Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun

Sejak disahkan mengandung anak pertama pada tahun 2006 dan anak kedua pada tahun 2012, saya sentiasa mencari ilmu tentang kehamilan dan penjagaan anak melalui bacaan selain bertanya kepada ibu, kakak dan rakan-rakan. Melihat anak yang dikandung selamat dilahirkan ke dunia merupakan saat paling indah dalam hidup saya. Tiada ungkapan yang dapat diucapkan selain mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana menganugerahkan 'amanah' ini kepada kami suami isteri.


Dari hari pertama anak-anak lahir hingga ke hari ini, saya sentiasa rasa teruja melihat perkembangan anak-anak. Terasa ingin merakan setiap saat perkembangan anak seperti apabila anak mula senyum, menyebut sesuatu, mula berjalan dan berlari, tumbuh gigi dan sebagainya.

Di sini saya kongsikan tahap pertumbuhan bayi sejak lahir hingga berusia dua tahun sebagai panduan dan mengetahui sama ada seseorang anak itu membesar secara normal atau tidak.

0 hingga 3 bulan
• Berupaya bertindak balas jika anda menyentuhnya dengan lembut pada pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
• Dalam tempoh ini juga, kemahiran motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
• Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
• Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
• Pada usia lapan  minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
• Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia tujuh hingga lapan minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
• Pada usia sembilan minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.
Tip: Beri bayi anda alat permainan yang mengeluarkan bunyi untuk merangsang kemahiran pendengarannya.   

3 hingga 6 bulan
• Pada usia 14 minggu, bayi sudah boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
• Bayi juga boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
• Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
• Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
• Genggaman tangan bayi mulai kejap dan kemahiran motornya kian mantap.
• Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.
Tip: Menyanyi akan menceriakan bayi anda dan merangsang kemahiran lisannya. Jadi, ajaklah anak tepuk tangan dan gerakkan badannya mengikut rentak muzik.
   
6 hingga 9 bulan
• Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
• Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
• Bayi juga mulai merangkak.
• Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
• Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, rak, meja dan sebagainya.
• Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
• Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.
Tip: Ajar anak menyebut perkataan yang mudah seperti mama dan papa untuk merangsang kemahirannya bercakap.

9 hingga 12 bulan
• Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
• Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
• Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
• Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
• Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
• Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
• Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.

Tip: Mengajak anak bermain ‘sembunyi-sembunyi’ akan merangsangnya menjadi lebih fokus ketika melihat. 

12 hingga 24 bulan
• Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
• Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.
• Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
• Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
• Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
• Sudah pandai melukis.
• Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu.

Tip: Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda.


Manakala perkembangannya pula akan merangkumi 5 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif, sosial emosi dan estetika serta daya kreatif. 

1. Perkembangan Fizikal
Si manja mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti melakar dan melukis.

Tip rangsangan: Berikan anak kertas dan pensel warna. Biarkan dia melukis apa sahaja yang diingini untuk memupuk kreativiti mereka.

2. Perkembangan Bahasa
Anak anda akan mengalami perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada rangsangan. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan mendengar radio.

Tip rangsangan: Ajaklah anak menyanyi lagu dengan lirik ciptaan anda sendiri agar anak boleh belajar menyebut perkataan dengan betul. Misalnya,“Masa mandi, gosok gigi, gosok gigi, gosok gigi...baru bersih.”

3. Perkembangan Kognitif
Ini bermaksud keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.

Tip rangsangan: Setiap kali melakukan sesuatu, beritahu anak apa yang anda sedang buat. Misalnya, “Mama nak buka lampu ni,” lalu tekan suis dan lampu akan menyala. Dengan cara ini anak anda akan memahami perbuatan tersebut. 

4. Perkembangan Sosial Emosi
Kanak-kanak mula belajar bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Tenangkan mereka supaya tidak menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalah dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.

Tip rangsangan: Galakkan anak berkawan dengan rakan sebaya agar dia pandai berkomunikasi dan bertolak ansur.

5. Perkembangan Estetika dan Kreativiti
Lihat kemampuan si kecil mengembangkan daya kreativitinya. Kemahiran ini diperoleh menerusi aktiviti dan projek berkaitan seni visual yang mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Proses ini mengaktifkan pemikiran kritikal kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan kanak-kanak melakukan eksplorasi dan eksperimen dalam kehidupan seharian.

Tip rangsangan: Ajak anak bermain permainan gambar sama. Ambil beberapa keping gambar dan buatkan dua salinan. Campurkan kesemuanya dan biarkan anak asingkan gambar yang sama. Cara ini mengasah kemahiran anak menyelesaikan masalah.

Sumber : Majalah Pa&Ma

Post a Comment

29 Comments

  1. info yg menarik untuk para ibubapa..amar sebaya dgn ank saya yg no 3 fahim,bln mac ni msuk umur 1thn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amar lahir selang 3 hari selepas harijadi saya tahun 2012. hadiah harijadi paling bermakna dan membawa lebih banyak rezeki dalam keluarga kami. syukur alhamdulillah..

      Delete
  2. saya masih menunggu cahaya mata yg 1st

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rujuk entri kehamilan dan penjagaan anak yang saya kongsikan dalam blog ini sebagai panduan anda :)

      Delete
  3. seronok tengok perkembangan anak2 membesar kan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..anak mula pandai buat sesuatu dah tentu ibu bapa rasa teruja..hehe!

      Delete
  4. Replies
    1. takpe..boleh belajar ilmu tentang penjagaan anak. dah kawin & ada anak nnt senanglah sebab dah ada ilmu :)

      Delete
  5. teringat... masa mula2 bila sofea hadir dalam hidup mia....

    ReplyDelete
  6. tip yang bagus ni ciklaili tak pernah saya cuba..

    ReplyDelete
  7. info yang bagus dan boleh dibaca untuk ibu2 yang dah lupa macam mana perkembangan anak-anak ketika mereka umur dalam 2 tahun. Macam saya dah lupa, anak sudah 6 tahun..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sudah lupa juga. jarak antara anak pertama & kedua jauh..tu yg kena menuntut semula ilmu penjagaan anak tu..

      Delete
  8. info yg menarik tp saya ni kawen pn lom lgi..
    hoho

    ReplyDelete
  9. jauh juga jarak antara anak pertama dgn yg kedua ye cik laili

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..anak kedua lahir masa umur abangnya 5 tahun 2 bulan. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami. kehadiran anak kedua memang membawa rezeki yang banyak dalam keluarga..nama pun ada perkataan 'Rizqi' = rezekiku

      Delete
  10. hai amar dan amir .. meh salam untie .. kawan2 gegurl ramai la kat sini ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah puan bee dengan 3 org anak perempuan yang comel2..

      Delete
  11. saya seronok kalau dapat tengok budak2 besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok anak membesar depan mata adalah pengalaman yang paling indah bagi seorang ibu & ayah

      Delete
  12. datang menyibuk lagi, tapi dalam sehari memang selalu jenguk blog ciklaili. banyak info berguna.

    p/s: saya pilih blog ciklaili dalam 5 blog pilihan yang HOT, banner ciklaili saya pasang diheader blog utk 5 hari...

    ReplyDelete
  13. hmm bila anak dah besar tingin nak baby lagi, kene refresh balik ni hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sunyi bila anak dah mula sekolah..ada anak kecik boleh buat teman ibu..

      Delete
  14. mmg seronok tgk baby membesar..tp tgk anak buah sbb xkawin lg..hehe

    ps; ciktom duk area marang..cik laili kt mn? blh kt exchange no hp sng blh jumpa ln kl :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe ciktom, tambah ilmu tentang penjagaan anak..

      * ciklaili duduk di Sg Besar. ok, nnt saya pass no hp. bila2 boleh jumpa di KL :)

      Delete
  15. Sepanjang perkembangan anak cukup bimbang kalau jatuh sakit.

    ReplyDelete