Pengalaman Berbekam Di Pusat Rawatan Terapi Bekam Al-Hajari

Berapa ramai antara kita yang ada pengalaman berbekam? Mungkin ada yang rasa takut untuk berbekam lebih-lebih lagi bila melihat darah yang keluar dan berkumpul pada cup. Riwayat Ibnu Majah, Rasulullah s.a.w bersabda :
 
"Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra'kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam".

Besar fadhilat bekam. Kalau tidak masakan perkara itu dipesankan Allah melalui Jibril semasa peristiwa besar Isra' dan Mikraj. Bekam dan juru bekam merupakan penyumbang penting dalam kelansungan risalah Rasulullah dalam peristiwa perang Khaibar. 

Kenapa perlu berbekam?

Setiap hari, badan kita akan menghasilkan darah dan setiap 3 hari, sel-sel darah itu akan mati. Sel darah yang mati akan dikeluarkan dari salur darah dan akan berkumpul bawah lapisan kulit. Ia diburukkan lagi dengan kehadiran toksin akibat persekitaran yang kurang udara bersih serta makanan kita yang penuh dengan bahan kimia dan sebagainya.

Darah kotor yang terkumpul ada yang keluar secara semulajadi melalui proses perkumuhan dan ada juga yang keluar sebagai ruam, jerawat serta masalah kulit yang lain. Jika dibiarkan lebih lama, darah kotor itu boleh menjadi kanser atau ketumbuhan. Malah akan ada darah kotor yang terserap balik masuk dalam salur darah lalu menyempitkan salur darah tersebut lalu mengakibatkan kebas, kekejangan, keradangan otot kerana kurangnya penyebaran oksigen. Lama kelamaan, keadaan akan mengakibatkan strok dan juga kematian.


Individu yang dilarang berbekam

1) Wanita hamil 3 bulan pertama

2) Pesakit kulit yang serius
3) Pesakit darah rendah yang serius
4) Orang tua yang terlalu uzur
5) Orang yang terlalu sensitif dan terlalu gemuruh
6) Orang yang sedang dalam kedaan tidak sihat yang keterlaluan
7) Orang yang menghidap penyakit kencing manis yang teruk
8) Wanita haid

Antara kesan yang dialami selepas berbekam (berbeza di antara setiap individu)

1) Rasa segar dan ringan
2) Rasa best selepas tidur
3) Rasa
seperti baru lepas berurut
4) Rasa pening terutama berbekam dibahagian kepala
5) Rasa gatal pada tempat bekam
6) Asyik kentut atau sendawa
7) Rasa nak muntah
8) Rasa terlalu lapar
9) Rasa sangat mengantuk
10) Tidak rasa apa-apa tetapi kemudian terasa lebih cergas dari selalu.


Jika anda ingin melihat gambar-gambar semasa proses berbekam, sila ke fanpage Pusat Rawatan Terapi Bekam Al-Hajari (jangan lupa untuk Like fanpage tersebut). Click gambar di bawah :


Sebenarnya sejak dulu lagi saya memang berhasrat untuk berbekam. Tapi disebabkan juru bekam perempuan amat jarang ditemui, saya simpan saja hasrat tersebut sehinggalah saya menghubungi pemilik Pusat Rawatan Terapi Bekam Al-Hajari, saudara Faiz (merupakan rakan semasa saya belajar di UIA) tentang rawatan yang disediakan di pusat bekam tersebut. 

Rupanya di sana menyediakan rawatan bekam bagi perempuan yang dilakukan sendiri oleh isteri beliau. Kebetulan saya dan suami tidak merancang untuk ke mana-mana semasa cuti sekolah, jadi kami telah membuat temujanji untuk berbekam. Lokasi pusat bekam ini terletak di Taman Gombak Ria (berhampiran Taman Greenwood dan Markas PAS Taman Melewar) memang amat mudah dicari. Kami yang baru pertama kali ke sana pun tidaklah sampai tersesat jalan.

Pusat Terapi Bekam Sunnah Al-Hajari menyediakan :

1) ruang bekam yang selesa dan terasing lengkap berhawa dingin untuk lelaki dan wanita
2) jaminan kebersihan dan hygene peralatan yang digunakan (pensterilan uv serta jarum pakai buang)
3) konsultansi percuma oleh pakar bekam yang berpengalaman
4) ruang menunggu yang selesa untuk para pelanggan
5) surau yang selesa
6) ruang parkir yang mudah



Disebabkan kami membawa anak-anak, jadi saya dan suami bergilir-gilir melakukan proses berbekam. Suami dibekam terlebih dahulu di dalam bilik yang dikhaskan. Ruang di dalam bilik juga amat selesa dan menyediakan beberapa buah kerusi. Sempat juga saya melihat bagaimana proses bekam angin dilakukan dan terdengar alunan ayat suci Al-Quran dipasang sepanjang proses bekam ini dilakukan. Masa yang diambil untuk proses berbekam bagi seseorang adalah lebih kurang 45 minit hingga 1 jam.

Selesai suami berbekam, tiba giliran saya pula dibekam oleh isteri Faiz (Baiti) di bilik berasingan yang dikhaskan untuk perempuan. Pada mulanya saya rasa agak gementar juga, lebih-lebih lagi ini merupakan pengalaman pertama saya berbekam. Bila difikirkan balik, rasa berbekam ini tidaklah seperti rasa sakit semasa melahirkan anak, jadi perasan gementar itu terus hilang.

Semasa proses bekam angin dibuat, rasanya seperti kena cubit saja. Dalam beberapa minit selepas itu, tempat yang dibekam akan terasa kebas. Kemudian proses bekam darah pula dilakukan. Pada waktu itu saya asyik bertanya kepada Baiti apa yang berlaku kepada bahagian yang dibekam. Terbayang-bayang gambar yang ada dalam fanpage pusat bekam - adakah darah saya sama seperti di dalam gambar-gambar tersebut.

Sepanjang proses bekam ini dijalankan adalah tidak digalakkan untuk tidur bagi mengelakkan pengeluaran darah yang keluar tidak lancar. Sambil diberi rawatan, saya sempat bersembang dengan Baiti bagi mengelakkan rasa mengantuk. Bagi yang mempunyai banyak angin dibadan, biasanya darah yang keluar akan nampak seperti berbuih-buih.

Selain berbekam dibahagian kepala dan badan, saya juga berbekam dibahagian kaki serta dibahagian buku lali. Alhamdulillah...proses berbekam berjalan dengan lancar dan kesakitan yang saya rasai baru-baru ini dibahagian tapak kaki (bekas kemalangan pada tahun 2003) juga beransur hilang. Anak-anak juga sempat melihat bagaimana saya dibekam dibahagian buku lali.

Jika anda ingin mendapatkan rawatan bekam bagi lelaki dan perempuan, anda bolehlah menghubungi Fais @ 016 9798 456 (untuk lelaki) dan Baiti @ 016 2761 330 (untuk wanita). Oh ya! jika anda sudah membuat temujanji dan datang untuk berbekam, selain membawa duit (bayaran caj berbekam), jangan lupa bawa sekali kain pelikat (lelaki) dan kain batik (perempuan) untuk persalinan semasa berbekam.

Gambar suami bersama Fais dan isteri di hadapan pusat bekam yang lama.
Mulai Februari 2014, pusat bekam telah memulakan operasi di tempat baru.

Post a Comment

22 Comments

  1. Mesti lega lepas berbekam ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak. rasa sakit bekas accident dulu pun makin kurang

      Delete
  2. semoga leli dah husband dikurniakan kesihatan dan kesegaran oleh Allah :)

    ReplyDelete
  3. Murahnya...Saya kena RM15 satu cup semalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..caj berbekam di pusat bekam ini amat berpatutan. lain kali eyriqazz bolehlah cuba bekam badan & kepala pula. tempatnya pun selesa..

      Delete
  4. tak pernah berbekam...tentu lega rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah berbekam. tak sakit pun. badan sihat & sunnah pun dapat :)

      Delete
  5. dah lama gak tak berbekam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah biasa berbekam ye? saya baru pertama kali ni. susah nak cari juru bekam perempuan..

      Delete
  6. Kalau ada tempat yang bertauliah boleh berikan keyakinan. Bimbang peralatan digunakan semula boleh menyebabkan 'cross infection'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah pusat bekam ni selamat. saya lihat sendiri cup yang telah digunakan dibasuh menggunakan dettol & kemudian disteril..

      Delete
  7. sy pn bru kene 300..22 titik..murah la tempat ni..leh la try nnt

    ReplyDelete
  8. sye nk tanye..kulit blakang sye berbintik2..sikit jela..
    adakah itu darah kotor??? n sye nk kene berbekam ke klau jadi camtu?? :/

    ReplyDelete
  9. Hrg sgt berpatutan tu... Ada yg charge hingga rm 20 per cup..
    Tobat.. tak nak lagi..(pergi tpt tu)..

    ReplyDelete
  10. Tmpat Sy mirwh 1cuprm5rm. If buatbeksm overhol22cups Baru rm50 area jb

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saya tahu area jb tu kat mane?
      ada phone numbernye?

      Delete
  11. Macam best je..lama dah tak berbekam ni😅

    ReplyDelete
  12. lokasi berbekam di mana

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum bagus berbekam ni jika ingin berbekam di area nilai blh call sy 0196542206..sekali dgn set bekam untuk anda guna sendiri akan sybeli..kn beli..0196542206..maaf ea admin tumpang iklan.

    ReplyDelete
  14. boleh tahu charge per cup berapa ?

    ReplyDelete