Saya jangkakan komen yang 'menyakitkan' dari anonymous seperti dalam entri Isu Bonus Raya : Bukan Salah ciklaili.com takkan berulang lagi di dalam blog ini, tetapi sangkaan saya salah sama sekali. Jika selama ini saya memberi kebebasan kepada anonymous untuk meninggalkan sebarang komen di mana-mana entri yang mereka baca, selepas ini tiada lagi peluang untuk 'mereka'.
Maafkan saya kerana menyekat kebebasan anda wahai si anonymous. Saya tidak mahu blog ini dicemari dengan komen-komen yang negatif dari mereka yang tidak bertanggungjawab seperti di dalam entri Bahan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014 Bagi Mata Pelajaran Sejarah Dan Geografi.
Komen dalam kotak merah telahpun dipadam
Di dalam blog ini saya kongsikan pelbagai jenis entri (rujuk entri Kenali ciklaili.com). Jika anda rasa apa yang anda cari di dalam blog ini langsung tidak membantu, anda boleh cari di blog yang lain. Tidak perlulah untuk meninggalkan komen negatif dan meluahkan
apa saja yang anda rasa serta melabel orang lain sesuka hati anda.
Pada saya, setiap komen yang ditinggalkan adalah menjadi tanggungjawab si penulis yang mencerminkan siapa diri anda sebenarnya - tidak kiralah siapa anda diluar sana : pelajar, guru, pekerja awam & swasta, ibu bapa malah sesiapa saja. Pesanan ciklaili.com buat anonymous yang suka sangat meninggalkan komen-komen negatif :
"Anda sebenarnya seorang yang 'penakut' kerana anda hanya berani menulis komen negatif tetapi tidak berani mendedahkan siapa diri anda..."
Selamat tinggal anonymous dan semoga anda bahagia di luar sana :)
4 Comments
Macam2 ragam manusia ni..
ReplyDeleteInilah dikatakan baling batu sembunyi tangan.
ReplyDeleteSaya setuju.
ReplyDeleteKalau berani sangat kenapa tak letak nama sendiri masa komenkan. Ni Tak berani pulak nak letak nama sendiri. Pandai cakap sahaja di komen.
ReplyDelete