Memetik Strawberry Di Cameron Highlands

Sebelum bermulanya cuti sekolah akhir tahun 2013, anak sulung kami (Amir) telah menyuarakan hasratnya untuk merasai kesejukan di Cameron Highlands. Memandangkan kami belum pernah membawa anak kedua (Amar) ke sana dan bagi memenuhi permintaan Amir, maka pada 25 November 2013 kami telah bercuti di Cameron Highlands selama 3 hari 2 malam. 

Kami jangkakan ramai pengunjung yang berada di Cameron Highlands memandangkan waktu kami ke sana merupakan waktu cuti sekolah tetapi jangkaan kami meleset. Mungkin juga kerana peristiwa banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Cameron Highlands tidak berapa lama dulu menyebabkan tidak ramai pelancong luar yang berkunjung ke sini.

Tidak banyak tempat yang kami kunjungi semasa bercuti di Cameron Higlands kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan - hujan pada waktu pagi dan petang. Kami hanya singgah ke beberapa tempat sahaja seperti pasar malam Brinchang, Strawberry Farm, Taman Agroteknologi MARDI dan BOH' Tea Centre Sungai Palas. 

Baca entri yang ditulis oleh suami semasa berkunjung ke Taman Agroteknologi MARDI, Cameron Highlands.

Aktiviti yang paling disukai anak-anak ialah memetik strawberry semasa berkunjung ke EQ Strawberry Farm dan menyusuri ladang teh semasa menaiki tangga menuju ke BOH' Tea Centre. Bayangkanlah anak kedua saya menaiki tangga dari bawah hingga sampai ke BOH' Tea Centre tanpa didukung. Kuat betul semangatnya nak sampai ke atas :)

  
Bergambar sebelum masuk ke Strawberry Farm

Amar tidak melepaskan peluang memetik strawberry

 Amir bersama buah strawberry yang dipetik & disusun

 Di hadapan Taman Agroteknologi MARDI

 
Gaya 2 beradik di hadapan BOH' Tea Centre 

Saya bersama Amir dan Amar

* Ke mana pula destinasi percutian anda kali ni?

Post a Comment

13 Comments

  1. Kalau ada peluang hendak pergi memetik buah Strawberry sebab belum pernah dilakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak saya memang seronok bila dapat merasai pengalaman memetik buah strawberry di Cameron Highlands

      Delete
  2. Assalamualaikum…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam Rose. terima kasih kerana sudi singgah.

      Delete
  3. sebenarnya lama jugak kid tak naik cameron nih.. hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tengok keadaan cuaca juga bila nak ke sana. waktu kami pergi memang hujan je. dapatlah pergi ke beberapa buah tempat.

      Delete
  4. seronok tengok amir dan amar..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronoklah 2 beradik ni dapat bercuti di CH

      Delete
  5. nanti tahun depan nak pergi cameronlah..

    ReplyDelete
  6. Wah! Bestnya, tahun lepas ke sini jg dan cuaca pun hujan

    ReplyDelete
  7. Strowberry, saya suka banget ni..
    Senangnya bisa memetik sendiri dari tanamannya langsung :)

    ReplyDelete
  8. Pengalaman yang sangat berkesan terutama untuk anak-anak,bisa belajar bersama alam.

    ReplyDelete