Resepi Donut Gebu & Lembut

Anak-anak saya amat gemarkan donut dan jika kami balik ke rumah keluarga, mak memang selalu menyediakan donut untuk hidangan anak-anak dan cucu-cucu tersayang. Selain gula, donut juga boleh disalut dengan coklat dan ditabur dengan potongan kacang atau badam.

Jika anda tiada idea untuk menyediakan kuih untuk sarapan atau minum petang, anda bolehlah mencuba resepi donut gebu & lembut ini.  Masa yang diambil untuk menyediakannya pun tidak lama. Sambil menunggu doh donut naik, anda boleh juga melakukan aktiviti suri rumah yang lain.


Resepi Donut Gebu & Lembut
oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan :
2 sudu besar yis mauripan
1/2 cawan air suam
1 sudu besar gula
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar marjerin
Sedikit garam
Gula halus

Cara-cara membuat Donut Gebu & Lembut :

1. Masukkan yis dan gula ke dalam air suam. Kacau dan biarkan campuran lebih kurang 15 minit / sehingga berbuih.
2. Di dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, susu tepung, marjerin, garam dan campuran yis tadi. Uli sehingga menjadi doh dan bulatkan.
3. Tutup doh dengan plastik / tuala kecil. Biarkan doh naik 1 kali ganda. 
4. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. Kemudian terap doh menggunakan acuan donut (biarkan doh naik 1 kali ganda lagi dan agak ringan)
5. Goreng donut menggunakan minyak yang banyak dan api sederhana.
6. Taburkan gula apabila donut menjadi sedikit sejuk.

Selamat mencuba!


Post a Comment

11 Comments

  1. Jangan sampai terliat sudah donut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah dengar lagi ada donut yang liat. hihi..

      Delete
  2. Buat minum petang bersama ahli keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..dapat mengeratkan lagi ikatan kasih sayang...

      Delete
  3. makan panas-panas memang sedap..

    ReplyDelete
  4. dulu pernah tolong makcik buat.. lepas ni nak try resepi akak plak lah. thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  5. Donat memang mudah membuatnya, rasanya lezat dan membuatnya bisa bervariasi.

    ReplyDelete
  6. kalau buat ni biasa dapat berape biji ye?
    hihi. banyak sangat karang tak larat nak makan.

    oh ye, thanks for sharing juga~! :)

    ReplyDelete