Majlis pelancaran buku teks digital telahpun diadakan pada 7 Februari 2014 yang mana buku teks versi digital ini boleh diakses secara dalam talian sebagai alternatif kepada buku
teks bercetak.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata penggunaan
buku teks digital itu yang mengandungi teks, grafik serta ciri flip
(selak helaian) akan dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah
di seluruh negara mulai tahun ini.
Pendigitalan buku teks dilakukan dalam tiga gelombang seperti yang
termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula
tahun 2013 hingga 2025.
Gelombang pertama (2013-2015) kementerian memuat naik 313 judul buku teks yang boleh diakses secara percuma melalui portal 1BestariNet menggunakan ID yang telah dibekalkan kepada semua guru dan murid.
Gelombang kedua (2016-2020) kementerian merancang untuk
menghasilkan buku teks dalam bentuk interaktif bagi mata pelajaran
terpilih yang mengandungi elemen teks, grafik, audio, video dan animasi
untuk membantu pemahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Gelombang ketiga (2021-2025) pula bakal menyaksikan penerbitan buku
teks digital bagi semua mata pelajaran termasuk bagi murid berkeperluan
khas. Pelajar juga dibenarkan membawa peranti masing-masing
(tablet, iPad) ke sekolah bagi tujuan mengakses buku teks digital untuk
menggantikan buku teks bercetak.
Di dalam entri ini saya ingin kongsikan pengalaman bagaimana saya mendapatkan Buku Teks Digital KPM bagi mata pelajaran Sejarah degan menggunakan ID Yes saya sendiri :
1. Log masuk ke VLE Sekolah menggunakan ID Yes yang telah dibekalkan. Untuk mencari alamat VLE sekolah anda, click link ini.
2. Setelah berjaya log masuk (seperti contoh paparan di bawah), click Quick Launch dan kemudian click pula FrogStore.
Di dalam entri ini saya ingin kongsikan pengalaman bagaimana saya mendapatkan Buku Teks Digital KPM bagi mata pelajaran Sejarah degan menggunakan ID Yes saya sendiri :
1. Log masuk ke VLE Sekolah menggunakan ID Yes yang telah dibekalkan. Untuk mencari alamat VLE sekolah anda, click link ini.
2. Setelah berjaya log masuk (seperti contoh paparan di bawah), click Quick Launch dan kemudian click pula FrogStore.
Click untuk melihat paparan lebih besar
3. Pada bahagian menu, click Books dan kemudian anda boleh memilih Buku Digital yang anda inginkan berdasarkan Subject dan Level. Click Add untuk memuat turun buku. Anda boleh mendapatkan seberapa banyak buku yang anda inginkan.
Gambar di bawah adalah contoh buku teks yang telah saya muat turun iaitu Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 hingga 5.
Gambar di bawah adalah contoh buku teks yang telah saya muat turun iaitu Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 hingga 5.
Click untuk melihat paparan lebih besar
Terdapat 2 jenis buku digital iaitu buku percuma dan ada juga yang boleh dibeli. Saya akan tunjukkan bagaimana membeli buku digital di akhir entri ini.
4. Untuk menggunakan buku digital yang telah anda muat turun, anda hanya click Books pada menu My Library. Untuk menggunakan buku tersebut, click Launch.
Click untuk melihat paparan lebih besar
Selain itu, anda juga boleh melihat buku-buku yang ada di Bookshelf anda seperti gambar di bawah.
Click untuk melihat paparan lebih besar
Beginilah rupa Buku Teks Digital Sejarah Tingkatan 5
(Click untuk melihat paparan lebih besar)
i. Pengesahan maklumat peribadi
ii. Pengesahan bayaran dan maklumat penghantaran.
Terdapat 2 cara pembayaran iaitu melalui :
- Maybank2U
- Kad Kredit
Selamat mendapatkan buku teks digital KPM di laptop dan tablet anda.
(Click untuk melihat paparan lebih besar)
Anda juga boleh melihat video Tutorial Cara Mendapatkan Buku Teks Digital yang dikongsikan oleh Cikgu Zati.
Cara Membeli Buku Digital KPM
1. Ulangi langkah 1 hingga langkah 3 seperti di atas.
2. Buat pilihan buku digital yang hendak dibeli dan Click Buy.
Untuk membuat pembelian buku
digital, anda perlu mengaktifkan akaun 1BestariNet YES anda terlebih
dahulu. Jika tidak, pembelian anda tidak akan berjaya.
Click untuk melihat paparan lebih besar
Click untuk melihat paparan lebih besar
3. Terdapat beberapa langkah setelah anda click button Buy iaitu :
i. Pengesahan maklumat peribadi
ii. Pengesahan bayaran dan maklumat penghantaran.
Terdapat 2 cara pembayaran iaitu melalui :
- Maybank2U
- Kad Kredit
23 Comments
Terima kasiah panduan ini ciklaili. Berguna untuk kita semua.
ReplyDeletesama-sama. moga bermanfaat untuk semua
Deleteuntuk buku teks fizikal boleh beli kat http://bit.ly/1zvRYCp
DeleteMacam ni cara nak dapat buku teks digital yea. terima kasih cikgu.
ReplyDeletegenerasi akan datang akan lebih maju dengan wujudnya buku teks digital ni..
Deletejom kite promote buku digital ni. ramai lg cikgu2 y tak alert ttg buku digital ni :)
ReplyDeletebenda ni masih baru. jadi cikgu2 terutama yang ada blog bolehlah war2kan tentang buku teks digital ni..
Deletewah....perkongsian yang hebat...boleh share kat blog saya tak,,,?
ReplyDeletesilakan..sama-sama kita sebarkan maklumat ni..
Deletewaaahhh... dahn ada versi digital. boleh lah ulangkaji bersama.. =)
ReplyDeletecikgu2, ibu bapa & pelajar dah mula gunakan VLE FROG..nanti saya ceritakan dalam entri yang lain..tunggu
Deletesemoga apps ini berjaya satu hari nanti..
ReplyDeleteinsya Allah..
Deletemohon cik laili terangkan
ReplyDelete"Terdapat 2 jenis buku digital iaitu buku percuma dan ada juga yang boleh dibeli."
1. yang percuma ni macam buku teks sekolah tu ke?
2. yang di beli ni macam mana?
maaf kerana bertanya kerana say berminat untuk tahu tetapi bukan seorang guru..
terima kasih
1. ya..buku teks sekolah adalah percuma.
Delete2. saya dah update entri ini dah tunjukkan bagaimana cara pembelian buku teks.
harap entri ini dapat membantu guru, pelajar & ibu bapa untuk mendapatkan buku teks digital..
Kalau nak beli buku teks online boleh cuba http://peekabook.com.my/en/40-buku-teks-sekolah-rendah
Deletejaman semakin maju dengan tekhnologi. membeli buku sekarang sudah bisa melalui digital.
ReplyDeletebetul tu. bidang pendidikan juga tidak terkecuali untuk maju dalam teknologi maklumat
Deletesalam, knp saya nak cari nama sekolah, ia kluar could not found sekolah tersebut. yang ada hanya sk batu rakit, dan tiada id n pass.mcmana mahu log in
ReplyDeletew'salam syuhadah.
Deletecuba hubungi admin frog untuk mendapatkan id dan password sekolah
bagi orang2 yg kurang berkemampuan utkk membeli buku atau peranti macam mana plak erk???
ReplyDeleteSalam
ReplyDeletesaya merupakan pengajar di sekolah bukan kementerian.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan buku teks digital kerana sekolah kami tiada 1bistariNet.
harap dapat pencerahan
Salam sejahtera, di manakah saya boleh membeli buku teks digital jikalau bukan pengajar di sekolah? Sekian, terima kasih.
ReplyDelete