Semasa cuti akhir tahun 2016, saya dan suami telah membawa anak-anak bercuti ke Kuala Lumpur. Walaupun Kuala Lumpur hanya mengambil masa 2 1/2 jam perjalanan dari tempat tinggal kami tetapi masih banyak tempat-tempat menarik yang belum pernah dilawati oleh anak-anak. Memandangkan keluarga kami semakin bertambah dengan kehadiran anak ketiga, sudah pasti kami memilih untuk menginap di hotel yang selesa dan menyediakan perkhidmatan yang sesuai dengan keluarga kami.
Seminggu sebelum kami pergi bercuti, saya telah membuat tempahan hotel untuk penginapan kami selama 3 hari 2 malam. Setelah membuat carian, akhirnya saya memilih hotel yang berdekatan dengan pusat bandar. Harga hotel yang ditawarkan pada ketika itu memang murah dan berbaloi dengan harga kami berlima. Yang lebih menarik perhatian saya, terdapat diskaun yang ditawarkan oleh website yang saya gunakan untuk booking hotel tersebut. Nama website tu Traveloka. Memang murah kalau booking hotel dengan Traveloka kerana website ini bukan saja menawarkan perkhidmatan untuk booking hotel malahan terdapat juga perkhidmatan untuk booking penerbangan dengan harga terbaik dan berpatutan.
Kami sampai ke Kuala Lumpur pada waktu petang dan suami mencadangkan supaya membawa anak-anak merasai pengalaman menaiki pengangkutan awam yang terdapat di Kuala Lumpur iaitu LRT (Light Rail Transit). Anak-anak terutama Amar dan Hana sangat teruja untuk menaiki LRT tersebut kerana ini merupakan pengalaman pertama mereka menaiki LRT. Kami menaiki LRT dari stesen Jelatek dan turun di stesen KLCC.
Semasa kami turun di stesen KLCC, suasana agak sibuk dengan penumpang yang ingin turun di stesen tersebut. Mungkin juga disebabkan cuti sekolah, jadi ramai yang mengambil peluang membawa anak-anak ke sana. KLCC dihias indah dengan hiasan bertemakan krismas dan kami tidak melepaskan peluang bergambar di pokok krismas gergasi yang terdapat di bahagian luar KLCC. Setelah penat berjalan-jalan di KLCC, kami balik ke hotel untuk berehat.
Hari kedua, selepas menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel kami bertolak ke Muzim Diraja Kuala Lumpur yang dibuka kepada orang ramai sejak bulan Februari 2013. Di muzim ini kami dapat melihat dan mengenali dengan lebih dekat sejarah Yang Dipertuan Agong (YDPA) yang pertama hinggga ke-14 iaitu Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.
Selesai lawatan kami ke Muzium Diraja, kami bercadang untuk bersiar-siar di Kuala Lumpur dengan menaiki bas KL Hop-On Hop-Off (HOHO) yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia yang membolehkan penumpang melawat 23 lokasi menarik dalam tempoh 24 jam. Semasa menaiki bas tersebut, kami dapati hanya keluarga kami merupakan rakyat Malaysia dan selebihnya adalah pelancong dari luar.
Gambar kenangan kami sekeluarga semasa bercuti |
Anak-anak sedang menunggu ketibaan LRT |
Pokok krismas gergasi |
Waktu operasi Muzium Diraja Kuala Lumpur |
Berjalan masuk ke Muzium Diraja Kuala Lumpur |
Kami sedang menunggu bas Hop-On Hop-Off |
Click untuk melihat 23 lokasi menarik dengan menaiki bas Hop-On Hop-Off |
Kami tidak turun di mana-mana lokasi dan hanya menikmati suasana dan pemandangan Kuala Lumpur melalui bas tersebut. Kami bercadang untuk menaiki bas tersebut pada keesokan hari kerana tempoh 24 jam masih berbaki dalam beberapa jam lagi. Kami kembali ke hotel setelah menghabiskan masa lebih kurang 2 jam bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur dengan menaiki bas HOHO.
Hari terakhir di Kuala Lumpur, kami sekali lagi menaiki bas HOHO. Kali ini kami singgah ke Upside Down House Kuala Lumpur. Kami bernasib baik kerana sampai awal dan tidak perlu menunggu lama untuk masuk ke dalam Upside Down House. Selesai lawatan di Upside Down House dan Menara Kuala Lumpur, kami menaiki bas HOHO untuk meneruskan perjalanan. Tempat lain yang kami kunjungi pada hari tersebut adalah KL Tower (bersebelahan dengan Upside Down Kuala Lumpur), Aquaria, KL Sentral, Muzium Negara dan Masjid Negara.
Di hadapan pintu masuk Upside Down Kuala Lumpur |
Suami dan anak-anak sedang duduk berehat |
Sebelum meneruskan perjalanan balik ke rumah, kami singgah ke Dataran Merdeka untuk mengambil beberapa keping gambar kenangan. Anak sulung saya tidak melepaskan peluang untuk bergambar berlatarbelakang Bangunan Sultan Abdul Samad. Begitulah kisah percutian keluarga kami ke Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam.
Bangunan Sultan Abdul Samad |
Amir selfie di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad |
6 Comments
Wah.. Ni betul-betul bercuti dalam Kuala Lumpur! Anak-anak mesti seronok.
ReplyDeleteSekali sekala dapat ke Kuala Lumpur memang kami tak lepaskan peluang untuk bawa anak-anak ke tempat menarik di sekitar KL
DeleteMenarik nya. Saya mmg Tak pernah bawa anak2 ke kl. Bas tu Ada dekat Mana ye
ReplyDeleteBoleh dapatkan maklumat dan pembelian tiket secara online di https://www.myhoponhopoff.com/kl/. Selain KL, perkhidmatab HOHO juga ada di Penang
Deleteassalam,sekadar nak bertanya...puan kan mahir buat blog kn?boleh ke kita buat blog dalam dwibahasa?contohnya ada article bahasa melayu dan ada juga article dalam bahasa inggeris...mcm mana pendapat puan ya?
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
DeleteTiada masalah untuk menulis dalam dwibahasa. P