Anak-anak saya memang suka makan aiskrim. Tidak kiralah aiskrim yang dibuat sendiri mahupun aiskrim yang dijual dipasaran. Saya amat tertarik dengan satu makanan yang pernah dibeli semasa berada di Terengganu iaitu aiskrim goreng.
Bila dengar saja nama aiskrim goreng, terus berbayang bagaimana agaknya rupa aiskrim goreng tu. Rupa-rupanya aiskrim goreng ni adalah aiskrim yang digoreng bersama roti yang telah disejukbekukan. Bagi yang ingin tahu bagaimanakah cara membuat aiskrim goreng, saya kongsikan resepi mudah ini untuk anda cuba.
Resepi Aiskrim Goreng Coklat
oleh : ciklaili.com
(untuk 5 biji aiskrim goreng)
Bahan-bahan :
- 10 keping roti Gardenia
(2 keping roti digunakan untuk membuat 1 biji aiskrim goreng)
- Aiskrim perisa coklat
(boleh tukarkan dengan aiskrim kegemaran anda)
- Gelas plastik
- Bekas untuk menyimpan/sejukbeku
- Minyak untuk menggoreng
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuat aiskrim goreng :
- Letakkan sekeping roti di atas pinggan dan letakkan aiskrim dibahagian tenngah roti.
- Tutup aiskrim dengan sekeping roti lagi.
- Ambil gelas plastik dan tekan di atas permukaan roti.
- Tekan perlahan-lahan sehingga bahagian tepi roti terpotong.
- Masukkan aiskrim goreng ke dalam bekas dan sejukbekukan selama beberapa jam.
Untuk menggoreng :
- Panaskan minyak. Masak aiskrim goreng menggunakan api sederhana.
- Angkat aiskrim goreng yang sudah masak.
- Sedia untuk dimakan semasa masih panas.
(Jangan biarkan aiskrim goreng menjadi sejuk kerana aiskrim akan cair)
Selamat mencuba!
19 Comments
tak pernah lagi mencuba aiskrim goreng nie
ReplyDeletesenang je cara nak buat aiskrim goreng ni. boleh juga dijadikan sebagai menu minum petang...
Deletesaya melihat aiskring goreng itu,,, nampak terlalu sedap,,,
ReplyDeletehantar ke KL sikit Cikgu :)
alahai..dah lama tak turun KL sebenarnya. insya Allah ada rezeki nanti boleh bagi sikit untuk MrJocko ye..
Deletetgk gambar pun dah terliur... belum rase lagi nie...huhuhuhu
ReplyDeletejangan lupa cubaresepi mudah ni ye. rasa aiskrim coklat :)
Deletewah boleh cuba ni, dan boleh dipelbagaikan dengan macam2 aiskrim juga ni selain perasa coklat...
ReplyDeletebetul tu. ikutlah nak guna aiskrim vanilla ke, aiskrim durian ke dll
Deletenaik aiskrim sungai besar.. heheh.. boleh cuba ni..
ReplyDeletesama je mana-mana aiskrim. hihi!
DeleteSalam kak laili.. saya try buat aiskrim grg semlm.. tapi kenapa masa saya nak grg tu aiskrim jadi cair ya?
DeleteWaalaikumussalam Fatimah. anda bekukan dulu tak ais krim tu?
Delete- Masukkan aiskrim goreng ke dalam bekas dan sejukbekukan selama beberapa jam.
Dulu terfikir boleh ker ais krim digoreng rupanya ada cara. :-)
ReplyDeleteha'a..memang ada caranya..
Deletepernah makan ais krim goreng, memang sedap.. :)
ReplyDeletesedap kan?
DeleteTak pernah makan lagi aiskrim goreng ni
ReplyDeletenanti bolehlah cuba resepi ni..
DeleteHemm,belum pernah saya makan es krim goreng seperti ini.sangat ingin mencobanya
ReplyDelete