Untuk resepi kali ini, saya ingin berkongsi resepi yang amat mudah iaitu Pizza Roti Tuna Cheese. Resepi ini boleh dihidangkan sebagai menu sarapan pagi atau boleh juga disediakan pada bila-bila masa yang sesuai. Jika anda mempunyai anak, anda boleh mengajak mereka untuk bersama-sama membuat pizza ini. Pasti mereka akan rasa seronok dan teruja untuk menyediakannya.
Sebenarnya tiada sukatan sebenar untuk membuat pizza ini. Terpulang kepada anda untuk menyediakannya mengikut citarasa masing-masing. Saya hanya nyatakan bahan-bahan dan cara membuatnya sahaja. Jika anda sukakan pedas, bolehlah letakkan sos cili lebih sedikit. Selain itu, anda boleh juga taburkan dengan potongan nenas untuk menambahkan sedikit rasa masam.
Pizza yang disediakan oleh anak saya, Amir (8 tahun)
Resepi Pizza Roti Tuna Cheese
oleh : ciklaili.comBahan-bahan :
Roti gardenia
Mayonis
Tuna
Sosej
Sos cili
Mozarella cheese
Cara-cara membuat Pizza Roti Tuna Cheese :
1. Sapu roti dengan mayonis dan lapiskan pula dengan tuna.
2. Taburkan potongan sosej dan letakkan sos cili.
3. Akhir sekali taburkan mozarella cheese di bahagian atas roti.
4. Bakar di dalam oven selama 10 - 15 minit dengan suhu 150 darjah.
Pizza yang sedia untuk dihidangkan
14 Comments
Nice..
ReplyDeletethank you :)
Deletenak cuba jugak la nanti.
ReplyDeleteselamat mencuba. senang je resepi ni
DeleteTeringin hendak ber picnic. :-)
ReplyDeletelama tak buat pizza... thanx for the recipe ciklaili ;)
ReplyDeletesimple dan sedap ! anak CN pun suka piza roti ni ;)
ReplyDeleteSedapnya. Nak cuba juga buat pizza sendiri macam ni ciklaili.
ReplyDeleteNak cuba ikut resepi yang akak bagi ni. Teringin nak rasa juga.
ReplyDeleteSenang je buat rupanya
ReplyDeleteanak2 memang suka pizza ni, simple dan pantas nak buatnya ;)
ReplyDeleteemm macam sedap je..hehehe
ReplyDeleteassalamualaikum ciklaili...sedapnya...:)
ReplyDeleteCaranya cukup mudah untuk dipraktekkan, terimakasih.
ReplyDelete