Diskaun 10% Dan 20% Pembayaran Balik PTPTN | Bajet 2013

Jika anda menonton pembentangan Bajet 2013 atau membaca Teks Ucapan Bajet 2013, antara isu yang menarik perhatian adalah isu berkaitan diskaun pembayaran balik PTPTN :


Menurut hukum, hutang wajib dibayar. Pinjaman PTPTN satu amanah. Ia adalah satu keistimewaan, bukan satu hak. Jika hutang PTPTN tidak dibayar, ia akan menafikan hak-hak pelajar masa depan. Oleh itu, bagi memudahkan proses pembayaran balik, Kerajaan akan memperkenalkan beberapa insentif.

Pertama, bagi peminjam yang menyelesaikan hutang sekaligus dalam tempoh setahun selepas pengumuman ini, bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013, diskaun 20 peratus akan diberikan ke atas jumlah pinjaman mereka. Manakala, bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Oktober 2012, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan.

Berikut adalah maklumat penting berkaitan :

Diskaun 10% pembayaran balik PTPTN


1.  Peminjam/ penerima biaya PTPTN yang membuat ansuran bayaran balik pinjaman/ pembiayaan mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan mulai 1 Oktober 2012 layak menerima pemberian diskaun 10%.

2. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak diambilkira bagi pemberian diskaun ini. Pengiraan dua belas (12) bulan adalah mulai 1 Oktober 2012.

3. Diskaun hanya diberi bagi amaun potongan gaji bermula 1 Oktober 2012.

4. Pemberian diskaun 10% dikira daripada jumlah bayaran ansuran bulanan mengikut jadual bayaran balik atau lebih dalam tempoh dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.



Diskaun 20% pembayaran balik PTPTN

1. Peminjam/ penerima biaya PTPTN yang membuat penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan PTPTN dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013 layak mendapat pemberian diskaun 20%.

2. Pemberian diskaun 20% dikira atas baki hutang semasa pada masa penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan dilakukan.

3. Peminjam perlu membuat penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.

4. Baki hutang semasa boleh diperolehi dengan melayari laman web PTPTN www.ptptn.gov.my mulai 5 Oktober 2012. Sila masukkan nombor kad pengenalan dan nombor pin peminjam. Sekiranya peminjam terlupa nombor pin, sila hubungi talian 03-20804455. Bagi peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan seumpamanya, baki hutang boleh diperolehi dengan hadir ke kaunter PTPTN, e-mel ke bakihutang@ptptn.gov.my atau faks ke talian 03-20921590.



Post a Comment

4 Comments

  1. thanks for sharing dear..:)

    jom jenguk dress kat on9 shop saya...
    ~SALE!!~
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete
  2. Saya ni peminjam ptptn since yr 2000..just nk bkongsi maklumat, sy bukanlah 1st grade student tapi sy mampu menjadikan keseluruhan loan ptptn sy jadi PERCUMA. layari www.freeptptn.com utk ketahui kaedah yg sy praktikkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkait ngan keje part-time ke?

      Delete