Sedar atau tidak bulan Ramadan semakin hampir ke penghujungnya. Kalau dikira-kira, tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam akan merayakan 1 Syawal 1434H. Dalam keghairahan kita menyediakan persiapan hari raya, tidaklah kita semua teringin untuk berjumpa Lailatul Qadar? Tapi...tahukah kita bila berlakunya malam yang lebih baik dari 1000 bulan itu?
Terdapat berbagai cerita mengenai tanda malam Lailatul Qadar iaitu dapat disaksikan kejadian yang ganjil-ganjil seperti air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk rukuk ke bumi dan sebagainya.Terdapat beberapa hadis yang menceritakan tentang berlakunya Lailatul Qadar dan ia tetap berlaku atau berulang pada setiap bulan Ramadan, cuma tidak dapat dipastikan secara tepat malam yang keberapa ia berlaku.Perbincangan panjang lebar diantara ahli-ahli Hadis, mengenai dengan malam apakah yang tepat Lailatul Qadar itu berlaku. Dalam kitab Fath al-Basrimenurunkan tidak kurang dari 45 qaul tentang malam terjadinya Lailatul Qadar, masing-masing menurut pengalaman dengan catatan Ulama-ulama yang merawikannya, sejak dari malam 1 Ramadhan sampai 29 atau malam 30 Ramadhan. Semuanya dinukilkan oleh as-Syaukani di dalam `Nailul-Autharnya.Oleh sebab itu dianjurkanlah supaya setiap malam bulan Ramadaan diisikan penuh dengan ibadat. Bagaimanapun terdapat juga riwayat yang kuat menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu ialah pada malam sepuluh yang akhir dari Ramadhan ertinya sejak malam 21, kerana sejak malam 21 itu nabi s.a.w lebih memperkuat ibadatnya daripada malam-malam yang sebelumnya sampai beliau bangunkan kaum keluarganya yang tertidur.
Malam Lailatul Qadar adalah malam yang
sejahtera dan selamat dari segala kejahatan dari awal malam sehinggalah
terbit fajar. Memberi erti kebaikan menyelubungi sepanjang malam
Lailatul Qadar. Tentulah hampa bagi mereka yang lalai yang tidak ambil
berat tentang malam Lailatul Qadar, namun ia tetap datang disetiap bulan
Ramadan.
** Sumber dari IKIM
14 Comments
Sama-sama berdoa & mencari Lailatul Qadar
ReplyDeletemudah-mudahan kita akan temuinya nanti
DeleteSemoga kita berjaya dlm pencarian 1000 mlm itu
ReplyDeletemudah-mudahan. Amin..
DeleteKalau beribadat dari mula ramadan sampai habis ramadan tentu dapat...
ReplyDeleteinsya Allah..rasa sedih juga kerana Ramadan bakal berakhir
DeleteSalam . Boleh PM alamat di FB muna? Terima kasih sebab join segmen tu. Muna akan bagi kad raya dekat awak :) fb - Muna Rahimah IV
ReplyDeletew'salam Muna. ok, dah PM alamat..
Deletebetul tu. janganlah asyik membuat persiapan raya sampai lupa untuk beribadat pula..
ReplyDeleteMencari dan terus mencari malam yang dicari cari. Semoga amalan kita diberkatiNya..
ReplyDeleteMungkin dah berlalu tapi kena istiqamah 10malam terakhir ni.. insyaAllah ada rezeki.. :)
ReplyDeletesalam Aidilfitri cikgu..
ReplyDelete.......//JOM NASIHAT-MENASIHAT//......
Katakan TIDAK Pada (Fesyen Sendat-Jarang-Ketat-Melekap)
http://wanitamelayuseksa.blogspot.com
http://leggingseksi.blogspot.com/
Semoga dapat berjumpa Ramadhan lagi di Tahun depan. Esok dah raya!
ReplyDeletesemoga kita bisa mendapatkan lailatur qadar,aamiin
ReplyDelete