Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sedang melaksanakan
ujirintis bagi pengurusan aktiviti PPB menerusi aplikasi SPL KPM. Modul
PPB merupakan penambahbaikan yang dilakukan terhadap aplikasi SPL KPM
khususnya dalam mengira Poin terhadap aktiviti PPB yang dimasukkan
secara online.
Mulai 26 Oktober 2013, terdapat penambahbaikan di dalam SPLG / Sistem Pengurusan Latihan (SPL KPM) iaitu Modul Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). Penambahbaikan ini melibatkan tambahan menu pada modul Individu dan sedang dalam proses pengujian dan ujirintis yang melibatkan tambahan sub menu :
1. Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community – PLC)
2. Bimbingan dan Pementoran (Coaching & Mentoring )
3. Kajian Tindakan / Projek Inovasi
4. Penulisan & Penerbitan
Pegawai Latihan / SULDP perlu menyemak dan
menyokong Aktiviti PPB yang dimasukkan oleh pegawai dan staf di bawah
kawalan masing-masing bagi membolehkan 'Pelaporan PPB' dijana oleh
komputer. Pengguna perlu mendaftarkan maklumat aktiviti mengikut ketegori PPB yang betul dan sesuai menerusi Modul Individu.
Click untuk mengetahui Jadual Pengiraan Poin PPB
Bagi Kursus / Latihan yang dianjurkan di bawah organisasi KPM masih perlu didaftarkan oleh pihak penganjur menerusi Modul SULDP. Sehubungan itu guru-guru dan peserta kursus perlu membuat semakan terhadap kursus-kursus yang telah dimasukkan oleh pihak penganjur dan menghubungi pihak penganjur untuk melengkapkan/daftar kursus yang telah dilaksanakan. Daftar Kursus/Latihan menerusi Modul Individu hanya melibatkan kursus anjuran pihak swasta atau organisasi di luar KPM.
12 Comments
macam2 sistem skrg nih, tak sempat aku nak follow
ReplyDeleteMalaysia menuju negara maju tahun 2020 :)
Deletewah bagus betul sekarang ni, macam2 sistem ada...
ReplyDeletesistem ni dah digunapakai sejak tahun 2011 & sekarang ada penambahbaikan Modul PPB
DeleteTugas seorang guru serkaran ini semakin berat...bukan setakat menangani masalah pelajar. tetapi juga perlu menangani teknologi dan juga pengkeranian...
ReplyDeleteInilah kerjaya yang saya pilih :)
Deletesistem yg teratur utk pengurusan yg lebih efektif...skang cikgu serba boleh :)
ReplyDeletebetul..betul..betul..
Deleteada due date x untuk key-in semua data esplg bagi tahun 2013?
ReplyDeletemakluman baru di website SPLG :
DeleteModul Individu SPL KPM ditutup bagi memberi laluan kepada Peg. Latihan dan SULDP membuat proses daftar kursus secara berkumpulan dan pengesahan sokongan.
Modul ini akan dibuka semula pada 15 Disember 2013 dan proses daftar Kehadiran Kursus (KKL) tahun 2013 akan dibuka sehingga Febuari 2014.
salam... ziarah sini...
ReplyDeleteterima kasih atas maklumat yang diberikan
ReplyDelete