteCik Laili,
ReplyDeletethanks for all your info. ALhamdulillah saya dah selamat pos kan semua document tu hari ini. tarikh perjanjian hari ini. tarikh matikan setem hari ini jugak.
yay!
Cik Laili,
ReplyDeleteAlhamdulillah saya dah berjaya pos document tu hari ini. Tarikh matikan setem hari ni dan tarikh perjanjian di sign pon hari ni.
yay
Sara : pejabat duti setem tu juga dikenali sebagai Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri..
ReplyDeletecuba lihat web ini untuk ke Pejabat LHDN Kangar
ReplyDeleteLaili, nak minta tolong boleh tak, saya cuma dapat surat tawaran sahaja, tetapi tak dapat panduan. saya nak minta laili tolong email kat saya Fail kedua - Peraturan Am Mengisi Dokumen Perjanjian Ujrah. email saya iaput80@gmail.com. kerjasama laili amatlah saya hargai sesangat2. tq.
ReplyDeleteHi,
ReplyDeleteNak tanya yg dokumen sokongan tu hanya salinan IC (diri and dua penjamin) saja ka? Ada baca kat "panduan mengisi dokumen", dinyatakan memerlukan byk lagi dokumen sokongan lain seperti - salinan SPM, Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT, dll. Tapi kat "senarai semakan dokumen" yang mukasurat 1 tu hanya menyatakan salinan Kad pengenalan. Jadi I confuse lah.. Harap blh dapatkan nasihat u. Terima Kasih!!
SL : entri ini untuk dokumen pembiayaan Ujrah 1% yang mana peminjam telah membuat pinjaman yg sebelum ini dikenakan kos pentadbiran 3% atau 5%.
ReplyDeletemenurut maklumat yg anda berikan :
"Ada baca kat "panduan mengisi dokumen", dinyatakan memerlukan byk lagi dokumen sokongan lain seperti - salinan SPM, Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT, dll."
saya rasa dokumen-dokumen tersebut diperlukan untuk pertama kali memohon pinjaman PTPTN. adakah anda baru hendak membuat pinjaman atau anda hendak membuat pertukaran kepada pembiayaan Ujrah 1 %?
cuba ajukan soalan dalam forum PTPTN untuk keterangan lanjut.
Hi Laili,
ReplyDeleteSaya ingin membuat pertukaran kpd pembiayaan Ujrah 1%. Jadi, tak payah dokumen sokongan yang lain-lain tu kan? Hanya salinan IC kan? Thanks so much for ur prompt reply!
SL : ha'a..hanya dokumen2 yg saya nyatakan dalam entri ini sahaja yang perlu anda hantar ke PTPTN.
ReplyDelete* rasa gembira kerana dapat membantu :)
Terima kasih!! Can't call them to verify at this hour so thank you sooooooo much!!
ReplyDeletesalam cik laili...sy baru dpt twran ujrah 2,3 hr yg lepas dan berkira2 untuk mengisi borang ni..dr apa yg sy bc kt penulisan cik laily kt senarai semak bhgn b)vi dan vii xda dlam senarai dokumen sy...?knp lain yeh?dan syaratnya perlu mencetak logo ptptn di muka surat pertama...tp borng yg ptptn bg xda pun logo ptptn..ke kita kena cari n cetak sendiri?? kadang2 terkonfius pun ada huhu..mcm2
ReplyDeletesalam cik laili, saya pun ada soalan yg sama macam me_myself tanya tu... ada pihak dah tanya PTPTN sendiri, tapi dia hanya jawab rujuk panduan pengisian UJRAH... sedangkan itulah yang mengelirukan dan buat saya tertanya2... perlu letak logo ptptn ke?
ReplyDeletesalam, cik laili...saya jugak ingin tanya soalan yg sama seperti me_myself... keliru bila dinyatakan "muka surat pertama setiap set dokumen tawaran yang dicetak atau difotokopi mempunyai logo PTPTN..."
ReplyDeleteada pihak sudah bertanya di forum ptptn tentang hal ni, tapi dia suruh rujuk panduan pengisian ujrah... sedangkan itulah syarat yang mengelirukan kami...
me_myself & LiSaSuKe's : untuk pengetahuan anda, saya telah menerima e-mail dari pihak PTPTN bagi pertukaran Ujrah pada bulan Januari 2011. Jadi saya tertakluk dengan senarai semak tersebut iaitu perlu disertakan sekali dokumen2 berikut :
ReplyDeletevi. Dokumen Jaminan
vii. Surat Kebenaran Penjamin
Pihak PTPTN telah buat sedikit perubahan bagi memudahkan peminjam yang mana dokumen-dokumen tersebut tidak perlu lagi disertakan. Kalau tak silap saya, perubahan ini diumumkan pada bulan Mei/Jun yg lepas. Jadi, anda hanya perlu hantar dokumen yg tersenarai dalam senarai semak yg anda terima itu sahaja :)
Tentang logo PTPTN, jika lihat gambar di dalam entri saya ni anda perasan tak gambar logo pada surat tawaran tersebut? maksudnya..anda hanya perlu print set perjanjian (dah mmg sudah ada logo PTPTN) dan selebihnya perlu difotostat. itu saja..
* harap penerangan saya ini dapat membantu :)
salam .. tumpang tnye yer ,
ReplyDeleteif nk pos tuh dokumen2 tuh bole d lipat ke ?? atau pun kita kne gune kan sampul sazi a4 jgk ??
thnx yer .. =)
w'salam. lebih baik jangan dilipat. gunakan sampul surat saiz A4 (sama saiz dgn dokumen pembiayaan)
ReplyDeleteterima kasih sebab kongsi info ni...saya sangat menghargainya,.. :-)
ReplyDeleteCeNDeRa KeNaRi : sama-sama. saya kongsikan maklumat ini untuk semua :)
ReplyDeleteborang penjamin yg mana 1 ek??? smua berapa page yg awk dpt???
ReplyDeletepEnCARI cAHya : cuba semak dokumen yg ada perkataan 'penjamin'..
ReplyDeleteutk makluman, saya telah menerima dokumen pembiayaan ujrah pada bulan Januari 2011. rasanya utk dokume yg diterima selepas bulan Jun, terdapat sedikit perubahan.
As salam Cik Laili,
ReplyDeleteTerima kasih atas kesudian Cik utk berkongsi maklumat ttg cara2 utk mengisi dokumen ujrah ni.
Saya dh grad, tapi masih belum bekerja. Pada borang pemotongan gaji, ade 4 Bahagian;
1. BUTIRAN DIRI
2. MAKLUMAT MAJIKAN (JIKA BEKERJA)
3. PENGAKUAN TIDAK BEKERJA OLEH PENERIMA BIAYA
4. PENGAKUAN PENERIMA BIAYA
Oleh kerana saya masih belum bekerja, Bahagian 3 & 4 telah saya isi.
Soalan : Adakah saya perlu mengisi bahagian 1? Dalam bahagian tersebut ade slot NO GAJI. Yang lain2 adlh maklumat biase mengenai diri. Cuma itu yang agak konfius, samada perlu atau tidak untuk mengisi bahagian 1 utk kes seperti saya.
Diharapkan Cik Laili boleh memberikan jawapn segera. Terima kasih.
Nurul Nain : terima kasih juga kerana sudi singgah ke blog saya. saya menulis entri dlm bentuk perkongsian ilmu & pengalaman saya sendiri agar dpt membantu sedikit sebanyak pembaca yg lain.
ReplyDeleteterus kepada soalan yg anda tanya. pada pendpt saya, anda perlu mengisi semua maklumat tersebut (dibahagian 1). hanya tinggalkan ruangan no. gaji memandangkan anda belum bekerja.
saya pasti pihak PTPTN tentu faham memandang anda telah mengisi ruangan di bahagian 3. PENGAKUAN TIDAK BEKERJA OLEH PENERIMA BIAYA. sudah tentulah anda tidak memiliki no. gaji :)
as salam laili
ReplyDeletematikan stem kt LHDN shj yek, pejabat tanah x leh kan ngeeh ngeeh ngeeh
aien nk tanya, apa yg d'maksudkan kte boleh matikan stem tuh sendiri?
tq ^O^
aien : w'salam. ye. hanya di LHDN. pejabat tanah hanya untuk urusan pendaftaran & yg berkaitan dengan tanah.
ReplyDeletemaksud matikan setem sendiri tu, anda boleh beli setem hasil di mana-mana cawangan pejabat pos & bawa ke pejabat duti setem untuk dimatikan. harap maklum ;)
Ciklaili sy nk Tanya..tarikh matikan setem dgn tarikh perjanjian kena sama ya?means kena matikan setem dull baru tulis tarikh perjanjian ya.
ReplyDeleteya. terbalik tu. tulis tarikh dulu (tarikh anda nak pergi matikan setem) sebelum proses matikan setem dijalankan :)
ReplyDeletesalam..saya ade beberapa kemusykilan..saya baru hendak menghantar dokumen ini..tapi saya xpaham apa dimaksudkan PENALTI (DUTI SETEM) ? boleh terangkan degan lebih jelas lagi. lagi 1 mcm mana kalau saya dah tulis tarikh perjanjian tetapi belum matikan setem hasil? boleh ke di cancel kan tarikh itu dan tulis balik ikut tarikh mati setem? kedua-dua set dokumen ni dihantar dalam satu envelope or asing-asing?means dua envelope?
ReplyDeletethanks 4 the info n saya harap dapat maklum balas dari ciklaili
~jokey~
jokey, terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ;)
ReplyDeletesaya cuba jawab soalan anda ye :
1) xpaham apa dimaksudkan PENALTI (DUTI SETEM) ?
- Pada amnya, sesuatu dokumen hendaklah disetemkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ianya disempurnakan dalam Malaysia atau dalam tempoh 30 hari selepas ia diterima dalam Malaysia sekiranya ia disempurnakan di luar Malaysia.
Sekiranya ia tidak disetemkan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti yang boleh dikenakan adalah seperti berikut;
RM25.00 atau 5% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas masa untuk penyeteman;
RM50.00 atau 10% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas tempoh 3 bulan tetapi tidak lewat daripada 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;
RM100.00 atau 20% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;
(Kadar di atas berkuat kuasa mulai dari 01/01/2003)
boleh rujuk laman web LHDN
2) mcm mana kalau saya dah tulis tarikh perjanjian tetapi belum matikan setem hasil? boleh ke di cancel kan tarikh itu dan tulis balik ikut tarikh mati setem?
- tak jadi masalah jika anda menulis tarikh perjanjian tetapi belum dimatikan setem hasil selagi tarikh tersebut tidak melepasi 30 hari dari tarikh surat tawaran.
3) kedua-dua set dokumen ni dihantar dalam satu envelope or asing-asing?means dua envelope?
- hantar dalam satu sampul surat sahaja
salam kak laili.mira jumpa blog akak mase ngah crk info sal ujrah ni.mira dah bce komen2 sume,tp still xpuas hati.nk tnye sendiri jgk.hehe.mira da dpt email ujrah ni and mcm akak tunjuk dpt 2 dokumen.so dokumen tu la yg perlu mira print dan isikan??btol x??then kalau mira nak matikan setem hasil isnin depan 13hb 02 2012.so sume tmpt yg kene isi tarikh mira letak 13hb 02 2012??akak tlg jawab yea.tq so much..:))
ReplyDeleteamira : w'salam. terima kasih kerana sudi membaca entri & komen2 ttg ujrah. harap entri tu semua dpt membantu :)
ReplyDeletejawapan utk soalan amira tu : ya..tuliskan tarikh yg sama dgn tarikh matikan setem hasil
owh..oke kak..thans taw..really appreciate it.mmg sgt2 membantu mira blog akak ni..heeee..:))
ReplyDeletethanks again kak..
Laili, thanks for the information.
ReplyDeleteNak tanya, dalam panduan ptptn ada mention tentang yang dipapar di bawah:
Setiap Salinan dokumen sokongan hendaklah dipalang dua (2) garisan lurus dan ditulis
“Kegunaan PTPTN Sahaja”.
Adakah ini diperlukan?
ciklaili, camane kalau kita takde borang potongan gaji, n selama ni kite bayar just transfer guna cimb clicks or maybank2 u je?
ReplyDeleteciklaili,hai assalamualaikum. tumpang tya. utk ptptn tu. palang dua tu nak buat dekat mana??
ReplyDeletesebab ada dia nyatakan mcm ni: Setiap salinan dokumen sokongan di atas hendaklah dipalang dua (2) garisan lurus dan ditulis
“Kegunaan PTPTN Sahaja”.
boleh bagi contoh x?
Halo,
ReplyDeletesaya Ibu Doris Young, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman., Komersial dan pribadi dengan tingkat suku bunga tahunan yang sangat minimum serendah 2% dalam waktu 1 tahun untuk periode durasi pembayaran 20 tahun untuk setiap bagian dari dunia. Dan kami memberikan pinjaman dalam kisaran $ 2.000 sampai $ 100.000.000,00 USD.Our pinjaman benar diasuransikan dan keamanan maksimum adalah prioritas kami, saya menggunakan media ini untuk memberitahu Anda bahwa kami memberikan bantuan yang handal dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui email di: dorisloanfirm901@gmail.com
Halo,
ReplyDeletesaya Ibu Doris Young, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman., Komersial dan pribadi dengan tingkat suku bunga tahunan yang sangat minimum serendah 2% dalam waktu 1 tahun untuk periode durasi pembayaran 20 tahun untuk setiap bagian dari dunia. Dan kami memberikan pinjaman dalam kisaran $ 2.000 sampai $ 100.000.000,00 USD.Our pinjaman benar diasuransikan dan keamanan maksimum adalah prioritas kami, saya menggunakan media ini untuk memberitahu Anda bahwa kami memberikan bantuan yang handal dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui email di: dorisloanfirm901@gmail.com
Nk tanya bole ke kita pos dokumen tanpa matikan setem dan tanpa tarikh?
ReplyDeleteKena matikan setem & tulis tarikh seblm pos dokumen tersebut. Takut dianggap dokumen belum lengkap..
DeleteTumpang tanya, klau saya hantar guna pos ni, perlu ke tandatangan wakil ptptn tu skali pada borg perjanjian tu. Lagi satu, mcm mana saya nk dpt semula salinan yg perlu kita simpan tu? Perlu ke saya hantar sekali borang penerimaan salinan tu?
ReplyDelete