Salam Aidil Fitri Dari ciklaili.com

Salam aidil fitri buat semua pengunjung ciklaili.com. Terima kasih kerana tidak jemu-jemu untuk singgah ke blog ini. Di kesempatan ini saya ingin memohon ribuan keampunan sekiranya terdapat salah dan silap saya terhadap anda semua. Jika anda sampai ke Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor jemputlah singgah ke Teratak Kasih kami :)

  Gambar raya tahun lepas. Tahun ni baju raya kami warna hijau.

Raya tahun ni berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Terasa kembali ke tahun 2006 sewaktu saya sedang menanti hari untuk melahirkan anak pertama, Amir. Waktu itu saya berdoa agar sempat berhari raya walaupun sehari. Alhamdulilah..Tuhan kabulkan doa saya dan hari raya kedua telah keluar tanda-tanda bersalin. Rupanya, saya sempat beraya lagi di hospital selama 2 hari sebelum Amir dilahirkan ke dunia pada 27 Oktober 2006 jam 12.20 pagi bersamaan raya ke-4.

Raya kali ni kami masih bertiga tetapi di dalam perut saya ada insan lain yang turut sama merasa nikmat hari raya. (sila baca entri : Pengalaman 40 Minggu Nan Indah Itu Dirasai Kembali). Insya Allah insan ini bakal dilahirkan pada bulan Januari 2012. Saya sentiasa berdoa agar saya akan melahirnya pada tarikh harijadi saya tahun hadapan. Mudah-mudahan Allah kabulkan lagi doa saya ini. Amin..

Post a Comment

2 Comments