Penjawat Awam Dapat Satu Kenaikan Gaji Tahunan, Pangkat ATM dan PDRM Disetara Dengan Perkhidmatan Awam

Hari ini (11 Mac 2013), kebanyakan penjawat awam ternanti-nanti apakah 'berita baik' yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Berikut adalah berita yang dipetik dari Sinar Harian setelah pengumuman 'berita baik' ini diumumkan :


Penjawat Awam Dapat Satu Kenaikan Gaji Tahunan

PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320. 

"Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020', di sini.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta menteri-menteri Kabinet. Najib berkata semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI)

Perdana Menteri juga berkata berkuatkuasa 1 Januari 2013 semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.

"Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini (2013) tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa. Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara," katanya. 

Najib berkata sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti, kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.

Perdana Menteri turut menyampaikan berita gembira kepada pegawai kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara menyeluruh dilaksanakan. - Bernama

Sumber : Sinar Harian

Pangkat Dalam ATM, PDRM Disetara Dengan Perkhidmatan Awam

PUTRAJAYA -  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan bersetuju pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia jawatan atau gred gaji.

Beliau berkata, ia mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.

"Sebagai contoh, Koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 22 Perkhidmatan Awam. Sarjan yang dulu dalam kelompok gred jawatan 27 disetarakan dengan gred jawatan 29 Perkhidmatan Awam Am," katanya berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di sini.

Sementara itu, bagi jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 disetarakan dengan gred jawatan 44.

Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52.

"Sesungguhnya kesetaraan ini dibuat bagi memastikan kedudukan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ATM, PDRM dan Perkhidmatan Awam Am sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian antara perkhidmatan," katanya.

Sumber : Sinar Harian

PM Umum 9 Perkara 'Berita Baik'

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Antaranya :

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52.

- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian.

- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini.

- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak.

- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi.

-  Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013.

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum.

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca".

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.
Sumber : Sinar Harian

Post a Comment

29 Comments

  1. Alhamdulillah, rezeki buat penjawat awam :D

    ReplyDelete
  2. berita baik untuk penjawat awam nih..he3

    ReplyDelete
  3. tak faham la.bermaksud 2x kenaikan tahunni atau sekadar di awalkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. syy rs 2x sbb melibatkan peruntukan 1.5 billion,,, kalau setakat diawalka pm x sebut peruntukan

      Delete
  4. tahniah untuk adik saya, rezeki ni, buleh belanja heheheh

    ReplyDelete
  5. syukur alhamdulillah..rezeki kan kak.. ;)

    ReplyDelete
  6. yang last alhamdulillah....

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.......kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyatnya..........

    ReplyDelete
  8. kalau KGT OKTOBER ( DPT 2X ) TAHUN NI ATAU SEKALI, KLU SEKALI, SAMA MACM BIASA JER LAH,,,KAN,,
    NOTHING CHANGE

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya dpt 2 kali.. kiranya dpt berpanjangan la.. bukan macam bonus ja.. :)

      Delete
  9. kalau setakat gaji diawalkan saja, maksudnya PA tiada apa-apa yang dapat cuma dapat duit extra aje. kalau gaji tak diawalkan pun, mesti naik juga pada JAN 2014.

    ReplyDelete
  10. Berita gembira buat penjawat awam. :-)

    ReplyDelete
  11. rasanya dapat 2 kali naik gaji, pasal saya naik gaji bulan 4..

    ReplyDelete
  12. bertuah sungguh penjawat awam...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  13. Kalau gred dg 41 P2 sekarang kemudian dilantik ke dg 44 akan menikmati tangga gaji P2 ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x laa..takkan naik gred 44 pun masuk P2 juga? Berapa banyak kerajaan mau spend dia punya duit utk bayar gaji ha??

      Delete
    2. DAH TIADA lagi P2 P3 ni... yang ada cuma Anugerah Khidmat cemerlang tahunan...Itu yg saya baca melalui Pekililing & taklimat berkaitan Gaji & elaun yang BELUM pun di PUBLISH lagi ni... TAPI 95 % pasti. SETIAP GRED GAJI dalam PA ni sebenarnya ada sedikit perbezaan berdasarkan TANGGUNGJAWAB, RISIKO, KEPENTINGAN, KESUKARAN ...... Contoh GRED DG...GURU lebih tinggi dari Pegawai-Pegawai Kastam, Penjara, Imigresen... Tapi LEBIH RENDAH dari GRED U (Perubatan - Doktor) Z.,P Angkatan Tentara, Polis... ambil contoh DG 48 Guru jumlah permulaan & tamat skimnya jika dibandingkan dengan Doktor dalam Gred U44 atau Tentera Z46A (Mejar)...PDRM (P46) adalah sama...... so muhasabah diri & jangan hasad dengki

      Delete
  14. Takkan 2kali naik?...ka ni ganti bonus raya

    ReplyDelete
  15. Gaji askar memang dah dalam lingkungan gred yang diberikan? Sebagai contoh gaji pokok
    Ssjn sebyk RM36xx sememangnya dlm lingkungan gaji pegawai awam gred32....so relatifnya atau Istimewanya bila gred dinaikkan ke gred32 bagi ssjn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya sekadar menyamakan danmenaikkan GRED sahaja...agar sama dengan gred gaji awam.. TINGGIlah sedikit beza nya adalah pada gaji terakhir nanti...

      Delete
  16. pergerakan gaji tahunan diawalkan... untungnya ialah dapat rm225 awal 6 bulan (cth ini utk gred 41 pergerakan gaji jan 2013...

    ReplyDelete
  17. la ni macam mana?..dah masuk 1 jun 2013. Apa perkembangan terbaru pasal 2x KGT. adik sedara teman keroje BOMBA katanya udah dapat naik sekali awal tahun ari tu..lepas tu tunggu bulan 7 katanya.Nih teman nak tanya..mewakili cikgu cikgi pula..cam maner?..bilanya nak dapat KGT dua kali tu?..tak dak apa apa pun?..tanya kerani pejabat tak dak apa pun surat pekeliling?..nih apa cerita? kawan kawan diluar sana ada info?...adakah 2 kali KGT sekaligus cikgu cikgi dapat bulan 7 nih?..ke dapat bulan 6 nih..ke bila bulan sebenarnya dapat?...tak da info apa pun setakat ni yang teman dengor..., ke teman ketinggalan info terkini. Mohon jasa baik kawan kawan yang ada info pasal perkara ini. T.Q.

    ReplyDelete
  18. la ni macam mana?..dah masuk 1 jun 2013. Apa perkembangan terbaru pasal 2x KGT. adik sedara teman keroje BOMBA katanya udah dapat naik sekali awal tahun ari tu..lepas tu tunggu bulan 7 katanya.Nih teman nak tanya..mewakili cikgu cikgi pula..cam maner?..bilanya nak dapat KGT dua kali tu?..tak dak apa apa pun?..tanya kerani pejabat tak dak apa pun surat pekeliling?..nih apa cerita? kawan kawan diluar sana ada info?...adakah 2 kali KGT sekaligus cikgu cikgi dapat bulan 7 nih?..ke dapat bulan 6 nih..ke bila bulan sebenarnya dapat?...tak da info apa pun setakat ni yang teman dengor..., ke teman ketinggalan info terkini. Mohon jasa baik kawan kawan yang ada info pasal perkara ini. T.Q.

    ReplyDelete