Jangan Jadi Blogger Copy Paste


Bila saya membaca entri kak Ina KL tentang Kategori Blogger, saya rasa saya adalah blogger jenis ini (setakat tarikh entri ini ditulis)
5. Blogger Suka Bercerita Tanpa Memikirkan Keuntungan (Blogger Curhat-curahan hati)

Blogger  yang macam ni pula akan meluahkan perasaan dalam blog mereka seolah-olah blog sebagai dairi kehidupan mereka.

Mereka  akan mencatat kisah keluarga, berkongsi resepi,  tentang kisah anak-anak dan juga kehidupan seharian.  Mereka tak kisah tentang trafik dan nak jadi glamour.

Ada juga blogger yang berkongsi info tentang agama dan hal-hal berkaitan dunia dan akhirat.

Jika ada pembaca yang datang ke blog mereka dan bagi komen mereka akan merasa bangga dan happy sebab apa saja penulisan mereka akan di hargai. 

Walaupun begitu, bila dilihat semula kebanyakan entri saya adalah berbentuk perkongsian ilmu dan pengalaman saya sendiri. Saya akan mengambil masa yang agak  lama untuk menyiapkan satu-satu entri supaya pengunjung lain boleh faham apa yang ingin saya sampaikan.

Sebagai contoh : entri tentang Ujrah PTPTN, e-Penyata Gaji, eSPLG, Penggunaan SAPS, SAPS untuk semakan ibu bapa, Topik Tumpuan Sejarah SPM dan lain-lain lagi.

Pada saya, pengunjung atau blogger lain bebas untuk memilih mana-mana entri di dalam blog ini untuk dijadikan panduan/rujukan cuma jika anda ingin copy paste sebarang entri dan diterbitkan ke dalam blog anda, silalah beri BACKLINK kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Sila baca : Mesti Baca.

Bagi anda yang suka copy paste entri blog orang lain : 

"Kerja anda sangat mudah kerana anda hanya perlu copy paste sahaja entri orang lain..tapi fikirkanlah apa yang telah dilakukan oleh seseorang blogger tersebut sebelum entri itu diterbitkan. Bagaimana rasanya jika suatu hari entri anda pula yang dicopy paste?..."

Post a Comment

7 Comments

  1. Betul tuh..

    Kecualilah rembat pada surat kabor...

    ReplyDelete
  2. hi. sebab tu sy buat supaya org x boleh copy cat . mmg geram bl penat2 buat entry, org cilok camtu je kan...

    ReplyDelete
  3. Daddy Cool : kalau ambil dari surat khabar (online) pun kena nyatakan sumbernya juga..

    Dr Zatiel : setuju 100%

    Ms Quincy : blogger yg suka copy paste sebenarnya takde identiti sendiri.

    ReplyDelete
  4. Sangat informatif pos. Terima kasih telah meluangkan waktu untuk berbagi pandangan Anda dengan kami.

    ReplyDelete
  5. Cikgu Laili:
    Betul tu. Waima entri kite tu entri yang entah ape-apa tapi janganlah memplagiat. Penat tau nak cari idea untuk buat satu post. HUHUHU

    ReplyDelete
  6. Ainul : itulah..sepatutnya seorang blogger punyai identiti tersendiri. jangan suka copy paste aje :)

    ReplyDelete