Pada tahun 2015, guru-guru dikehendaki mengisi Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) secara online melalui laman web HRMIS. Di dalam entri ini saya ingin kongsikan Panduan Mengisi LNPT Online HRMIS 2015 bagi membantu rakan-rakan guru yang ingin mengisi LNPT tersebut.
Panduan Mengisi LNPT Online HRMIS
1. Pergi ke laman web HRMIS dan masukkan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN.
Laman web HRMIS 1.0 (menggunakan Internet Explorer version 7 & ke atas sahaja):
Laman web HRMIS 2.0 :
Terdapat 2 bahagian yang perlu diisi oleh guru-guru iaitu :
1. Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
2. Penilaian Prestasi
Di dalam entri ini, saya akan tunjukkan cara mengisi LNPT menggunakan HRMIS 2.0.
Cara mengisi Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
1. Setelah berjaya login, anda perlu click pada menu PENGURUSAN PRESTASI > Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.
Click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
2. Kemudian, dipaparan seterusnya anda perlu click pada menu FUNGSI > Sasaran Kerja Tahunan > Pegawai Yang Dinilai > Sasaran Kerja Tahunan.
3. Untuk paparan serterusnya, click TERUSKAN dan kemudian click perkataan TAMBAH dan Tambah KPI (seperti dalam gambar di bawah). Lengkapkan ruangan tersebut dan setelah selesai, click SIMPAN.
4. Setelah selesai mengisi dan menyimpan SKT, jangan lupa untuk click pada Papar Laporan / Ulasan Oleh PYD. Taip ulasan pada ruangan Laporan / Ulasan dan setelah siap, click SIMPAN.
Setelah anda berpuas hati dengan SKT yang telah diisi, click Hantar untuk memberitahu Pegawai Penilai Pertama.
5. Setelah selesai mengisi SKT, teruskan ke bahagian kedua iaitu Penilaian Prestasi.
Setelah anda berpuas hati dengan SKT yang telah diisi, click Hantar untuk memberitahu Pegawai Penilai Pertama.
5. Setelah selesai mengisi SKT, teruskan ke bahagian kedua iaitu Penilaian Prestasi.
Cara mengisi Penilaian Prestasi
1. Click pada menu FUNGSI > Penilaian Prestasi > Pegawai Yang Dinilai
2. Dipaparan berikut, click pada Prestasi 2015. Anda perlu mengisi ruangan di Bahagian II sahaja yang merangkami Kegiatan Dan Sumbangan Di Luar Tugas Rasmi dan Latihan (anda boleh melihat kursus yang telah dihadiri melalui SPL KPM / SPLG Individu).
Click Tambah sekiranya ingin menambah apa-apa maklumat dan kemudian click Simpan.
Ruangan yang perlu diisi untuk Kegiatan Dan Sumbangan Di Luar Tugas Rasmi
Ruangan yang perlu diisi untuk Latihan
Setelah berpuas hati dengan Kegiatan Dan Sumbangan Di Luar Tugas Rasmi dan Latihan yang telah diisi diruangan berkenaan, click pada ruangan *Saya mengesahkan bahawa kenyataan di atas adalah benar dan kemudian anda bolehlah click HANTAR untuk pemberitahuan Pegawai Penilai Pertama.
* Jangan lupa untuk mencetak LNPT yang telah siap diisi untuk rujukan dan simpanan anda.
9 Comments
Tqvm puan yg budiman. U 100% membantu kami. Puan ada infor utk yg berikut:
ReplyDeleteSkt guru dlm Hrmis....
Pekeliling d atas msh berkuatkuasa dan mengikut pekeliling d ats..Guru yg MENGAJR tidak perlu buat SKT.. Walau bagai manapun, untuk mengaktifkan LNPT d dlm HRMIS.. guru mengajar perlu membuat 1 aktiviti sahaja..iaitu "Merujuk buku rekod mengajar"...KPI masa: jan-nov....mohon agar maklumat ini d sebarkan kpd semua Pengetua, GB, PHS dll.. Bagi (guru mengajar) yg telah membuat & disahkan SKTnya utk thn ini tidak perlu utk d ubah..teruskan kepada pengisian LNPT.. SEKIAN.. sebarang kesulitan amat di kesali..(05/10/2015)
terima kasih banyak2 atas info ini :)
DeleteLeee banyak yang tak kena. Duh, salah isi dll.
DeleteTak print.
Satu aktiviti sahaja iaitu....merujuk kepada buku rekod pengajaran....untuk bahagian kualiti..kuantiti..masa bagaimana.....kena isi atau tidak......harap maklum.....
ReplyDeleteKPI at least satu je isi..
ReplyDeletebagaimana pula dengan pencapaian sebenar dan % pencapaian? Cikgu isi atau perlu dikosongkan?
ReplyDeleteKalau dh klik hantar, mcmana caranya untuk tambah kursus kt bhgn ii tu?
ReplyDeleteBagaimana dengan tugas lain seperti penyelaras tahun 6..perlu nyatakan perancangan aktiviti yang dijalankan tak?
ReplyDeleteAssalamualikum, Maaf saya agak ketinggalan sedikit. soalan 1: Kursus Haji adakah tersenarai dalam KKL
ReplyDelete2. Mohon tuan kongsikan Format laporan ladap sekolah 1 tahun