Mandi-Manda Di Bukit Merah Laketown Waterpark, Perak

Pada hujung minggu lepas, saya dan suami tidak merancang pun untuk pergi berjalan jauh. Biasanya jika tiada aktiviti sekolah, kami akan habiskan masa di rumah atau melawat ibu bapa dan mertua saja. Entah bagaimana tiba-tiba kami terfikir untuk membawa anak-anak pergi ke Bukit Merah Waterpark, Perak. Amir dan Amar amat gemarkan aktiviti air, jadi bila sebut saja kami ingin membawa mereka ke waterpark, masing-masing tersenyum gembira.


Bayaran masuk ke waterpark untuk 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak berjumlah RM80.00. Anak kedua kami tidak dikenakan bayaran kerana ketinggiannya kurang dari 90cm. Berikut adalah bayaran masuk dan waktu operasi di Bukit Merah Laketown Resort. Maklumat lanjut sila ke laman web ini - http://www.bukitmerahresort.com.my/waterpark

 

Hanya beberapa keping gambar saja yang sempat diambil semasa kunjungan kami ke Bukit Merah Laketown Waterpark. Anak-anak sudah tidak sabar untuk mandi jadi kami perlu menyimpan barang-barang. Oleh kerana anak kami hanya 2 orang, jadi Amir berada di bawah pengawasan suami manakala Amar pula di bawah pengawasan saya. 

 
Keluarga ciklaili.com

Aksi mereka berdua

 Posing dulu sebelum masuk

Seronoknya mereka bermain air

Adik Amar dan Abang Amir


Hampir 3 jam kami mandi-manda dan perut juga terasa lapar, kami ajak anak-anak untuk menukar baju dan mengisi perut. Selepas itu kami meneruskan perjalanan balik dan singgah di R&R untuk menunaikan solat dan makan.

Ke mana destinasi anda pada hujung minggu?

Post a Comment

9 Comments

  1. Walaupun xjauh seri iskandar ke Taiping tapi belum berkesempatan untuk ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti bolehlah bawa keluarga mandi-manda di sana

      Delete
  2. Wah! Beratnya moga kami boleh sampai ke sini satu hari nanti

    ReplyDelete
  3. best tu cikgu..sy dah lama tak ke bukit merah lake town resort..

    ReplyDelete
  4. Rancang nak bawa famili bercuti disana.

    ReplyDelete
  5. Mungkin boleh pertimbangkan cuti Mei nanti untuk ke sana

    ReplyDelete
  6. Seronok gak ni....hehe

    nak2 tgk budak2 mandi manda tu..thanks cikgu lailu berkongsi pengalaman ke sini yer..

    ReplyDelete
  7. Harga makan minum kat taman tema mesti mahal sikit kan....anyway cantik gambar budak-budak main air tu....

    ReplyDelete
  8. Salah satu tempat tema air yang sesuai bawa seisi keluarga. Terima Kasih atas perkongsian

    ReplyDelete