Makluman kepada pelajar tingkatan 4 (PT3 2014) yang telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2015, semakan tawaran boleh dibuat mulai 30 Januari hingga 16 Februari 2015. Sila click gambar di bawah untuk membuat semakan :
1. Masukkan No. MyKad dan Angka Giliran PT3 2014 dan Klik Butang Semakan. Pastikan maklumat No. MyKad dan Angka Giliran PT3 2014 sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran PT3 calon.
2. Sekiranya berjaya dan bersetuju dengan tawaran, surat dan lampiran tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran.
Sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut.
Sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut.
0 Comments