Makan Nasi Arab Di Restoran Port Cafe Teluk Intan, Perak

Jika anda peminat nasi Arab, ayam penyet dan nasi lemak serta tinggal berdekatan dengan Teluk Intan, Perak bolehlah singgah ke Restoran Port Cafe yang terletak di Bandar Baru Teluk Intan. Lokasi restoran ini berhampiran dengan Bank Rakyat dan Hentian Bas baru Teluk Intan.

Restoran Port Cafe
194G, Jln Intan 5, Bandar Baru Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu operasi : Isnin - Sabtu (10.00 a.m - 12.00 a.m)

Sebenarnya ini kali kedua kami sekeluarga berpeluang makan di sana. Kali pertama semasa buka puasa pada tahun ini. Masa tu teringin sangat nak berbuka dengan nasi Arab dan kebetulan pula restoran ini hanya 45 minit saja dari tempat saya, Sungai Besar. Jadi, merasalah kami berbuka puasa dengan nasi Arab :)

Inila dia Restoran Port Cafe
Menu yang disediakan. Banyak pilihan dengan harga yang berpatutan
Nasi Arab lauk kambing. Daging kambing sangat lembut dan tak berbau. 

Nasi Arab lauk ayam. Boleh tahan juga rasa sedapnya
Nasi lemak yang menyelerakan
Air Ribena Laici dan Air Laici

Post a Comment

6 Comments

  1. tringinla pulak nasi arab ni..haish

    ReplyDelete
  2. apalagi..silalah singgah ke kedai yg berhampiran :)

    ReplyDelete
  3. kalau nasi arab mmg sedap kambing kan, kalau ayam macam tawar jer ;)

    ReplyDelete
  4. mzhany : ha'a..lebih sedap kalau lauk kambing. mungkin ada yg tak boleh makan kambing, sebab tu ada dijual nasi Arab lauk ayam :)

    ReplyDelete
  5. salam ziarah lailai..nasi arab memang sedap terutama nasi mandhi

    ReplyDelete
  6. kak ina kl : terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya :)

    ReplyDelete