Cepatnya masa berlalu. Sedar tidak sedar bulan Januari sudah masuk hari ke-9. Bagi diri saya, bulan Januari cukup bermakna kerana ada beberapa peristiwa penting dalam bulan ini iaitu hari ulangtahun kelahiran saya pada 10 Januari dan pada tarikh 13 Januari pula merupakan hari ulangtahun kelahiran Amar (anak kedua) dan pada masa yang sama merupakan hari ulangtahun perkahwinan saya dan suami. Tahun ini Amar bakal berusia 2 tahun manakala Amir (anak sulung) pula sudah berada di tahun dua.
Bersama 2 putera hati saya : Amir & Amar
Sejak kembali bertugas di awal tahun 2014, kehidupan seharian saya semakin sibuk. Oleh sebab itu blog ini dibiarkan begitu sahaja. Insya Allah bila ada kelapangan, saya akan update blog ini sekerap yang mungkin.
Jutaan terima kasih diucapkan buat pembaca yang sudi berkunjung ke blog ciklaili.com.
Saya sayang anda semua :)
21 Comments
Selamat hari lahir. semoga cik laili sekeluarga diberkati Allah
ReplyDeleteterima kasih :)
DeleteSelamat hari lahir akak. Semoga sentiasa di berkati Allah S.W.T
ReplyDeleteterima kasih ;)
Deletesemacam ada persamaan antara anak-anak kita...
ReplyDeleteSelamat ulang tahun kepada cik laili dan anak. semoga diberkati dan dirahmati Allah.
apa yang sama tu? umur ke?
Deleteterima kasih :)
selamat ulang tahun semoga di berkati..
ReplyDeleteha ah knor juga bz melanda..
terima kasih kak Nor. sama2lah kita busy ye..
Deleteselamat hari lahir dan selamat tahun baru
ReplyDeleteterima kasih saudara Faizal
Deletesenang kan ciklaili, celebrate semua serentak ;)
ReplyDeletekebetulan semuanya berlaku dalam bulan Januari. tak celebrate pun :)
DeleteSanah Helwa Laili semoga Allah SWT merahmati selalu, alhamdulillah kek 2 biji sudah siap, he he lewat siap gara-gara sambil menonton pencetus ummah
ReplyDeleteterima kasih kak Ain. terima juga sebab sudi terima tempahan kek dari saya. kek kak Ain memang sedap..
DeleteAwal tahun memang sibuk. Selamat bertugas. :-)
ReplyDeletebetul tu. selamat bertugas juga buat anda
DeleteHepi belated birthday cik laili....
ReplyDeleteterima kasih :)
DeleteSelamat ulangtahun yea.... sweet je tengok gambar kawin yang diupdate kat facebook....
ReplyDeletegambar 8 tahun lepas. hihi.
DeleteSemoga bisa menjadi anak yang sholeh.aamiin
ReplyDelete