Tidak semua orang suka makan daging kambing. Ada yang kata daging kambing tidak elok untuk mereka yang mengidap penyakit darah tinggi. Bagi saya dan suami, kami berdua memang menggemari daging kambing - tidak kiralah sate kambing, kambing golek atau kambing panggang.
Bagi yang belum pernah makan daging kambing, rasa daging ini agak manis sedikit berbanding daging lembu. Kalau nak tahu macammana rasa manis tu, anda kenalah cuba sendiri. Di dalam entri ini, saya ingin kongsikan Resepi Daging Kambing Panggang untuk anda cuba.
Kambing panggang dihidangkan bersama sos, kentang goreng, telur goreng & sayuran
Resepi Daging Kambing Panggang
(untuk hidangan 6 orang)
6 potong daging kambing
6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)
3 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis3 sudu madu
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit minyak zaitun
Garam secukup rasa
Cara-caranya :
Cara-caranya :
- Sediakan bahan perapan : bawang putih, halia, sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam, minyak zaitun dan garam. Gaul rata semua bahan.
- Sapukan bahan perapan pada daging kambing.
- Perap daging selama 2 jam.
- Masak menggunakan oven pada suhu 180 darjah selama 20 - 30 minit / sehingga masak.
- Jika menggunakan pemanggang ajaib, masa diambil hanya 10 - 15 minit.
34 Comments
Sedapnya! Favorite kami 3 beranak!
ReplyDeletetak ramai yang suka makan kambing. kita boleh jadi genglah :)
DeleteKak laili sedapnya...
ReplyDeletememang sedap..kenyang :)
Deletenak beli jugalah pemanggang ajaib ni..
ReplyDeletebeli & jadikan sebagai hadiah untuk isteri. lagipun pemanggang ni memang memudahkan kerja memasak
Deleteyum yum nampak lazak pulak kambing panggang ni :D
ReplyDeletenyum..nyum..nyum..
Deleteerr..ada lagi tak? kalau ada..pos ke banting sket..
ReplyDeletebeli 1kg je. tak cukup nak pos ke sana..
DeleteSedap juga resepi ini,kalau letak serai,halia dan sedikit belacan...lagi sedap pemanisnya madu atau brown sugar....sekadar berkongsi pengalaman.
ReplyDeleteterima kasih berkongsi resepi. nanti nak cuba tambah bahan yang kak Mah cadangkan - serai & belacan.
DeleteTidak berani makan kambing kerana tiada biasa. Untung kepada mereka yang pengemar makan daging kambing.
ReplyDeletecubalah rasa sekali. sedap tau :)
Deleteaku x suka kambing sebab bau je. Kalau dpat bakar smapai hilang bau memang ngam
ReplyDeletesetakat ni jarang jumpa daging kambing yang berbau.
Deletenampaknya sangat sedap, tapi kok baunya memang cukup berlebih
ReplyDeleteikut orang juga kot. saya makan ok je..
Deleteterbaik kaklaili.. kena cuba ni.. saya dan anak mmg favourite daging kambing.. tp org rumah xdpt nak nolong.. bau yg kita masak pun xboleh .. hehe
ReplyDeleteresepi mudah je ni. bolehlah masak bersama anak. cubalah bagi sikit pada isteri. mana tau sebab suami yang masak, isteri suka makan daging kambing pula lepas ni :)
DeleteKambing nie kena cara masak yang betul baru sedap dan berselera nak makan....saya suka kalau makan kedai restoran arab je kalau masakan kambing nie
ReplyDeletebetul tu..kena betul cara masak baru sedap. bau2 kambing pun dah hilang..
DeleteItulah keistimewaan daging kambing. Kalau tak bau bukan daging kambing namanya.
DeleteSedapnya kambing panggang
ReplyDeletememang sedap :)
DeleteMmg fav saya n husbd...tgh perap nak bakar.tq ya sharing resepi :)
ReplyDeletesaya tgh google resepi kambing panggang ni dan terjumpa blog u...nak try lah . thx for sharing sis
ReplyDeletehttp://ailzab.blogspot.com
Duk cari2 resepi panggang - bakaq ni,terjumpalah blog akak..thanks 4 sharing...
ReplyDeleteSaya dah cuba buat bahan perapan ni. Saya double kan bahan dan sapu dan rendam daging kambing dlm bekas. Memang best...
ReplyDeletesedapnya, x sbar nak buat ni
ReplyDeletefav jugak and mmg betul ramai yg x berani makan kambing, takut sakit kepala.ekceli tak pun
ReplyDeleteNak kurangkan bau kambing bleh guna cara ni:
ReplyDelete1. Gaul dan perap dgn gula pasir dlm masa 10 minit.
2. cuci gunakan tepung gandum.
Fuhh , sedappnyer , tengok pun dah tau :)
ReplyDeleteps : Nak buat duit 4-5 angka dengan bisnes kambing bakar dan kambing perap hanya dirumah ?
pss..RAHSIA ni jgn kasi tau sape2 tau
KLIK SINI paparan WEB => www.bisneskambingbakar.com
KLIK SINI paparan BLOG => www.bisneskambingbakar.com/blog
nak test jugalah nanti guna pemanggang ajaib
ReplyDelete