Semak e-Penyata Gaji : Gaji Baru SSM Kenaikan 13%

Berita gembira buat semua kakitangan awam, mulai 20 April 2012 anda sudah boleh menyemak e-Penyata Gaji Bulan April 2012 iaitu gaji baru SSM dengan kenaikan gaji sebanyak 13% sepertimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri. Tarikh gaji bagi bulan April adalah pada 25 April 2012 (Rabu).


Saya sendiri tidak sabar-sabar untuk melihat berapakah jumlah gaji baru yang bakal diterima. Adakah sama dengan cara pengiraan kenaikan gaji 13% sebelum ini?

 e-Penyata gaji cikgu Laili bagi bulan April 2012

Alhamdulillah..,jumlah gaji pokok sekarang sama saja dengan cara pengiraan kenaikan gaji 13% yang saya lakukan sebelum ini. Selain mendapat kenaikan bayaran Bantuan Sara Hidup/COLA dari RM100 menjadi RM150 terdapat juga tunggakan gaji untuk 3 bulan (mulai Januari hingga Mac).

Bagaimana dengan anda, gembira tak dapat gaji baru? :)
  

Post a Comment

7 Comments

  1. syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. kak, sy dh tgk... tp takde pun... nape eh......

    ReplyDelete
  3. aizah : cuba check sekali lagi. semlm saya check dlm pkl 6 ptg. mula2 mmg takde, lps check sekali lg (dkt2 pkl 7 mlm) baru boleh tgk.

    ReplyDelete
  4. kena daftar login dulu kan?
    tak boleh pn..

    ReplyDelete
  5. Kalau kenaikkan Januari, nanti ada tunggakkan lagi ke?

    ReplyDelete
  6. kalau dah daftar e-Penyata Gaji boleh terus login dgn memasukkan no KP & kata laluan.

    insya Allah ada tunggakan. mcm saya, KGT bulan Julai nnt..

    ReplyDelete
  7. SALAM NK TNYA JADUAL KGT 2012 MNE NK DPT NI....NK TGK JADUAL JE...TQ

    ReplyDelete