Setia Bersama Nuffnang

Pada harijadi saya yang lepas, blog ini telah memasang iklan dari pengiklan lain selain Nuffnang untuk tujuan "mencuba". Saya sudah sedia maklum bahawa tindakan ini sememangnya akan mendatangkan kesan terutama dari segi trafik blog, status glitterati Nuffnang dan sudah semestinya earning CPUV yang ada akan berkurangan sebanyak 50%. 

Gambar di bawah menunjukkan trafik blog ciklaili.com sepanjang tempoh 6-12 Januari 2013. Disebabkan iklan Nuffnang tidak dipasang di blog ini hampir 12 jam, Unique Visitor (UV) hanya mencatatkan sebanyak 923 sahaja. Syukurlah kerana trafik blog kembali meningkat pada hari berikutnya.


Sebelum memasang iklan dari pengiklan tersebut, saya sebenarnya telah menghubungi beberapa orang rakan blogger bertanyakan pendapat mereka selepas blog ini telah memenuhi syarat permohonan dan memperoleh kelulusan dari pengiklan tersebut pada bulan April 2012 iaitu genap setahun saya menggunakan domain ciklaili.com.

Selepas peristiwa "mencuba" ini saya dapat simpulkan bahawa blog ini sememangnya tidak 'serasi bersama' dengan pengiklan tersebut. Walaupun mendapat impression berpuluh ribu dalam masa 12 jam tetapi earning yang dicatatkan tidak berapa menguntungkan pihak saya. Oleh itu, saya memilih untuk kembali dan terus setia bersama Nuffnang. 


Alhamdulillah...sebahagian earning CPUV pertama tahun 2013 sudah mencecah ratusan ringgit. Ucapan terima kasih harus diberikan kepada pihak Nuffnang kerana telah mengembalikan status glitterati. Tidak dilupakan ucapan terima kasih buat pengunjung blog yang menjadi penyumbang utama peningkatan trafik blog ciklaili.com. Saya sayang anda semua...

Post a Comment

28 Comments

  1. owhhhh...
    iklan nuff boleh pengaruhi uv? macam mana tu? kurang faham kaitan antara keduanya

    ReplyDelete
  2. Mama Adam : dalam tempoh saya memasang iklan dari pengiklan lain, saya tak memasang iklan NN. Sebab itu UV & PV memang tidak dicatatkan dalam blog stats.

    ReplyDelete
  3. dah lama tak bukak blog.. hari ni bukak blog cik lily .. wahh berwahjah baru... class ko cik lily :) ... kemas lahh.. suka sangat tengok

    ReplyDelete
  4. Saya sayang Cikgu Laili.

    Memang seronok bila dapat tahu yang duit dah beratus-ratus. Ni yang membuatkan saya nak guna nuffnang balik :D


    Insya Allah boleh jadi jutawan dengan Nuffnang ni ^_^

    Amaran! Orang Yang BERANI Sahaja Boleh Baca [Berani2013.com]

    ReplyDelete
  5. tu sebab akak masih setia dgn nuffnang..hasil pendapatan boleh mencecah 5 angka dalam setahun..syukur alhamdulliah

    ReplyDelete
  6. dah betahun2 dgn nuffnang, tak pernah dpt BE... :(

    ReplyDelete
  7. tahniah cik laili :)
    alhamdulillah, rezeki :)

    ReplyDelete
  8. Owh.... baru la faham...
    Rekod yg tiada... tapi trafik mesti mcm biasa kan. Maintain tinggi

    ReplyDelete
  9. Kalau blog UV trafik tinggi memang sesuai sekali memasang iklan Nuffnang.

    ReplyDelete
  10. pcl respeklah...caman nak dpt UV tinggi ciklaili?

    ReplyDelete
  11. tahniah dan mudahan tahun ni lebih baik lagi, insyaAllah

    ReplyDelete
  12. tingginya uv :)

    ReplyDelete
  13. wow..hebatlah blog ni, dah turun cepat je trafik naik balik..

    http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. wow..meriah..tahniah ciklaili..setialah pada yang satu..

    ReplyDelete
  15. saya pun dah kembali ke nuff, mmg rugi tgk traffik ribuan tapi impression ciput ;(

    ReplyDelete
  16. saya tak dapat2 lagi..apa masalah pun saya tak tahu ..huhu

    ReplyDelete
  17. trafik blog cik laili memang mantap...:)

    ReplyDelete
  18. banyak pulak iklan yg dpt dr iklan satu lg tu yek hairan betul

    ReplyDelete
  19. wah banyaknya..traffik pun mantap kan..ciklaili pasang iklan ape haritu?

    ReplyDelete
  20. sy pernah join nuffnang..tapi sy tak iklankan kat blog..agak2 sy dikira ahli nuffnang ke tak ea??
    http://iellakylla.blogspot.com

    ReplyDelete
  21. Tahniah ciklaili kerana berterusan dapat cpuv dari nn.

    ReplyDelete
  22. nampaknya ... memang dah jodoh dengan NUFFNANG la kan....betul tak

    ReplyDelete
  23. wah, traffik kencang + mantap,, memang terbaikla

    TIPS SEO: Guna Alt Tag Pada Gambar Untuk Mesra SEO

    ReplyDelete