Entri ini merupakan entri kedua yang terpilih untuk Segmen Penulis Jemputan ciklaili.com yang ditulis oleh Puan Embun Hidayah. Semoga entri tentang Allergi ini boleh dijadikan panduan kita semua. Selain itu, beliau juga berkongsi hasil kreatif (sajak) bahasa Inggeris yang bertajuk TIME.
-----------------------------------------------------
Saya rasa ramai di antara kita yang kurang faham tentang maksud perkataan ‘allergi’. Allergi adalah suatu keadaan tubuh yang sangat peka kepada sesuatu bahan. Bahan yang dimaksudkan termasuklah bahan-bahan yang terkandung di dalam makanan, alat-alat solek, bahan-bahan kimia, bulu binatang dan lain-lain lagi. Bahan-bahan ini disebut ‘allergen’.
Pengaruh allergi adalah berbeza setiap orang. Contohnya seseorang itu mungkin allergi terhadap telur tetapi tidak allergi terhadap kerang. Begitu juga sebaliknya. Dengan erti kata lain, ‘allergi’ terhadap sesuatu adalah ‘alah terhadap sesuatu’. Perbezaan pengaruh allergi adalah disebabkan kepekaan di antara individu.
Seseorang dikatakan allergi apabila tubuhnya memberi reaksi terhadap salah satu daripada allergen yang dinyatakan. Gejala allergi mungkin timbul di semua bahagian tubuh tidak kira pada kanak-kanak mahupun orang dewasa.Allergi yang terkena pada kulit akan memperlihaatkan tanda-tanda seperti bintik-bintik merah, ruam kulit dan sebagainya.
Apabila allergi terkena di bahagian sistem penghadaman, tanda-tandanya pula adalah seperti loya, muntah, sembelit dan kembung perut. Apabila hidung pula yang terkena allergi, tanda-tanda yang mungkin dapat diperhatikan ialah gatal-gatal, dan bengkak di hidung, mata merah, sesak nafas dan sakit kepala. Gejala allergi agak sukar untuk dipastikan kerana gejalanya hampir sama dengan gejala lain seperti sesak nafas, sakit kepala, bintik-bintik merah, dan lain-lain.
Punca-punca allergi lebih tertumpu kepada makanan berbanding dengan punca-punca lain seperti debu, ubat-ubat dan alat-alat solek. Allergi kepada makanan dapat dikesan setelah gejalanya timbul sebaik sahaja memakan makanan yang mengandungi allergen. Sekiranya ini berlaku, pemeriksaan yang meliputi pengujian kulit dan pengujian makanan akan dilakukan. Kita hendaklah berjumpa doktor dengan segera jika timbul gejala-gejala yang mencurigakan seperti yang telah disebutkan. Doktor akan memastikan sama ada allergi tersebut berpunca dari makanan atau selain daripadanya.
Seseorang yang sudah mengetahui dengan pasti bahawa dia allergi terhadap makanan tertentu akan lebih mudah mengatasinya. Kita boleh memilih pengganti bahan makanan tersebut dengan bahan makanan yang lain yang mempunyai nilai zat yang sama. Dengan ini, makanan akan terdiri daripada sumber seperti putih telur, garam galian, karbohidrat (ubi kentang dan nasi), dan vitamin (A, B, K, D, C dan lain-lain) ditubuh badan masih dalam keadaan seimbang.
Seseorang yang allergi terhadap makanan berikut dapat menggantikan makanan berpandukan senarai berikut :
a) Telur dapat digantikan dengan ikan, susu, daging, tempe, tauhu, dan kacang
b) Ikan laut dapat diganti dengan telur, susu, daging, tempe, dan tauhu serta kacang
c) Daging dapat digantikan dengan ikan laut dan telur
d) Udang dapat digantikan dengan ketam, ikan laut dan kerang
Walaupun allergi tidak seberat penyakit-penyakit lain, ianya patut diberi perhatian yang serius terutamanya pada kanak-kanak kerana mereka masih di tahap penyuburan.
TIME
Some said
‘time is gold’,
But the
others said ‘time is as precious as our life’
And whatever
it is…..
Please take
the time,
Time to
listen and to learn, Time to see the beauty, the wonder and…..
The warmth
in those you love.
Do take the
time…
To show you
care,
To create
memories and,
appreciate
special moments.
Time is
precious….
So, take
your time to heal old wound,
Time to
allow yourself to grow,
And above
all….
Take time to
be you and,
believe in
yourself.
14 Comments
saya dulu teruk allergy. masa tu almost semua benda la ada allergy. sblm ni xde. tjadi masa umur 20 tahun. mata berair. gatal yg amat sgt. kat bawah tooot tu pun gatalnya ya allah. susah nak study sampai tahap rajin ponteng kelas. perasan immune badan lemah sebab stress dengan masalah keluarga dan study.
ReplyDeletemcm mana sy encounter? panjang ceritanya. tp mmg boleh. insya Allah
Syukurlah ainee dah pulih dari allergi ;)
Deletesetakat ni Alhamdulillah
ReplyDeletexda alergik
Syukurlah kita diberi nikmat sihat oleh-Nya..
DeleteRasanya saya xde allergik kot..
ReplyDeletesyukur Alhamdulillah..
Bersahurlah Kamu Kerana Sahur Itu Sunnah
Tumpang simpati kepada mereka yang mengalami masalah ini..
DeleteAlhamdulillah, setakat ni tak ada alegik lagi. Tapi pernah juga. Tak boleh makan seafood. Naik jerawat penuh,
ReplyDeleteJangan pandang ringan dengan alahan atau alergik ini. Kadang-kadang boleh mengundang bahaya. Seperti contoh gejala Anaphylactic Shock.
ReplyDeletehah? alergikk.. takut, bahaya benda nih, tak boleh makan udang byk.
ReplyDeleteada juga elergi kalau makan udang, tapi taklah teruk sangat..
ReplyDeletesuami saya alergik, mmg seafood tu kene pantang, tapi masalah orang lelaki ialah pantang nampak, pantang betul saya hehehe
ReplyDeletealergi nie nampak biasa tapi lau kena seksa la jugak
ReplyDeleteAllergi ni memang mudah diubati/ kita lebih peka bila kita dapat detect mana puncanya. Macam sy, sangat allergi dengan kerang. Kalau makan badan gatal-gatal.
ReplyDeleteSelain tu, saya jugak allergi barang kemas...sebab bila berpeluh mula lah timbul bintik merah.
senang cerita kulit sensitif sebenarnya! :)
good sharing
Terima kasih atas infonya..hehe
ReplyDelete