Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, saya ingin berkongsi informasi dengan pembaca blog ini tentang 6th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014 yang akan diadakan pada akhir bulan Mac nanti (semasa cuti persekolahan penggal pertama 2014).
Acara ini sudah pasti bakal menarik jumlah pengunjung yang ramai sama ada dari dalam mahupun luar negara. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke Putrajaya dan melihat sendiri lebih dari 20 jenis belon udara panas termasuk 5 bentuk belon udara yang unik seperti yang ditunjukkan semasa 5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013.
Tarikh : 27 Mac 2014 (Khamis) - 30 Mac 2014 (Ahad)
Masa : 7.00 pagi - 9.00 malam (setiap hari)
Tempat : Monumen Alaf Baru, Precinct 2, Putrajaya
Selain itu, banyak aktiviti lain yang disediakan untuk pengunjung yang hadir seperti Mountain Dew Extreme Zone, Helicopter Ride, Tethered Hot Air Balloon Ride, Kid's Play Zone dan pelbagai jenis pertandingan serta persembahan menarik.
Berikut adalah tentatif program sepanjang acara ini dijalankan :
Jangan lupa untuk masukkan tarikh 27 - 30 Mac 2014 di dalam kalender anda dan datang bersama keluarga bagi menyaksikan sendiri pesta belon udara panas ini. Jumpa anda di sana...!
12 Comments
Destinasi percutian menarik nie.. :-)
ReplyDeletebetul tu..lagi2 tahun 2014 Tahun Melawat Malaysia
Deletenak pergi tengok Belon la,,, ;)
ReplyDeletetengok belon bulan Mac tahun depan ye..
DeleteBestnya kalau bawa anak-anak ..akak tak pernah pergi lagi
ReplyDeletebolehlah kak Ain bawa mereka cuti sekolah nanti..
DeleteSeronok untuk di kunjungi tempat-tempat macam ni.
ReplyDeletedah tentu ramai pelancong lua yang datang, sama2 kita meriahkannya..
Deletetak pernah tengok pesta hot air balloon nie.....
ReplyDeleteKali ini merancang melihat belon panas diwaktu malam.
ReplyDeleteHi Laili,
ReplyDeleteTerima kasih for sharing this informative write up!
Boleh minta email cik laili. Saya nak hantar details pesta yang ke 7?
atiqah@akaballoon.com.my
Emailkan ke ciklaili@yahoo.com
Delete