Mulai tahun 2017, Permohonan Murid Tahun Satu (1) bagi Seluruh Negeri Semenanjung Malaysia Ambilan Tahun 2018 - 2019 dilakukan secara atas talian / online manakala bagi negeri Sabah, Sarawak dan WP Labuan adalah melalui sekolah dan dilakukan secara manual. Ibu bapa / penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2013, bolehlah membuat pendaftaran melalui laman web Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) bermula pada 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017.
Sistem SPATKPM merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila click link di bawah untuk ke laman web tersebut :
(Bagi pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU)
Sebelum membuat permohonan menggunakan sistem SPATKPM ini, anda digalakkan untuk membaca Sistem Pendaftaran Atas Talian dan Manual Pengguna E-Daftar Rendah Tahun 1 terlebih dahulu bagi mendapat gambaran jelas bagaimana sistem ini berfungsi.
Segala maklumat lanjut dan masalah berkaitan SPATKPM boleh dikemukakan kepada :
Pertanyaan mengenai SPATKPM | E-mel : admin_spatkpm@moe.gov.my |
Pertanyaan Permohonan ke Sekolah Kawalan | [Muat turun] Maklumat pihak untuk dihubungi bagi Sekolah Kawalan. |
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (Pertanyaan berkenaan masalah teknikal sahaja) | Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA Unit ICT. E-mel : daftartahun1@moe.gov.my |
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 | Sila rujuk ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Seperti pautan berikut : Jabatan Pendidikan Negeri |
6 Comments
mudah ja lani smua ada online
ReplyDeleteBetul tu. Permohonan secara online lebih mudah berbanding sebelum ini.
Deletesalam ciklaili...
ReplyDeletelama tak ziarah ke sini... malunya saya masih berhutang artikel :)
insyaAllah 2018 kami ada anak masuk tahun 1
Waalaikumussalam..
DeleteSelamat melangkah ke tahun 1 untuk anak Ummi Hanie :)
Tumpang tanya ye.. Kalau saya dh register manual di sekolah tahun lepas,perlu ke saya isi online lagi unyuk kemasukan tahun 2018? Takut bertindih. Terima kasih
ReplyDeleteBuat masa ini digalakkan untuk isi permohonan secara online. Kemudian, hantar salinan permohonan ke sekolah yang dipohon. Pihak sekolah akan buat pengesahan.
Delete