Nisfu Syaaban


Dalam entri  Amalan yang digalakkan dalam bulan Syaaban, saya bercadang untuk buat entri pendek tentang Nisfu Syaaban. Sebelum tu, anda tentu tahu makna NISFU tu, kan? Pada yang belum tahu, NISFU adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud setengah atau sebahagian. Jadi, Nisfu Syaaban bermakna tengah bulan Syaaban iaitu 15 haribulan.




Menurut wikipedia, Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. 

Antara amalan yang digalakkan pada hari Nisfu Syaaban : 

1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
2. Melakukan Qiamullail.
3. Berpuasa pada siang harinya.

Sila baca : Hukum Puasa, Solat dan Doa Pada Nisfu Syaaban


* Untuk tahun ini nisfu Syaaban adalah pada tarikh 24 Jun 2013 (Isnin). Jadi selepas waktu Maghrib pada tarikh 23 Jun 2013 (Ahad) akan bermulalah 15 Syaaban 1434H.

Post a Comment

3 Comments

  1. syukran atas infonya...

    ReplyDelete
  2. tq share ciklaili nak puasalah isnin ini..

    ReplyDelete
  3. Menghampiri Nisfu Syaaban, sebenarnya menandakan dekatnya Ramadan. Semoga Syaaban menjadi medan latihan muhasabah diri dan uji diri sebelum datangnya Ramadan yang dinanti..Terima kasih ciklaili ats perkongsian ini..:)-

    ReplyDelete