Berdasarkan Surat dari Bahagian Pendidikan Guru KPM bertarikh 15 Januari 2014 menyatakan bahawa setiap guru gred DG41 lantikan tahun 2009, 2010 dan 2011 dan guru gred DG44 lantikan tahun 2011 dan 2012 wajib menghadiri kursus secara sepenuh masa dalam jangkamasa 30 jam (secara pakej) bermula pada bulan Mac hingga Oktober 2014. Kursus ini hanya diadakan sekali sahaja dalam gred berkenaan.
Untuk makluman, guru yang telah mengikuti Kursus CPD/ PPB tahun 2013 tidak perlu memohon pada tahun ini. Berikut adalah jadual kumpulan sasaran bagi Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Tahun 2014.
Untuk makluman, guru yang telah mengikuti Kursus CPD/ PPB tahun 2013 tidak perlu memohon pada tahun ini. Berikut adalah jadual kumpulan sasaran bagi Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Tahun 2014.
Click gambar untuk paparan lebih jelas
Guru-guru dikehendaki memohon kursus yang ditawarkan secara online dalam tempoh yang telah ditetapkan seperti jadual di atas. Selain itu, proses mengemaskini maklumat permohonan hanya dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja. Jadi anda harus berhati-hati semasa membuat permohonan bagi kursus yang ditawarkan. Sila click link berikut :
Tatacara Permohonan
1. Permohonan secara individu atau menerusi JPN boleh dibuat mulai 1 - 28 Februari 2014.
2. Ketua Jabatan perlu membuat pengesahan permohonan kursus bermula 1 - 8 Mac 2014 melalui aplikasi yang akan dimaklumkan dan mencetaknya sebagai rekod.
3. Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan untuk disimpan sebagai rekod permohonan.
4. Keputusan tawaran kursus akan dimaklumkan melalui SMS dan surat tawaran perlu dicetak melalui aplikasi yang akan dimaklumkan.
5. Surat tawaran yang telah dicetak perlu dikemukan kepada Ketua Jabatan untuk pelepasan mengikuti kursus.
6. Calon perlu membawa bersama salinan
kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik dan Surat
Pengesahan Jawatan yang telah disahkan, serta surat tawaran yang telah
dicetak dan disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing semasa menghadiri
kursus.
Di sini saya kongsikan cara dan pengalaman saya membuat permohonan kursus PPB 2014 :
1. Click link permohonan http://apps.moe.gov.my/abpg/bpgonline/login.cfm.
2. Taipkan No. K/P dan click butang Hantar.
3. Maklumat pemohon akan dipaparkan seperti gambar di bawah. Pemohon boleh mengemaskini maklumat yang berkaitan dan pastikan maklumat itu betul.
4. Clik butang Hantar dan Maklumat Kursus akan dipaparkan. Kemudian, setelah menyemak dan berpuas hati dengan maklumat yang dipaparkan, clik butang Simpan.
Contoh kursus yang dipohon
Jika
tiada kursus yang ditawarkan untuk anda (seperti gambar di bawah), anda
tidak perlu bimbang kerana kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan kekosongan dan masa yang sesuai. Anda boleh merujuk kepada pihak PPD atau JPN untuk maklumat lanjut.
5. Cetak maklumat yang telah disimpan dengan cara click butang Cetak untuk rekod anda.
Inilah paparan yang anda akan lihat setelah permohonan selesai
37 Comments
Salam..tumpang tanya..boleh tak saya nk mohon kursus ni di negeri lain?..skarang saya mengajar di sarawak tapi saya nk mohon ambil kursus ni di terengganu?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. yang saya tahu guru-guru hanya boleh memilih tarikh bagi permohonan kursus ini. tentang tempat kursus akan dimaklumkan kemudian.
Deleteassalam..tumpang tanya..blh x buka semula daftar kursus ini sbb sya dh tercicir..tolong email kepada norlahsl77@gmail.com
DeleteGood afernoon, saya pun yang tercicir :( Bolehkah tumpang tanya, bagaimana untuk daftar kursus ini. Difahamkan bahawa website sudah tutup dan tidak boleh daftar lagi. Tarikh lantikan saya ialah 2010. Thank you.
Deletesoowendy@gmail.com
Assalamualaikum... sy DG41... tarikh lantikan saya 01.08.2008... perlukah saya menghadiri kursus ini?? adakah kursus ini merupakan syarat untuk kenaikan pangkat ke DG44?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Kursus ini hanya untuk lantikan 2009 - 2012 sahaja..
DeleteTempoh 30 jam ...Brp hari kursus ni
ReplyDelete5 hari kursus
DeleteAssalam..sy telah terlepas memohon kursus ini secara online kerana cuti bersalin,adakah saya masih boleh memohon dan bagaimana caranya?
ReplyDeletebuat masa ini pendaftaran telahpun ditutup.
DeleteMohon keprihatinan pihak bpg membuka semula online untuk membolehkan guru2 yg keciciran menghadiri kursus tahun 2014 ini
ReplyDeletesaya harap pun begitu. amin...
Deletesaya pun tercicir 2014.
Delete2015 bila pula tarikh on linenya
Mohon keprihatinan pihak bpg membuka semula pendaftaran online dan memaklumkan kepada pihak sekolah untuk membolehkan guru2 yg keciciran mendaftar bagi menghadiri kursus ini bagi tahun 2014.
ReplyDeletejika ada kakitangan BPG yg membaca entri ini, mohon untuk dipanjangkan ke pihak atasan. terima kasih...
DeleteMohon pihak bpg membuka semula pendaftaran kerana ramai yg keciciran utk mendaftar termasuklah saya. Mohon sangat-sangat. Terima kadih.
ReplyDeleteada dengar juga ramai guru yang belum sempat mendaftar untuk kursus ini. mohon pihak BPG akan membuka semula pendaftaran bagi guru-guru yang tercicir.
DeleteSaya sudah mengisi pendaftaran online utk kursus ini bulan februari yg lps.tp sy cl bpg utk semak name.dia kte name sy tiada dlm sistem utk kursus ni...
ReplyDeleteoh! begitu ke? setahu saya jika telah mendaftar, guru hanya perlu tunggu sehingga dipanggil untuk berkursus.
DeleteMohon keprihatinan pihak bpg membuka semula pendaftaran online dan memaklumkan kepada pihak sekolah untuk membolehkan guru2 yg keciciran mendaftar bagi menghadiri kursus ini bagi tahun 2014.
ReplyDeleteAssamualaikum. Apakah laman yang harus cari untuk tahu jika permohonan dibuka kembali kerana saya juga terlepas pandang dan tercicir.
ReplyDeleteMohon pihak bpg dapat membuka semula pendaftaran kompetensi umum ini kerana ramai yg keciciran utk mendaftar termasuklah saya. Mohon sangat-sangat. Terima kasih.
ReplyDeleteSaya juga igin memohon pihak bpg dapat membuka semula pendaftaran kompetensi umum ini kerana saya juga keciciran utk mendaftar. Mohon sangat-sangat. Terima kasih
DeleteMohon BPG membuka semula pemohonan kursus kompetensi kerana saya tidak memdapat maklumat lengkap dan rasmi tentang kursus ini dari pihak pentadbir sekolah.
ReplyDeletesaya tercicir juga..kawan2 saya yang lain dapat surat panggilan pada tahun lepas dan mereka tidak isi borang seperti di atas..sejak bila pula perlu memohon. nasib baik jumpa web ciklaili ini..
ReplyDeleteSy juga tercicir dan rakan sy ada lg yg blum memohon mungkin kerana tlepas pandang ttg kursus ini. Jd, bagaimana sy ingin memohon kerana setahu sy dh tarikh tutup. Adakah tahun dpn boleh mohon lg...tolong email kpd sy.. syuhada3480@yahoo.com
ReplyDeletesaya ex pppld. saya dilantik dg 41 pada okt 2010. saya terlepas permohonan dg 44 pada tahun ini (2014). bilakah permohonan dg 44 dibuka semula. adakah kursus ini perli dimohon dahulu sebelum tawaran dg44. Jutaan terimakasih pada yg sudi memberi penjelasan kepada saya,
ReplyDeleteSy juga tercicir... Lantikan 2.10.2010.... Bila pendaftaran kursus kompentensi umum ini dibuka semula?
ReplyDeleteuntuk permohonan kursus ini bagi tahun 2015 bila ya akan dibuka? sebab saya tekan pada link yang diberi tak boleh buka..terima kasih
ReplyDeleteuntuk permohonan kursus ini bagi tahun 2015 bila ya akan dibuka? sebab saya tekan pada link yang diberi tak boleh buka..terima kasih
DeleteSepatutnya pihak sekolah main peranan utk maklumkan kpd guru berkenaan...ramai yg tercicir ..sy pun mcm tu juga..
ReplyDeleteAssalam.....bila permohonan khusus ni akn dibuka untuk thn 2015....saya juga tercicir...adakahsurat makluman akan di hantar kepada pihak sekoloh...??
ReplyDeleteAs salam.Adakah guru gred DG42 lantikan 2014 perlu memohon kursus ini?
ReplyDeleteSy dg44 pun tak sempat daftar jugak. Website pun dah tutup.....hmmmm...
ReplyDeleteAslm..sy guru dg41 lntikan 2010..okt 2013 sy de dpt surat utk pergi kursus ni,tp mase tu saya sarat tggu hari nk bersalin..so sy xpergi la dgn keizinan peg Jpn mase tu..so sehingga skrang sy xjoin lg kursus tu..mcm mn yer
ReplyDeletemacam mana kita hendak tahu tentang kursus ini diadakan sebab sebelum ini saya mengajar di sarawak dan kebetulan saya dapat pindak masuk selangor pada masa yang sama saya dapat tawaran untuk pergi kursus cpd tetapi tidak dapat hadir...jika sesiapa ada maklumat tentang cpd untuk tahun 2016 sila email kepada saya mohdsyafiq.saleh@gmail.com...tq
ReplyDeleteada sesiapa tahu untuk kursus cpd 2016 sbb saya pun tercicir...jika ada maklumat sila emailkan ke mohdsyafiq.saleh@gmail.com
ReplyDelete