Sejak terpandang gambar Red Velvet (RV) dari album facebook beberapa orang kawan yang memberikan komen bahawa RV tersebut sangatlah sedap, maka ibu yang mengandung 37+ minggu ni pun teruslah rasa mengidam nak makan RV.
Alhamdulillah, saya punyai seorang kawan waktu di sekolah menengah, Ana yang memang pandai membuat RV dan pelbagai jenis coklat dan cookies. Jemput singgah ke blog beliau untuk membuat tempahan :
Wajah blog Ana |
Petang hari Sabtu, RV yang saya tempah dari Ana telah selamat sampai. "Terima kasih banyak-banyak Ana kerana penghantaran RV secara istimewa hingga ke depan pagar rumah...". Memang tak sabar rasanya untuk menikmati RV yang dihias indah oleh Ana.
Beginilah rupa RV hasil tangan Ana. Memang sedap!
4 Comments
Hihi...tq kak e...byk lg nk blajar, nanti saya promote kek lain plk....
ReplyDeleteAna : ok.. carrot cake & tiramisu ada tak?
ReplyDeletesuka..kalau bleh buat pie ayam tu delivery nak gak rasa
ReplyDeleteRed Velvet memang best cuma pewarnanya banyak sangat. Paling istimewa, dia punya cream yg bercheese tu
ReplyDelete