Percutian di Melaka Bandaraya Bersejarah

Cuti sekolah kali ini saya sekeluarga telah memilih negeri Melaka sebagai destinasi percutian. Kami telah menginap di sebuah homestay di bandar Melaka selama 3 hari 2 malam. Memang sangat selesa tinggal di homestay tersebut. Antara tempat-tempat yang kami kunjungi :

1. Zoo Melaka

Amirlah yang paling seronok bila dibawa ke sini. Nampak sangat dia teruja bila nampak binatang yang sudah dipelajari melalui buku dan semasa di sekolah. Banyak juga binatang yang Amir dah kenal. Selain itu Amir dan pakciknya, Arul sempat merasai pengalaman menaiki kuda.


Amir sedang membaca maklumat haiwan
Bergambar dengan zirafah
Arul dan Amir menaiki kuda
2. Menara Taming Sari

Ramai yang kata, tidak sah kalau datang ke Melaka jika tidak menaiki menara ini. Pengalaman berada pada ketinggian 80 meter memang sangat seronok. Saya masih sempat ambil beberapa keping gambar walaupun dalam hati rasa berdebar-debar.


Pandangan dari atas
Amir meneropong
3. Ikan Bakar Umbai

Suami yang mencadangkan supaya kami makan tengahari di sini. Kami memilih untuk makan ikan Siakap, sebelah dibakar dan sebelah lagi dimasak 3 rasa, kerang bakar dan sotong masak merah. Masakan di sini memang sedap dan harganya juga berpatutan.


Makanan yang enak

Post a Comment

13 Comments

  1. Blog ni dah tersenarai dalam bloglist lulu-pages :)

    ReplyDelete
  2. Lulu : terima kasih. Lulu pun dah tersenarai dlm bloglist saya :)

    ReplyDelete
  3. wahhh.. ingin sekali menjejakkan kaki ke tempat bersejarah ini.. XD

    ReplyDelete
  4. pauline : ada rezeki nnt bolehlah ke sana.

    ReplyDelete
  5. sedapnya tgk ikan bakar kat gambr last tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. thanks 4 the info..sedang plan nak bercuti...

    ReplyDelete
  7. kotak bulat : memang sedap

    fyqa : sama-sama. ada byk lagi tempat menarik di Melaka. kami sempat pergi beberapa tempat aje

    ReplyDelete
  8. salam ciklaili..huhu..saya yg duk mlake ni pun lum pnah naik taming sari lg..takut punye pasal...kikiki..

    ReplyDelete
  9. w'salam fairus. kena rasa sebab pengalaman naik ke atas sangat menyeronokkan

    ReplyDelete
  10. haha..xtau la,da pujuk2 en hubby ajak naik..dia xnak..entah2 dia gayat kot..he3..

    ReplyDelete
  11. River cruise? Cantik pada waktu malam...Bandar Melaka dan Cahaya..boleh santai di Quayside yang berhampiran. Muzium Samudra Melaka? Muzium kapal selam melaka? St Paul Hill? Berhampiran dengan Muzium Melaka....hehehe kalau missed ...sila melawat ke Melaka sekali lagi....tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak tempat yang kami tak sempat pergi. insya Allah akan datang bercuti ke Melaka lain kali..

      Delete

  12. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete