Sudah lama sebenarnya saya mencari resepi nasi ayam yang mudah dan sedap. Alhamdulillah, saya sudah temui resepinya dan ternyata ia memang mudah disediakan dan rasanya juga sedap. Bagi yang ingin mencuba, di sini saya kongsikan resepi nasi ayam mudah dan sedap yang telah diubah suai mengikut cita rasa kami sekeluarga.
Suami juga turut memberi pujian - nasi ayam yang dihasilkan ini memang sedap. Lepas ni bolehlah dijadikan sebagai salah satu menu istimewa pula.
Suami juga turut memberi pujian - nasi ayam yang dihasilkan ini memang sedap. Lepas ni bolehlah dijadikan sebagai salah satu menu istimewa pula.
Resepi Nasi Ayam Mudah & Sedap
oleh : ciklaili.com
(Resepi untuk 4-5 orang)
Ayam
Untuk merebus :
1/2 ekor ayam (dipotong)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm halia (diketuk)
Air secukupnya
- Rebus ayam sehingga empuk.
- Angkat, toskan dan kemudian perap bersama bahan perapan selama 30 minit.
Untuk perap :
Sos tiram
Kicap manis
Madu
1 cm halia (dikisar / ditumbuk halus)
2 ulas bawang putih (dikisar / ditumbuk halus)
- Goreng ayam yang sudah diperap sekejap sahaja - hingga keperangan.
Nasi ayam
4 cawan beras
1 cm halia (dikisar / ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih (dikisar / ditumbuk halus)
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 kayu manis
2 sudu butter
Susu full cream
Garam
Gula
Air rebusan ayam
- Basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam rice cooker.
- Dengan menggunakan kuali, panaskan butter dan masukkan bahan kisar (bawang putih & halia), bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis.
- Setelah naik bau, masukkan air rebusan ayam, susu full cream, gula dan garam mengikut rasa dan biarkan mendidih.
- Matikan api dan masukkan bahan ke dalam rice cooker untuk dimasak seperti biasa.
* Sukatan untuk 4 cawan beras : 2 cawan air rebusan ayam dan 2 cawan susu full cream.
Sos
8 biji cili merah (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
- Tumis bahan yang dikisar, kemudian masukkan cuka, garam, gula dan air rebusan ayam.
- Gunakan api kecil dan masak hingga menjadi likat.
Kicap
- Masak air kicap hasil perapan ayam tadi sehingga mendidih.
Sup
Air rebusan ayam
Rempah sup
Daun sup (dihiris)
Garam
- Didihkan air rebusan ayam, masukkan rempah sup, daun sup dan garam secukup rasa.
Sayur
Boleh dihidang bersama tomato, timun dan daud salad.
Siap. Selamat mencuba!
32 Comments
Boleh try bulan ramadhan nanti..
ReplyDeleteha'a..boleh dijadikan menu berbuka puasa..
DeletePenyediaan ayam dan sos perlu sedap kerana ia adalah main utama Nasi Ayam ini.
ReplyDeletebetul tu..kalau sos tak sedap kuranglah selera nak makan..
Deletelama dah tak makan nasi ayam ni....
ReplyDeletenanti bolehlah kongsikan resepi nasi ayam ni dengan isteri untuk dicuba..
Deleteboleh la orang bujang macam ayu try nanti bulan posa hehe
ReplyDeletesilakan..resepi ni dah diubahsuai & memang mudah nak menyediakannya..
DeleteMenu pilihan mudah kalau pening kepala nak makan... tapi dapat rasa yang cikgu masak lagi best nie
ReplyDeletemasak dengan penuh kasih sayang untuk suami & anak2 :)
DeleteAlin selalu failt buat nasi ayam tang sambalnya...yg ni nmpk menarik
ReplyDeletebolehlah cuba resepi ni..
Deletemeleleh air liur pepagi tgk nasi ayam ni..
ReplyDeletehihi..cuti2 bolehlah cuba resepi ni..
DeleteDulu zaman belajar pernah masak nasi ayam..skang dah tak ingat dah camne nak buat..hihiih..bolehla guna resipi ni
ReplyDeletesenang je nak masak nasi ayam ni. nanti bolehlah cuba..
DeleteTgh sakit perut ni selera mkn pun x de tp bila nampak nasi ayam ni jadi lapar..oo Laili guna susu ye., resepi baru ni.
ReplyDeleteHa'a..guna susu full cream.
DeleteSalam...saya dah lama follow blog ni..minta copy paste ye resipi...suka sgt nasi ayam
ReplyDeleteWsalam Ayu. Boleh je copy. Selamat mencuba resepi nasi ayam mudah & sedap ni :)
Deletetengok gambar pun nampak sedap dah..hehe..lama tak makan nasi ayam.
ReplyDeleteGambar kena menarik barulah orang lain teruja nak mencuba resepi ni.
Deleteterima kasih berkongsi resepi nasi ayam yg mudah ni ciklaili. suami n anak2 mmg suka makan nasi ayam. tapi saya ni tak confident langsung nak buat sendiri. lepas ni boleh cuba buat...
ReplyDeleteSelamat mencuba resepi ni. Kalau menjadi nasi ayam ni jangan lupa kongsikan resepi dengan kawan2 yang lain..
DeleteBoleh jugak mencuba resepi CL lepas ni....
ReplyDeleteSelamat mencuba..
Deletenasi ayam masakan yg simple tapi menyelerakan...yummy...
ReplyDeleteLagi sedap dimakan jika lengkap dengan sayur-sayuran
Deletetgk gambar pn dah tau sedap..yum yum..
ReplyDelete*e-vitamin
jangan lupa cuba resepi ni ye..
DeleteAlhamdulillah, bolehlah d cuba raya ni.. T.q resepi
ReplyDeleteresepiny..
Hi,
ReplyDeletePertama sekali, ingin kami memohon maaf kerana meninggalkan komen ini di blog anda dan tindakan ini boleh disalah anggap seolah-olah seperti spam dan kurang professional. Tujuan komen ini adalah untuk menyebarkan berita baik tentang pelancaran laman web Letsmasak.com.
Letsmasak.com merupakan sebuah laman web resipi yang mempunyai pelbagai fungsi media sosial yang menarik. Melalui Letsmasak.com , komuniti pengguna dapat memanfaatkannya sebagai sebuah platform untuk berkongsi resipi, ilmu dan tip-tip masakan agar dapat dimanfaatkan oleh semua. Dengan design yang kemas, mesra pengguna, serta komuniti yang interaktif dan proaktif, Letsmasak.com sudah pastinya sangat selesa digunakan oleh para pengguna sebagai personal-recipes-composer. Dengan rendah hati kami ingin menjemput anda untuk bersama menyertai komuniti kami dalam menyumbangkan ilmu melalui platform Letsmasak.com.
Untuk mendaftar, anda boleh berbuat sedimikian melalui url tersebut:
http://letsmasak.com/register
Oleh kerana masih tidak ramai yang tahu tentang kewujudan Letsmasak.com ini, maka kami ingin memohon jasa baik anda sekiranya sudi untuk menulis entry review tentang Letsmasak.com di blog ini. Kami amatlah menghargainya.
Kami memohon maaf sekali lagi atas tindakan ini. Kami amat berharap agar komuniti Letsmasak.com akan berkembang justeru dapat dimanfaatkan oleh semua.
Ikhlas daripada,
Letsmasak.com