Hari ni dah masuk 1 Oktober 2011. Tinggal 2 bulan saja lagi kita melangkah masuk ke tahun 2012. Bulan ini akan dimulakan dengan aktiviti bersama rakan sejawat (cikgu-cikgu sekolah saya) yang mana kami akan mengadakan Hari Keluarga selama 2 hari 1 malam (1 & 2 Oktober 2011) bertempat di Marina Cove Resort, Lumut, Perak.

Sedang set koordinat GPS
Seronok juga bila sekali sekali dapat mengadakan aktiviti bersama di luar kawasan sekolah. Selain tu dapat juga merapatkan hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga masing-masing. Saya akan ceritakan pengalaman hari keluarga bersama rakan-rakan guru dalam entri yang lain. Tunggu..!
* Tiba-tiba rasa nak bercuti ke Pulau Pangkor pula ;)
* Tiba-tiba rasa nak bercuti ke Pulau Pangkor pula ;)
4 Comments
wah cikgu-cikgu...belum cuti sekolah...dah start bercuti...hehehe...
ReplyDeleteFazil : saya cikgu SPM, nak kena mengajar sampai akhir thn. jadi inilah masa yg sesuai utk pergi bercuti. risau juga kena jadi pengawas SPM waktu cuti sekolah nnt :)
ReplyDeleteselamat berhari minggu dan berhari keluarga ciklaili ;)
ReplyDeletemzhany : terima kasih. selamat berhari minggu juga :)
ReplyDelete