Hari Ahad lepas, saya bersama anak menemani suami ke jemputan istimewa dari Universal Music Malaysia dan Celcom ke Bora Ombak, Ampang. Di majlis tersebut, kami berpeluang beramah mesra dengan artis seperti Ning Baizura, Ana Raffali, kumpulan Sixth Sense dan Meet Uncle Hussain - sila baca entri ciklaili.com bertemu Ning Baizura, Ana Raffali dan Sixth Sense.
Kami sampai ke Bora Ombak lebih kurang jam 1.30 tengahari. Waktu keluar dari kereta, saya terpandang seorang perempuan berbaju merah yang seakan-akan saya kenal. Hati saya terus terdetik. "Eh, itu blogger kak Ina KL..". Konon nak bertegur sapa dengan beliau tapi terasa malu pula. Hehe!
Bila masuk ke dalam Bora Ombak, kak Ina dan anaknya duduk berhampiran meja kami. Memandangkan kami baru sampai, kami telah dijemput untuk makan terlebih dahulu. Sambil makan, sempat juga saya memberitahu suami tentang kak Ina yang duduk di meja sebelah. Tak lama kemudian, kak Ina berpindah ke meja lain. Kami sekeluarga duduk di bahagian belakang saja.
Bora Ombak, Ampang |

Antara makanan yang disediakan |
Sampailah majlis tamat, rupanyanya jodoh kami masih panjang bila kak Ina sendiri menegur saya (waktu tu saya juga sudahpun menghulurkan tangan untuk bersalaman).
"Blogger juga, kan?", tanya kak Ina.
Saya senyum simpul sambil menjawab, "Ha'a..tapi saya jarang join event".
Lepas tu giliran saya pula bertanya kepada kak Ina (sebab teruja sangat dapat jumpa kak Ina). Hehe!
"Ni kak Ina KL, kan? kakinakl.com?".
* Untuk kak Ina : "saya rasa seronok sangat dapat jumpa akak semalam. Selalu saya baca blog aje tapi semalam dapat jumpa akak face-to-face. Insya Allah, ada rezeki nanti kita jumpa lagi.. "

Saya dan kak Ina |
Lepas tu kak Ina perkenalkan saya dengan dua orang blogger, Yana Yassin dan kawannya (saya lupa namanya). Untuk beliau : "kalau anda membaca entri ini, sila tinggalkan url blog anda ye.."
Saya bersama blogger-blogger yang hadir ke majlis di Bora Ombak
(Saya, kak Ina KL, Yana Yassin & kawannya)
(Saya, kak Ina KL, Yana Yassin & kawannya)
9 Comments
nasib baiklah akak tegur kamu..klu idak tak adalah gambar kita berdua kan. terima buat kamu sebab sudi buat N3..akak tak buat lagi.insyallah kita berjumpa lagi di lain masa
ReplyDeletekak ina kl : akak kan blogger terkenal. saya pula jenis pemalu sikit :)
ReplyDeletenice to meet u :)
best la bertambah erat ikatan silaturrahim antara bloggers!!
ReplyDeleteroha : mmg best. jarang dapat jumpa blogger yg galamour mcm kak ina :) mungkin satu hari nnt boleh jumpa roha pula..
ReplyDeleteeh,.. ada gambar kita lah.... terima kasih akk buat entri nie,.. Yana x buat pun lagi, hihii
ReplyDeleteyana : sama-sama. nnt tolong maklumkan nama & url blog kwn yana tu ye.
ReplyDeleteK ina mmg frenly. 1st time jumpa dh mesra. X kekok nk borak ngan beliau lepas tuh..
ReplyDeletewahhh.... bestkan dapat jumpa blogger..
ReplyDeleteterjumpa secara tidak sengaja..
Delete