Uri Melekat / Placenta Accreta Semasa Mengandung

Wanita yang sudah berkahwin pasti mengimpikan suara tangisan bayi di dalam keluarga. Anak juga merupakan pengikat kasih sayang di antara suami dan isteri. Saya ingin bercerita tentang pengalaman penulis semasa mengandung anak ketiga (arwah Azim) yang mana beliau telah mengalami pendarahan/bleeding sewaktu kandungan berusia 2 bulan dan dimasukkan ke Hospital Besar Ipoh, Perak.

Di awal kandungan, doktor di klinik desa mengatakan saya mengandung kembar empat  iaitu 3 kantung kosong dan 1 kantung arwah Azim. Masalah pendarahan yang berlaku adalah disebabkan kantung kosong yang keluar. Tetapi sewaktu saya di tahan di wad, saya telah discan oleh doktor pakar dan beliau mengatakan kes saya sebagai placenta accreta atau uri melekat dan nisbahnya adalah  1:250. 

Placenta accreta is a severe obstetric complication involving an abnormally deep attachment of the placenta to the myometrium (the middle, muscular layer of the uterine wall), without penetrating it. Thus, the placenta grows completely through the endometrium. The placenta usually detaches from the uterine wall relatively easily, but women who encounter placenta accreta during childbirth are at great risk of haemorrhage during its removal. This commonly requires surgery to stem the bleeding and fully remove the placenta, and in severe forms can often lead to a hysterectomy or be fatal.

Kes ini memang jarang berlaku dan doktor mengatakan saya hanya boleh dibedah jika kandungan sudah membesar iaitu pada usia 21 minggu. Tetapi disebabkan uri melekat dibahagian parut operation sewaktu saya melahirkan anak ke dua, Amni saya telah ditahan diwad selama 2 minggu ketika usia kandungan mencecah 19 minggu dan mengalami tumpah darah yang banyak.
 
Saya berasa amat gembira ketika mendengar degupan jantung arwah Azim yang sangat jelas tetapi doktor mengatakan  beliau terpaksa menyelamatkan salah seorang daripada kami kerana saya telah kehilangan 5 pain darah dan 10 pain darah telah dimasukkan. Akibat pendarahan yang tidak henti-henti, doktor terpaksa membuang rahim dan mengeluarkan arwah Azim.

Saya masih terasa tendangan arwah Azim pada malam kejadian sebelum tumpah darah dan tidak dapat melihat wajah arwah kali terakhir kerana saya masih ditahan di ICU. Hanya suami yang menguruskan segala urusan pengebumian Azim.

Pada mulanya saya memang tidak dapat menerima kenyataan bahawa rahim saya terpaksa dibuang dan menyebabkan anak saya meninggal dunia. Saya rasa amat tertekan ketika berpantang kerana tampa bayi disisi ditambah lagi dengan jahitan pembedahan yang terbuka.

Syukur alhamdulillah...setelah setahun berlalu saya cuba belajar dan kuatkan semangat serta percaya bahawa Allah yang maha berkuasa dari segala-galanya. Semoga saya diberi kebahagiaan bersama suami dan sepasang anak yang comel. Amin.

-------------------------------------------------------------
 
Penulis jemputan : adyna


Post a Comment

20 Comments

  1. Sedih betul baca kisah ni. Walaupun adyna pernah ceritakan dulu, tapi setiap kali disebutkan mmg terasa sedihnya....

    ReplyDelete
  2. Aisy mmg sedih sampai skrg tgk buku pink arwah pun boleh menitis air mata , tq Cik laili siarkan entri saya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. terima kasih juga kerana sudi berkongsi pengalaman ini. moga adyna & suami terus tabah dengan dugaan dari-Nya. sepasang anak yang ada sekarang sudah tentu menjadi pengarang jantung anda berdua.

      * ada kesilapan jalan cerita tak dalam entri ini? kalau ada maklumkan ye :)

      Delete
  3. Memang sedih..sabarnya adyna setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 terima draft entri adyna saya dapat bayangkan betapa tabahnya adyna selepas mengalami masalah uri melekat & mengakibatkan arwah Azim meninggal dunia. alhamdulillah..adyna & suami dianugerahkan dengan 2 orang anak iaitu abang & kakak arwah Azim yang jadi penyeri dalam keluarga mereka..

      Delete
  4. sedih...Farah pernah dengar jugak pasal cerita uri melekat ni... moga2 tak terjadi pada diri ini...hu hu hu...kekononnya pernah dengar petua orang tua2...kalau x nak uri melekat, jangan duduk dekat akar kayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap orang ada pengalaman mengandung yang berbeza. Oh..tak pernah dengar lagi petua macam tu..

      Delete
  5. Syukur sekurang2nya adyna telah punya zuriat sendiri, ibubapa mana tidak bersedih sedangkan keguguran pun boleh tertekan inikan pula anak yg dikandung telah mula terasa setiap pergerakkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita doakan kebahagiaan adyna sekeluarga. Amin..

      Delete
  6. sedih baca entri ni cik laili...hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 baca draft entri yang adyna hantar saya rasa sebak membacanya. Moga2 beliau terus tabah..

      Delete
  7. Semoga tabah. Hanya yang mengalaminya sahaja yang tahu kepedihan itu

    ReplyDelete
  8. first time ain dgr pasal uri melekat...sabar banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah..sebelum ni takde pun kawan2 yang pernah mengalaminya..

      Delete
  9. syukur sekurang2nya ada sepasang anak...

    ReplyDelete
  10. Sedihnya..arwah azim tggu ibunya di syurga.. ujian yg berat juga buat ibu arwah.. moga sentiasa kuat dan tabah..

    ReplyDelete
  11. Thanks For sharing this Superb article.I use this Article to show my assignment in college.it is useful For me Great Work. Purtier

    ReplyDelete