Tidak dinafikan betapa bahagianya seorang perempuan kerana boleh menjadi isteri dan ibu bekerjaya dalam masa yang sama. Biasanya isteri/ibu adalah orang pertama yang bangun pagi dan dia jugalah yang terakhir akan tidur malam. Banyak perkara yang hendak diuruskan, dari keperluan suami, anak-anak hinggalah hal berkaitan rumah tangga - semuanya sama penting.
Di sini saya ingin kongsikan Tip Pantas Mengurus Bagi Ibu Bekerjaya :
Tip menyediakan makanan
- Untuk sarapan pagi : sediakan menu ringkas berasaskan roti seperti roti bakar, sandwic, telur hancur, telur separuh masak, bijirin bersama susu atau nasi goreng.
- Bagi memendekkan waktu memasak, pastikan semua bahan masakan disediakan lebih awal. Buat stok cili kisar, segala bawang, daging, ayam, ikan siap disiang dan dinyahbeku.
- Masak hidangan lauk yang mudah dimasak seperti ikan stim, isi ayam masak masam manis, daging masak kicap atau ikan goreng. Untuk sayur pula, tumis, masak sup atau salad sayuran.
Tip menggosok pakaian
- Gosok pakaian pada hujung minggu untuk kegunaan seminggu.
- Gantung pakaian yang sudah digosok berasingan bagi mengurangkan kedutan.
Tip mengemas rumah
- Sapu dan kemas barang-barang yang bersepah setiap hari.
- Kemas rumah setelah anak-anak kecil tidur bagi mengelakkan mereka membuat sepah lagi.
- Di hujung minggu, buat jadual mengemas yang berat seperti vakum, mop lantai, cuci bilik air dan mengelap habuk almari.
- Sediakan bakul atau tempat menyimpan barang mainan anak supaya lebih teratur dan mudah disimpan.
Tip mencuci pakaian
- Cuci pakaian kotor dan setiap hari untuk mengelakkan daripada mencuci terlalu banyak pada waktu cuti dan terus sidai sebelum masuk tidur.
- Lipat pakaian kering segera dengan bantuan suami dan anak-anak untuk mengelakkan ia bertimbun lebih banyak dan berkedut.
Sumber : Majalah Pa&Ma
22 Comments
Salam Sis..
ReplyDeleteBagusnya tips macam ni...
Wassalam Qashmere.
DeleteTipnya memang mudah. Kena praktikkan selalu :)
dan yang paling penting suami kenalah ringan tulang membantu..
ReplyDeleteberuntunglah para isteri kalau dapat suami & anak2 yang rajin membantu..
DeleteHurmm....panduan camni pun bagus untuk orang bujang cam saya nie.....hehehehe
ReplyDeleteyup..orang bujang & bekerjaya pun boleh gunakan tip ini :)
Deletelepas ni kenalah cari suri dalam hati pula ye..hehe!
kekadang suri yg tak berkerja pun rumah tunggang langgang. boleh cuba tips ni memudahkan urusan rumahtangga..:)
ReplyDeleteJadi suri rumah lagilah banyak kerja yang nak dibuat. Bila cuti sekolah merasalah saya jadi suri rumah..
Deletebertuah ler kalau dapat suami ringan tulang dan rajin menolong isteri di rumah....
ReplyDeleteBetul tu..kerja pun akan cepat diselesaikan
DeleteSaya dapat memahami kesibukan isteri saya yang juga suri rumah sepenuh masa.
ReplyDeleteMesti akubiomed selalu bantu isteri di rumah, kan?
Deletethanks for the tips...memang berguna for both of us yang bekerja
ReplyDeleteSama-sama :)
DeleteOooo... Mcm nie ye, tak kahwin lagi dan tak ada anak... Nampak mcm susah jgk -_-
ReplyDeletetakpe..boleh tambah ilmu :)
Deleteassalamualaikum ciklaili....tips yg baik tu...;)
ReplyDeletewalaikumussalam..
Deletesama2 kita praktikkan :)
apa yang penting kerjasama
ReplyDeletehehe
dan jangan tangguhkan kerja rumah
setuju..kalau kerja bertangguh, alamat kerja semakin banyak..perlukan masa lebih untuk selesaikan semuanya..
Deletenampak seperti mudah dibuat tapi susah juga rasanya tu... harus berdidplin ..... tq cikgu 4 de info
ReplyDeletebukan mudah nak jadi emak ni. :)
ReplyDelete