Homestay JKKK Sungai Haji Dorani : Pakej Tahun 2013

Sebelum ini saya pernah kongsikan satu destinasi unik dan menarik untuk anda kunjungi iaitu Homestay JKKKyang terletak di Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor. Untuk makluman, bermula 1 Februari 2013, Homestay JKKK telah melancarkan pakej baru bagi tahun 2013 untuk para pengunjung terutama bagi pelajar sekolah rendah / menengah dan penuntut IPT serta orang dewasa. 

Sila click link atau banner di bawah untuk terus ke blog Homestay JKKK Sungai Haji Dorani.

 
 

PAKEJ HOMESTAY JKKK SUNGAI HAJI DORANI, SUNGAI BESAR, SELANGOR TAHUN 2013

1. LAWATAN MURID SEK. RENDAH / MENENGAH


A. Lawatan sehari ( Tidak bermalam / menginap )
Bayaran : RM 40.00 seorang pelajar atau guru.

Acara :
Jam 10.00 pagi  ( Dijangka pelawat akan sampai ke Homestay JKKK )
- Minum ' Selamat Datang ' di Balai Raya Comel.
- Taklimat lawatan / kampung.
- Bergambar kenangan.
- Lawatan : Perusahaan kuih bahulu, Nata De Coco, Rumah Tradisional / Ukiran, Mini Muzium Wak Surgi.
Jam 1.00 petang.
- Makan tengah hari di Balai Raya Comel.
- Rehat dan solat zohor di Masjid An Nur ( Lokasi Drama Nur Kasih )
Jam 2.30 petang.
- Lawatan Mini Estet Padi dan perusahaan kerepek.
- Aktiviti setempat ( Memancing ikan / menggagau ikan kolam )
  
ATAU ( pilih )
- Mencari kerang di pantai dan bermain layang-layang.
  ( Bergantung kepada keadaan pasang surut laut dan cuaca semasa )
Jam 6.00 petang.
- Membeli belah di Pasar Petang Sungai Haji Dorani.
- Pelawat bersiap untuk pulang.

B. Lawatan (2) hari ( 1 ) malam ( Bermalam satu malam )
Bayaran : RM 75.00 seorang murid atau guru.

Acara Hari Pertama:
( Sama seperti acara lawatan sehari di atas bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang )
Jam 6.00 petang.
- Membeli belah di Pasar Petang Sungai Haji Dorani.
- Makan malam di Balai Raya Comel.
- Balik ke rumah penginapan / rehat / solat .
Jam 8.00 malam.
- Aktiviti setempat  ' Kembara Malam ' di kawasan sawah padi.
- Minum malam dan sembang santai.

ATAU ( pilih )
- Melawat lokasi kelip-kelip di Kampung Belia (2) Sungai Panjang.
  ( Pelawat boleh menaiki sampan bersama pemandu khas untuk melihat kelip-kelip lebih dekat dengan bayaran tanggungan sendiri )
- Pulang ke rumah penginapan.


PERHATIAN:  Acara lawatan ke kawasan kelip-kelip dan menaiki sampan boleh dilakukan bergantung kepada keadaan cuaca semasa )
 
Acara Hari Kedua

Jam 8.30 pagi- Sarapan pagi di Balai Raya Comel  
- Ucapan perpisahan dan penyampaian cenderamata.  
- Pelawat bertolak pulang.
 
NOTA :  

HOMESTAY JKKK TIDAK MENYEDIAKAN KENDERAAN / PENGANGKUTAN UNTUK  PERGERAKAN KE TEMPAT-TEMPAT LAWATAN SEPERTI DICATATKAN. PELAWAT PERLU  MENGGUNAKAN KENDERAAN BAS SENDIRI DAN AKAN TURUT DISERTAI OLEH SEORANG PEMANDU LAWATAN HOMESTAY JKKK UNTUK PENERANGAN PERJALANAN / KEADAAN SETEMPAT.

2. LAWATAN PENUNTUT IPT / ORANG DEWASA  

A. Lawatan sehari ( Tidak bermalam / menginap ) 
Bayaran : RM 50.00 seorang

Acara:
Jam 10.00 pagi  ( Dijangka pelawat akan sampai ke Homestay JKKK )
- Minum ' Selamat Datang ' di Balai Raya Comel.
- Taklimat lawatan / kampung.
- Bergambar kenangan.
- Lawatan : Perusahaan kuih bahulu, Nata De Coco, Rumah Tradisional / Ukiran, 
  Mini Muzium Wak Surgi.
Jam 1.00 petang.
- Makan tengah hari di Balai Raya Comel.
- Rehat dan solat zohor di Masjid An Nur ( Lokasi Drama Nur Kasih )
Jam 2.30 petang.
- Lawatan Mini Estet Padi dan perusahaan kerepek.
- Aktiviti setempat ( Belajar memproses mee dan amali kumpulan )

ATAU ( pilih )  
- Aktiviti setempat ( Belajar memproses sos cili dan amali kumpulan )

PERHATIAN : Hasil pembuatan mee atau sos cili akan diberikan kepada semua pelawat sebagai 'ole-ole' untuk dibawa pulang.  

Jam 6.00 petang.
- Membeli belah di Pasar Petang Sungai Haji Dorani.
- Pelawat bersiap untuk pulang.


B. Lawatan (2) hari ( 1 ) malam ( Bermalam satu malam )
Bayaran : RM 90.00 seorang.

Acara Hari Pertama:
( Sama seperti acara lawatan sehari di atas bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang )
Jam 6.00 petang.
- Membeli belah di Pasar Petang Sungai Haji Dorani.
- Makan malam di Balai Raya Comel ( Bagi aktiviti setempat ' kenduri kampung ' makan pada waktu malam selepas acara bertahlil )
- Balik ke rumah penginapan / rehat / solat .  

Jam 8.00 malam.  
- Aktiviti setempat  ' Kembara Malam ' di kawasan sawah padi.
- Minum malam dan sembang santai.
- Pulang ke rumah penginapan.


ATAU ( pilih )
- Melawat lokasi kelip-kelip di Kampung Belia (2) Sungai Panjang.
  ( Pelawat boleh menaiki sampan bersama pemandu khas untuk melihat kelip-kelip lebih dekat dengan bayaran tanggungan sendiri )
- Pulang ke rumah penginapan.


ATAU ( pilih )
Aktiviti setempat ' kenduri kampung ' . Aktiviti ini diadakan di rumah HOMESTAY JKKK dengan acara tahlil dan doa arwah diikuti dengan makan malam. Pelawat yang ingin serta ' mengirim doa arwah ' kepada ibu bapa dalam acara ini adalah dialu-alukan dan tanpa dikenakan bayaran.
-  Pulang ke rumah penginapan.


Acara Hari Kedua
Jam 8.30 pagi- Sarapan pagi di Balai Raya Comel 
- Ucapan perpisahan dan penyampaian cenderamata. 
- Pelawat bertolak pulang.

NOTA :  
HOMESTAY JKKK TIDAK MENYEDIAKAN KENDERAAN / PENGANGKUTAN UNTUK  PERGERAKAN KE TEMPAT-TEMPAT LAWATAN SEPERTI DICATATKAN. PELAWAT PERLU  MENGGUNAKAN KENDERAAN BAS SENDIRI DAN AKAN TURUT DISERTAI OLEH SEORANG PEMANDU LAWATAN HOMESTAY JKKK UNTUK PENERANGAN PERJALANAN / KEADAAN SETEMPAT.

Selain itu, pihak Homestay JKKK juga menawarkan pakej-pakej menarik sepanjang tahun 2013 seperti berikut : 

1. PAKEJ RUMAH PENGINAPAN (TRANSIT) DAN LAWATAN

2. PAKEJ KAJIAN AKADEMIK ( KOLEJ DAN IPT )

3. PAKEJ KELUARGA HOMESTAY

4. PAKEJ MEMANCING HULU SUNGAI BERNAM

6. PAKEJ HARI KELUARGA
 

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi :

Penyelia Homestay JKKK - Tuan Haji Ab Jalil 
HP : 019-911 4470 / Faks : 03-3224 2398 
email : kampongshd@gmail.com

Post a Comment

14 Comments

  1. sesuai utk murid2 sekolah bereaht sambil belajar...

    ReplyDelete
  2. indah sungguh di sg haji dorani... :)

    ReplyDelete
  3. Sungai haji dorani kampung saya... memng terbaik lah...

    ReplyDelete
  4. saya suka sangat kawasan sawah padi ni, nak2 masa padinya dah menguning, mmm best ni

    ReplyDelete
  5. Mmg menarik..mai la dtg ramai2

    ReplyDelete
  6. Pakej yg menarik, siap ada aktiviti lawatan ke Mini Estet Padi. Elok juga bawa anak2 murid sebab ramai yg tak kenal pokok padi..

    ReplyDelete
  7. Siapa ada pelan untuk bercuti dan mengecapi suasana kampung boleh memilih pakej ini sebagai percutian keluarga.

    ReplyDelete
  8. Salam semua....

    Kalau nak datang ke Homestay JKKK Sungai Haji Dorani, Sungai Besar peta perjalanannya amat mudah. Boleh tenguk kat sini- http://homestayjkkk.blogspot.com/p/peta-perjalanan-ke-homestay-jkkk.html.

    Untuk makluman semua , tempahan dah diterima setakat ini sehingga tarikh 26 September 2013. Jadi, kalau nak melawat eloklah bincang awal. Takut datang bertembung pulak kan?.

    Pasal bayaran pulak, kami ambil yang termurah dan bukan nak cari untung sangat ! Kami ada matlamat sendiri: http://homestayjkkk.blogspot.com/p/kenali-kami.html

    Kalau nak main air di sawah datang dalam bulan April 2013.
    Nak berkubang kat palung pun boleh !

    ReplyDelete
  9. ada blogger dari sungai besar rupanya

    ReplyDelete
  10. He...he....Sungainya pun besar. Jadi, semua ada kan ?.

    Kat Sungai Besar lahir ramai penulis nobel, sajak, wartawan dll.

    Paling istimewa, pegawai-pegawai agama di seluruh Negeri Selangor ramai datang dari Sungai Besar termasuk Dato' Muftinya.

    Sebab itu ......dipersilakan datang menjenguk ke sini.

    ReplyDelete
  11. Meh la datang sg hj dorani. Nak mancing pon boleh. Tapi pancing ikan en blue kang. Sg hj dorani ni dah tak ada ikan, tak banyak pun. Mancing sejam boleh lah dapat lundu, dapat duri, dapat rumput, dapat sampah. Mana tak nya sampah dibuang kat parit. Cerita best, masa pasang jaring boleh dapat ikan flower horn, kalui, datanglah sg hj dorani.

    ReplyDelete