Home Signage : Teratak Kasih Kamarul, Laili Dan Anak-Anak

Beberapa bulan sebelum tibanya hari raya, saya telah membuat tempahan home signage dari seorang kawan secara online. Saya telah lihat hasil beliau yang sangat cantik dan kemas yang berkonsepkan english style, jadi dari situlah tergerak hati untuk menempah home signage untuk rumah kami. 

Sebenarnya sudah beberapa kali saya menukar perkataan yang bakal ditulis di atas home signage tersebut. Macam-macam yang terlintas di fikiran kami suami isteri. Home signage tersebut akan digantungkan di luar rumah jadi perlulah fikirkan perkataan yang betuk-betul sesuai untuk rumah kami.

Akirnya kami sebulat suara memilih perkataan seperti dalam gambar di bawah :

Inilah dia home signage rumah kami
Pandangan dari sudut tepi
Pada hari raya 2011, saya sekeluarga telah menerima kunjungan dari kawan-kawan sekolah menengah ke Teratak Kasih kami ini (sila baca entri Kunjungan Aidil Fitri Kawan-Kawan SMKASL). 

Bagi anda yang berminat dan ingin menempah home signage seperti ini atau anda boleh juga memilih pelbagai bentuk lain (dan macam-macam lagi), anda bolehlah singgah ke blog Pink Vintage. Oh ya! Untuk melihat bagaimana pula rupa outdoor signage yang diletakkan di depan rumah kami, sila baca entri Outdoor Signage Yang Sangat Cantik.

Post a Comment

4 Comments

  1. Salam Aidilfitri buat Cik Laili... Cantik home signage tu.. lembut je warnanya..

    ReplyDelete
  2. Nur : terima kasih. salam aidil fitri juga utk Nur sekeluarga. ha'a..warna lembut. home signage berkonsepkan english style :)

    ReplyDelete
  3. salam laili.. ira pink vintage ni..thx sudi share hasil kerja tgn sy :)

    sweet betul blog ni :)

    ReplyDelete
  4. W'salam. sama-sama :)

    terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya

    ReplyDelete