Jika sebelum ini saya pernah kongsikan Resepi Ayam Panggang Madu Istimewa, di dalam entri ini saya ingin kongsikan satu lagi resepi untuk anda cuba iaitu Resepi Ayam Panggang Sedap. Bahan-bahan untuk membuat ayam panggang ini hampir sama dengan resepi sebelum ini, cuma penambahan serbuk cili dan saya menggunakan bahagian peha ayam.
Ayam yang telah disapu dengan bahan perapan
Resepi Ayam Panggang Sedap
2 ketul ayam (bahagian peha)
4 biji bawang putih (ditumbuk halus)
4 sudu madu
3 sudu sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk cili
Garam secukup rasa
Cara-cara membuat Ayam Panggang Sedap :
Cara-cara membuat Ayam Panggang Sedap :
- Masukkan bawang putih, madu,
sos tiram, serbuk lada hitam, serbuk cili dan garam. Gaul rata semua bahan.
- Sapukan bahan perapan pada ayam dan perap selama 1 - 2 jam.
- Panggang ayam menggunakan oven pada suhu 200 darjah selama 30 - 40 minit / sehingga masak.
- Masak selama 15 - 20 minit jika menggunakan pemanggang ajaib.
Beginilah rupa resepi Ayam Panggang Sedap
30 Comments
wow...boleh try ni...
ReplyDeleteselamat mencuba..
DeleteHui sedapnya. Tak sabar hendak makan. :-)
ReplyDeletealhamdulillah..suami & anak2 kata sedap..
DeleteSedapnya tengok ayam ini. Rasa lapar pula tengok ayam ini.
ReplyDeletekalau tengah lapar memang teruja tengok gambar ni, kan?
DeleteMcm menarik
ReplyDeletekena cuba baru tahu menarik ke tidak
DeleteSedapnyaaa...resepi pun mudah..boleh cuba ni!
ReplyDeleteJemput singgah sini http://bit.ly/1q51BPg
ha'a..memang mudah nak buat ayam panggang ni..
Deletewah sedapnya...terasa lapar plak
ReplyDeletehihi..
DeleteMacam sedap ja..boleh try nie...ikhlas dari www.tepakku.com
ReplyDeletejangan lupa cuba ye..
DeleteAssalam,
ReplyDeletenampak sedap bolih lah cuba nanti...
Salam ziarah dari bunda..
Waalaikumussalam Bunda.
Deleteterima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.
ha'a..resepinya mudah aje. jangan lupa cuba ye..
Mesti sedap dan lebih lembut sbb ada madu...thanks cikgu sudi berkongsi rsepi...nak cuba =)
ReplyDeletememang sedap. selamat mencuba ye..
Deletesedapnya ciklaili, tq atas perkongsian resepi, segalanya mudah dgn pemanggang ajaib
ReplyDeletesama-sama Aju. Ha'a..pemanggang ajaib memang sangat membantu
Deletebisa habis tiga piring kalau ayamnya sedap seperti ini terliur
ReplyDeletemakan begitu saja pun sedap..
DeleteAssalamualaikum, sedapnya nanti nak cuba
ReplyDeletewaalakumussalam. jangan lupa cuba ye..
DeleteAku tak suka ayam, tapi melihat ayam panggang ini sangat sedap sepertinya.
ReplyDeletememang sedap rasanya..
Deleteselalu yg saya di beli di pasar mlm tu wrna merah adakh di ltk pewarna dia pki wrna mcmmn tu?
ReplyDeletemungkin juga :)
DeleteSemya bahan ada kcuali serbuk cili..xpe ke??
ReplyDeleteperlu balik2 kan pemanggang tu ke?
ReplyDelete