Resepi Muffin Chocolate Chips



Ingat lagi tak entri Resepi Muffin Kiwi Hijau yang pernah saya kongsikan sebelum ini? Kali ni saya ingin berkongsi satu lagi resepi muffin yang sangat mudah iaitu Muffin Chocolate Chips.



Anak-anak saya memang gemarkan aktiviti di dapur jadi semasa menyediakan muffin ini mereka turut sama membantu. Lihat saja gambar Amar yang berusia 2 tahun sedang sibuk meletakkan chocolate chips di atas adunan muffin mengikut cita rasanya sendiri. Jadi tidak hairanlah muffin ini penuh dengan chocolate chips.


Resepi Muffin Chocolate Chips
oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
¼ cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat 

½ sudu kecil garam 
1 cawan gula perang  
1 cawan fresh milk  
1 biji telur 
1 sudu kecil esen vanila 
½ cawan minyak
Chocolate chips secukupnya

Cara-cara membuat Muffin Chocolate Chips :
1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan garam. Kemudian masukkan pula gula perang.
2. Di dalam bekas lain - campurkan fresh milk, telur, esen vanila dan minyak. Masukkan campuran tepung tadi, kacau rata.
3. Masukkan chocolate chips dan kacau.
4. Sudukan adunan ke dalam muffin cup dan taburkan sedikit chocolate chips di atasnya.
5. Bakar muffin selama 20 minit atau hingga masak.
 
Tadaa..inilah dia muffin yang penuh dengan chocolate chips!

Post a Comment

8 Comments

  1. Replies
    1. nampak sedap sebab ada banyak choc chips tu.

      Delete
  2. wah..sedapnyer..nanti nak cuba buatlah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah..senang je resepi2 yang saya kongsikan dalam blog ni :)

      Delete
  3. Comey sahaja muffin didalam bekas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak memang suka aktiviti masak memasak ni :)

      Delete
  4. Sedapnya...anak-anak memang suka kalau ada coklat ni :)

    ReplyDelete
  5. Bila anak2 rajin menolong kita jadi semangat kan?
    Okla diorang suka makan, lg semangat menolong tu tinggi :D

    ReplyDelete