Klon Blog ciklaili.com

Saya tak tahu nak mula dari mana. Dari mula, pertengahan atau terus pada apa yang ingin saya sampaikan. Oklah, rasanya malas nak cerita panjang, saya terus pada apa yang ingin disampaikan iaitu tentang klon blog ciklaili.com.

Niat saya menulis blog adalah untuk berkongsi ilmu, maklumat dan apa saja yang berguna dan bermanfaat kepada semua. Saya percaya jika kita berkongsi sesuatu yang baik dan ia dikongsi pula dengan orang lain, pahala itu akan berterusan. Kadangkala saya tulis juga entri tentang diri dan keluarga. Untuk lebih mengetahui hala tuju blog ini, anda boleh baca entri Kenali ciklaili.com.

Cuma saya rasa sedikit kecewa dan terkilan bila saya dapati terdapat beberapa buah blog yang amat suka copy paste entri dari blog ini. Bukan satu entri tapi boleh dikatakan 100% apa yang saya tulis termasuk gambar peribadi turut dimuatkan di blog tersebut. Yang lebih sadis, blog saya telah dicopy paste sejak tahun 2011 lagi.

Inilah salah satu contoh klon blog ciklaili.com.
Entri dalam gambar ni adalah Sponsored Post Samsung Galaxy S4

Nak rasa marah pun tak boleh juga sebab kebanyakan entri di blog ini memang bebas untuk di copy paste. Walau bagaimanapun janganlah copy bulat-bulat ye. Kalau nak ambil juga sila nyatakan sumbernya dari mana (baca entri Mesti Baca). Anda tentu tidak tahu bagaimana saya mengambil masa untuk mengolah ayat yang gramatis dan mudah difahami serta sesuai dengan pembaca blog ini.

Pada pendapat anda, mengapa wujudnya klon blog ciklaili.com ni ye?

Saya bukan blogger popular.
Cubalah tanya para blogger yang lain, pasti mereka tidak kenal pun siapa ciklaili.com. 

9/5/2013 : Saya singgah ke blog berkenaan sebelum membuat aduan ke SKMM. Nampaknya penulis blog telah remove blog tersebut.


* Moga entri ini boleh jadi pengajaran buat blogger yang suka copy paste. Jangan ingat part-time blogger seperti saya tidak akan ambil tindakan. Nasihat saya kepada semua :

"Jadilah blogger yang punyai identiti sendiri dan hargailah hasil kerja orang lain..."

Post a Comment

59 Comments

  1. gambar2 peribadi pun dicopy sekali.malasnya.baik xpayah ade blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..tak tau nak kata apa dah :(

      Delete
    2. kira akak nie popular la yer..ada peminat sndiri ...

      Delete
    3. popular sebab di'copy paste'. hehe!

      Delete
  2. kahkahkah ... ni kalau saya jumpa, memang kena slap dah ni kak laili ..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama perhatikan blog tu. sempat juga tinggalkan komen & tanya kenapa copy paste entri blog ciklaili.com. dia belum respon lagi. tunggu...!

      Delete
  3. kesiannya kat akak...tak patot kot...ish2

    ReplyDelete
  4. aduhai.. memang sedih sangat. penat tu nak update blog dan karang sendiri. dahlah tak nyatakan sumber dan minta izin... sunggug kecewa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin 'mereka' ni peminat blog ciklaili.com kot?
      sebab suka sangat semua entri nak dimasukkan ke dalam blog sendiri.

      kalau rajin meng'google' memang akan jumpa banyak blog yang copy paste entri & gambar dari sini. selagi ada nyatakan sumber, saya tak kisah untuk berkongsi..

      Delete
  5. Owh... copy terus semua sekali... nyatakanlah sumber. Hurm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa pelik bila baca entri yang saya tulis di blog lain..

      Delete
  6. nak kerja mudah...biarlah n3 kita wat sendiri n cerita dari kita w/p cerita x best manakan..xpe.. asal x C&P org punya ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira blogger tu rajin jugalah. kalau tidak takkan dia boleh copy paste beratus-ratus entri yang telah saya tulis tu..

      Delete
  7. Tak malu ke copy paste dari blog orang lain. Macam buat kerja yang tak bermaruah. Kesian betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah dia tak malu..kalau malu dah tentu dia tak buat, kan?

      Delete
  8. ciklaili sama macam saya, tak kisah pun orang nak copy paste artikel saya, tetapi beri kredit pada sumbernya lah...betul tak? Grrrr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tapi kalau dah copy semua entri memang nak kena buat aduan ke SKMM la jawabnya..

      Delete
  9. repot kat suruhanjaya multimedia boleh ker?
    ini kan hak peribadi...

    ReplyDelete
  10. ntah2 dia memang secret admirer ciklaili kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau secret admirer pun lebih baca entri tu di blog ini. mengapa mesti copy paste, kan?

      Delete
    2. dia nak jadi macam cik laili 100% kot...nasib dia dah delete kan..

      Delete
  11. Ambil kesempatan untuk mencuri trafik juga.

    ReplyDelete
  12. Dah lama tu dia copy paste entry blog akak.
    Sekurang-kurangnya letak kredit kan bagus.
    Sejuk sikit hati penulis entry asal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entri2 peribadi pun dia copy paste sekali..macammana tu?

      Delete
  13. Replies
    1. kalau dia tau tentang integriti sudah tentu dia tak buat..

      Delete
  14. huhuhu cari duit atas usaha orang lain huhu...sabar kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog tu tak pasang iklan nuffnang, komli dll. rasanya bukan bermotifkan duit..

      Delete
  15. Saya pun prnh kena....Berani dan x ada rasa malu org mcm ni :|

    ReplyDelete
  16. Antara cabaran dalam bidang ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi manusia pandai 'copy paste' memang akan berlaku perkara ni..cuma jadilah blogger yang beretika dan punyai identiti sendiri..

      Delete
  17. sabarlah ya Cik Laili....positifnya...blog cik Laili baguslah tu maknanya.

    ReplyDelete
  18. saya turun bersimpati dengan keadaan ini..penat lelah,idea dan keringat orang lain dicuri oleh mereka yang pentingkan diri sendiri...lapor ke SKMM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blogger tu dah remove blog. kes selesai..

      Delete
  19. rasanya boleh report dekat google ni ciklaili... Jangan dibiarkan je.

    ReplyDelete
  20. Blogger Legend... Mesti ramai peminat. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. peminat takpe tapi janganlah sampai copy semua entri..
      entri dari penulis jemputan pun di copy juga..

      Delete
  21. nak tangkap SEO kut.. heehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai KiD, saya mana teror bab SEO ni..

      Delete
  22. tak malu nye si pengcopy...

    tak apalah ciklaili, dia dah penat ;minum kopi' nanti dia quitlah gamaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dah delete blog tu pada 9/5/2013 setelah 3 tahun jadi klon blog ini..

      Delete
  23. Rasanya cubaan itu adalah dengan harapan untuk dapat CPUV aka BE kat blog....

    ReplyDelete
  24. bagi dia itu jalan pintas nak dapat income dari nuff, pernah terkena pada blog kujie2.com, emmm senang2 je diorg ni, bagus tindakan ciklaili

    ReplyDelete
  25. sabo jerler cik laili....kalo nak amek pun amek info jer ler...oah guna ayat sendiri...kan cik laili....tumpang tanya..ciklaili..kalo kita amek gambar guna google search...masuk kat blog kiter, kira salah juga ker...sebab gambar tu ada owner...

    ReplyDelete
  26. wah, sampai macam tu sekali.

    ReplyDelete
  27. Macam-macam perangai plagiat ni...nasib kita sama tapi sis lagi teruk entri peribadi pun kena..agak pyscho yang copy paste blog sis ni.

    ReplyDelete
  28. Baru baca kisah ni..
    Sabar Cik Laili, harap tak berlaku lagi :')

    ReplyDelete
  29. kaki copy tu. habis gambar copy. lawak2

    ReplyDelete
  30. btw this is pengajaran untuk semua :)

    ReplyDelete
  31. secret admired cik lalili kot..ciktom slalu gak kena copy paste entry tp xdela sedahsyat ciklaili smpi smua skali pi copy dgn entri personal..ish2..pelik betul.........

    ReplyDelete
  32. ada kemungkinan org ni kenal kot dgn Laili, dan dia menetahui perkembangan dan kejayaan blog Laili. Jadi nak senang berjaya 'copy paste' sahaja la...

    Memang susah nak korek idea, create ayat yang bagus untuk satu-satu entri

    ReplyDelete
  33. Amboi..senang-senang jer nak copy paste kan...at least nak copy pun, copy part tertentu jer dan bagi umber...tak ada la tuan blog nak marah...sabar..sabar...lumrah berblog..
    Entri Terkini Teruna Semalam, Dara Bermalam-Malam

    ReplyDelete
  34. wahh,.. mcm mne akk boleh detect ?? dasyat sungguh.. amal nk detect pun xretii bagaimana :)

    ReplyDelete