Earnings Nuffnang Akhir Tahun 2013


Sehari sebelum tibanya tahun 2014, saya telahpun cash out earnings Nuffnang bagi bulan Disember dan ini merupakan pendapatan terakhir blog ciklaili.com di tahun 2013. Jika dibandingkan pendapatan blog bagi tahun ini dengan tahun 2012, tahun ini tidaklah sebaik tahun 2012 terutama jumlah Sponsored Post yang diterima. Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur dan berpuas hati dengan pencapaian blog ciklaili.com setakat hari ini. Siapa sangka dengan menjadi seorang part-time blogger boleh menjana pendapatan sebegini.


Sebenarnya bukanlah setiap bulan jumlah earnings blog ini sentiasa mencecah jumlah RM1,000 - bergantung kepada keadaan juga. Jika blog ini menerima CPUV yang banyak dan jumlah earning pula mencecah ratusan RM, memang tidak dinafikan boleh mencapai jumlah tersebut - CPUV Nuffnang : Earning Sikit vs. Earning Banyak.

Bagi yang ingin mengetahui bagaimana menjana pendapatan melalui blog, anda bolehlah membaca ulasan yang dikongsikan oleh blogger-blogger yang menyertai Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 di dalam entri Tips Buat Duit Dengan Blog.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang datang ke blog ini melalui enjin carian dan juga follower ciklaili.com di facebook, Google+, twitter dan sebagainya. Tanpa sokongan anda selama ini mana mungkin blog ciklaili.com mencapai ke tahap ini.

Selamat tinggal tahun 2013 dan selamat datang tahun 2014. Semoga tahun 2014 akan memberikan lebih banyak kejayaan dan kenangan manis di dalam hidup kita. Salam sayang dari ciklaili.com. Teruskan memberi sokongan anda kepada blog ini. Terima kasih :)

Post a Comment

27 Comments

  1. Replies
    1. tak tentu juga. ada masa dapat sikit & ada masa dapat banyak..

      Delete
  2. Wah banyak yang dikumpulkan. :-)

    ReplyDelete
  3. wahhhhh dia tunjuk earning hehe..congrats :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. earning terakhir yang ditunjukkan buat pembaca blog ciklaili.com

      Delete
  4. alhamdulilah.. rezeki tu, syukur..!!..untuk itu sy nak ucapkan selamat tahun baru.. semoga anda mencapai kejayaan dengan apa yang anda doakan pada tahun 2014..:-)..

    ReplyDelete
  5. Tahniah ciklaili. Semoga di murahkan rezeki lagi..

    ReplyDelete
  6. Setiap bulan rm500 dah cukup baik buat saya...

    ReplyDelete
  7. Harap-harap 2014 boleh dapat lebih dari Nuffnang. 500 pun dah sangat2 ok bagi blogger tak popular macam saya ni. Tahniah cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah dja pun boleh dapat lebih dari blog ini. teruskan menulis ye..

      Delete
  8. Tahniah CikLaili.com, harap dapat kongsi selalu tips utk generate income melalui blog, especially macam mana nak dpt traffic tinggi atau nak naik kan ranking blog. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah kongsikan Rahsia Trafik Blog Yang Tinggi dalam entri ini :

      http://www.ciklaili.com/2012/12/rahsia-trafik-blog-yang-tinggi.html

      Delete
  9. tahniah kak... rezeki dari blog... :)

    Selamat tahun baru! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru juga deq noor.

      * tq atas gambar2 yang dikongsikan ye :

      Delete
  10. :) :) :)
    Rezeki tuhan dlm pelbagai bentuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. jangan lupa untuk bersyukur atas setiap rezeki yang diberikan-Nya

      Delete
  11. Bestnya kalau setiap bulan dapat byk mcm ni...3 angka pon jadilah

    ReplyDelete
  12. Rezeki yang sebegini pastinya akan buat kita terus bersemangat untuk meneruskan blogging dengan lebih baik lagi kan...

    ReplyDelete
  13. Kira banyak jugak jumlah yang dikumpulkan tu untuk pendapatan sampingankan.

    ReplyDelete
  14. Tahniah Laili. Rezeki banyak dari Nuffnang tu :P

    ReplyDelete