Pengalaman Manis : Guru Dicium 5 Kali Sehari

Pastinya menjadi seorang guru merupakan satu pengalaman manis bagi seseorang. Setiap hari, pasti ada cerita tentang murid-murid dan karenah guru di sekolah. Begitu juga dengan saya sendiri yang melalui banyak pengalaman dan cerita tentang kehidupan di sekolah. Cerita ini akan saya kongsikan dengan semua pembaca.

Sebelum menjadi seorang guru, saya pernah bertugas menjadi guru ganti di salah sebuah sekolah rendah di Kedah sementara menunggu posting (penempatan). Saya ditugaskan menggantikan guru yang cuti bersalin selama 3 bulan. Bermulalah kehidupan sebagai seorang guru ganti. 

Hari Pertama 

Seramai 5 orang guru ganti ditugaskan di sekolah berkenaan. Seperti biasa, menghadiri perhimpunan mingguan dan berjumpa dengan guru besar. Selepas itu, berjumpa penolong kanan pentadbiran bagi mendapatkan jadual waktu. Perkara yang paling memeranjatkan apabila terpaksa menjadi guru PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN!. 

Hari pertama sehingga habis bulan pertama 

Jujurnya, saya tidak dapat menerima kenyataan bahawa saya terpaksa mengajar aliran pendidikan khas. Sebenarnya, opsyen saya adalah untuk aliran perdana. Pernah terjadi, saya hampir-hampir berjumpa Guru Besar untuk meletak jawatan. Tapi niat itu berhenti sendiri. Antara rutin harian yang memang wajib ialah :

  • Kena ciuman 5 kali sehari di pipi oleh murid-murid down syndrome
  • Apabila hendak mulakan proses mengajar, pusing belakang, hanya tinggal seorang murid, yang lain dah lari.

Bulan kedua hingga bulan terakhir 

Betul cakap orang, alah bisa tegal biasa. Lama kelamaan, saya dah biasa dan serasi dengan murid pendidikan khas. Terdetik di hati saya untuk menukar opsyen kepada pendidikan khas. Sebenarnya, proses mengajar mereka memang menyeronokkan!.  Hingga saat yang terakhir, memang berat hati nak tinggalkan mereka. Kalau diberi peluang, memang mahu terus posting di situ.

Itulah sedikit sebanyak pengalaman menjadi seorang guru walaupun hanya memegang status guru ganti dan memang hasrat saya tidak tercapai menjadi guru pendidikan khas. Insyallah, mungkin satu hari nanti.


Ada saya selitkan cerita Semut Makan Burung, Cikgu! yang merupakan kisah proses pengajaran saya bersama kanak-kanak istimewa ini.

-------------------------------------------------------------
 
Penulis jemputan : dzuandiey.com


Post a Comment

20 Comments

  1. hehe...terima kasih ciklaili...rindu kat anak-anak istimewa ni.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. tak semua orang akan merasai pengalaman sebegini. pengalaman dicium 5 kali sehari. hihi!

      Delete
    2. hehe...itu yang paling best tu...memang hari-hari kena...tak larat nak lari dah.. :-)

      Delete
  2. anak-anak istimewa nie selalunya dekat di hati kita...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. haha.....ya..semut makan burung...pandai betul imaginasi dia..hihi.. :-)

      Delete
    2. kanak-kanak, imiginasinya memang indah. lucu pun ada juga

      Delete
  4. Pengalaman yang menarik bersama anak-anak istimewa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...memang sangat sangat sangat sangat menarikkk...!!...

      Delete
  5. Budak istimewa ni, setiakawannya kuat. Saling membantu

    ReplyDelete
  6. pengalaman yang tak dapat dilupakan..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum ciklaili...mmg pengalaman menarik tu...;)

    ReplyDelete
  8. tersentuh hati, memang pengalaman yg akan dikenang sampi bila-bila

    ReplyDelete
  9. Pengalaman yang mengasyikkan dan seru, terutama bisa memahami bagaimana menjadi seorang guru untuk memajukan pendidikan anak-anak,

    ReplyDelete
  10. Kena cium tu ok lagi tapi kesian tinggal sorang jer bila pusing belakang. Tapi takperla inilah pengalaman yang akan menjadikan kita lebih matang. ;)

    ReplyDelete
  11. Hi, memang berbaloi mengajar budak-budak...ada tak sesiapa tahu cara menukar opsyen aliran perdana ke opsyen pendidikan khas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea... saya pun ingin tahu juga ya. Rasa-rasa kalau ada peluang pun saya ingin tukar opsyen jadi guru pendidikan khas. Pernah jadi guru ganti pendidikan khas (masalah pembelajaran) tahun lepas. Pengalaman yang sangat bagus. Budak-budak semua baik, comel belaka, bukan macam budak biasa, ada akal tak erti pakai, biadap kurang ajar lagi.

      Delete
  12. sepatutnya kamu rasa bertuah... saya pun pernah jadi guru ganti pendidikan khas... lagi best, lagi gembira daripada mengajar budak biasa biadap, kurang ajar lebih-lebih lagi sekolah menengah seperti saya alami sekarang...:(

    ReplyDelete