Resepi Ayam Percik Noxxa

Resepi yang ingin saya kongsikan kali ini adalah Resepi Ayam Percik yang menggunakan periuk Noxxa. Bagi anda yang sudah memiliki periuk ini pasti akan menyatakan bahawa periuk Noxxa sememangnya dapat membantu anda memasak dengan cepat dan mudah. Saya telah menggunakan periuk ini beberapa kali untuk memasak nasi, nasi impit, sup daging, rendang ayam dan daging, mihun goreng dan pelbagai resepi lagi. Saya akan kongsikan resepi-resepi lain yang menggunakan periuk Noxxa ini di dalam entri yang lain.


Resepi Ayam Percik Noxxa
oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan :

10 ketul ayam
2 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang merah - dikisar
2 biji bawang merah - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
3 batang serai - dikisar
10 sudu cili kisar
1/2 cawan gula
1/2 kotak santan
Garam secukup rasa
Minyak untuk memasak

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk Noxxa (gunakan mode stir fry). 



2. Masak sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan gula, garam dan juga santan.

3. Kemudian, masukkan ayam dan gaulkan bersama kuah percik.


4. Tutup periuk Noxxa dan setkan kepada mode High Pressure selama 10 minit.

* Jika anda suka ayam percik anda berkuah (seperti gambar pertama), anda boleh hidangkan ayam percik setelah dimasak selama 10 minit. Jika tidak, anda boleh setkan kepada mode stir fry bagi mengeringkah kuah percik anda.

Selamat mencuba!


Periuk Noxxa

Jika anda berminat untuk membeli periuk Noxxa, bolehlah call / SMS / WhatsApp :
Puan Hafizah 019 - 3516793

Post a Comment

7 Comments

  1. Replies
    1. Mudah je nak buat ayam percik ni.
      Jgn lupa cuba resepi ni..

      Delete
  2. Wah nampak sedap. Ada nasi memang jadi. :)

    ReplyDelete
  3. Sana sini org cerita pasal Noxxa ni Cik Laili....geram pulak saya hihi....
    Mahal tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meudahkan kerja memasak lagi2 bagi wanita bekerjaya.
      ada yang main kutu utk beli periuk ni. tapi memang berbaloi pelaburan yang dibuat :)

      Delete
  4. betul tu, pressure cooker memang banyak memudahkan dan yang paling best jimat masa! :)

    ReplyDelete